Ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR): Semoga Sukses

Pagi Rabu 18 Syawal 1430, bersamaan dengan 07 Oktober 2009, anak ketiga saya, Wan Muhammad Fahmi akan menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR) bersama dengan 475,182 pelajar yang lain.

Menimba ilmu dari Guru, Restu dan Doa dari Ibu dan Bapa akan mengiringi perjuangan langkah pertama Anak-anak ke mercu kejayaan!

Semoga keberkatan dan kekuatan Ramadhan dan kemenangan Syawal memberikan mereka kecekalan menghadapi peperiksaan tersebut. Kita para ibubapa dan sahabat handai, marilah kita berdoa untuk kejayaan mereka:

“Allahhumma ya ALLAH, segala puji bagiMu, dan salawat serta salam ke atas Rasulullah saw.

Ya ALLAH, bukakanlah pintu hati anak-anak kami yang akan menduduki peperiksaan PMR ini, terangkanlah hati mereka, tenangkanlah perasaan mereka, berikanlah mereka kesihatan yang baik, permudahkanlah mereka dalam menjawab soalan peperiksaan dengan baik dan betul, berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang, dan berikanlah mereka keberkatan. Amin ya robbal ‘aalamin”. – Wassalam, Wan Mohd Johari. 14 Syawal 1430.

Seramai 475,182 calon akan menduduki peperiksaan bertulis Penilaian Menengah Rendah (PMR) bermula Rabu sehingga 13 Oktober.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran hari ini daripada jumlah itu 442,611 orang merupakan calon sekolah bantuan penuh kerajaan, calon swasta (13,561), calon persendirian (338), calon MRSM dan Sekolah Perintis Tentera (4,150), Sekolah Agama Rakyat (1,288) dan Sekolah Agama Negeri (13,234).


Selangor merupakan negeri yang mencatatkan jumlah calon paling ramai iaitu 77,826 orang manakala Labuan mencatatkan jumlah calon paling sedikit iaitu 1,154 orang.

Seramai 28,028 petugas akan mengendalikan peperiksaan itu di 3,496 pusat peperiksaan di seluruh negara dan bagi mempastikan kelancarannya semua calon dikehendaki mematuhi semua syarat dan peraturan peperiksaan yang telah ditetapkan.

Semua calon juga dinasihati supaya sentiasa merujuk jadual peperiksaan dan membawa kad pengenalan dan borang perakuan calon masingmasing ketika berada di dewan peperiksaan.

Advertisements

2 Respons

  1. Mafhum sabda Rasulullah “Sesungguhnya Allah, para malaikatNya, sekalian penghuni langit dan bumi termasuklah semut-semut di dalam sarang dan ikan di lautan akan mengucapkan selawat ke atas mereka yang mengajar manusia tentang kebaikan”. riwayat al-Tirmidzi.

    Rasulullah juga pernah mengatakan “Para malaikat akan merendahkan sayap-sayap mereka terhadap penuntut ilmu sebagai tanda redha atas apa yang dilakukan oleh penuntut ilmu”. riwayat Abu Daud dan Tirmizhi.

  2. “Allahhumma ya ALLAH, segala puji bagiMu, dan salawat serta salam ke atas Rasulullah saw.

    Ya ALLAH, bukakanlah pintu hati anak-anak kami yang akan menduduki peperiksaan PMR ini, terangkanlah hati mereka, tenangkanlah perasaan mereka, berikanlah mereka kesihatan yang baik, permudahkanlah mereka dalam menjawab soalan peperiksaan dengan baik dan betul, berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang, dan berikanlah mereka keberkatan. Amin ya robbal ‘aalamin”. – Wassalam, Wan Mohd Johari. 14 Syawal 1430.

    AAAMMIINNNN…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: