Bagan Pinang: Dr M tetap tolak Isa Samad

KEMASKINI:

Bekas Perdana Menteri tetap menolak Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai Calon BN dalam pilihanraya kecil N 31 Bagan Pinang, kata Pengarah Pilihanraya Kecil N 31 PAS Bagan Pinang, Salahuddin Ayub.

Salahuddin berkata demikian menjawab pertanyaan wartawan dalam sidang media pagi ini hari ini di Markaz Induk PAS di Bagan Pinang.

Najib terpaksa perjelas pemilihan Isa Samad
DATUK Seri Najib Razak menjelaskan Tan Sri Mohd Isa Samad layak menjadi calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang dan berhak mendapat peluang kedua kerana beliau sudah menebus kesalahannya selepas menerima hukuman yang cukup berat.

Perdana Menteri berkata, Mohd Isa kehilangan jawatan menteri dan Naib Presiden Umno kerana kesalahan melanggar disiplin parti, tetapi beliau tidak pernah menentang parti malah terus setia dan bekerja kuat untuk parti.

“Ikut bacaan kita (BN), Isa adalah calon paling popular untuk bertanding di Bagan Pinang. Dalam sistem kita, penjenayah pun ada peluang kedua. Ada orang yang sudah dijatuhkan hukuman pun diberikan peluang kedua.

“Lagipun, ini (kesalahan yang dilakukan Isa) bukan kesalahan dari segi undang-undang negara, tetapi dari segi etika parti.

“Jadi saya rasa beliau wajar menjadi calon,” katanya ketika mengadakan dialog bersama pelajar Malaysia di Perancis di Pavillon Dauphine in Place du Marechal de Lattre Tassigny, malam kelmarin.

Najib yang dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke Perancis, ditanya oleh seorang pelajar mengapa BN mencalonkan Isa, sedangkan beliau pernah menerima hukuman kerana kesalahan politik wang. Ini tentu akan menimbulkan pelbagai tohmahan kepada BN.

Perdana Menteri menjelaskan BN memilih calon yang boleh memberi khidmat yang berkesan dan dikehendaki rakyat serta popular.

“Jika pembangkang mahu menimbulkan pelbagai tuduhan, sebelah sana (pembangkang) lagi berat tuduhan dia. Banyak lagi boleh kita timbulkan berkenaan kes-kes sebelah sana.

“Lagipun ini (pencalonan di Bagan Pinang) bukan jawatan menteri atau ketua menteri tetapi sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). Jadi Isa layak jadi calon. Insya-Allah beliau mempunyai peluang yang baik (untuk menang pilihan raya kecil Bagan Pinang),” katanya.

Pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang Ahad ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Mohd Isa dan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar. – Berita Harian 6 Oktober 2009

Sementara itu, semalam Salahuddin mengulangi keyakinan bahawa anggota-anggota Tentera pasti akan bersama-sama rakyat mempertahankan negara kita dari serangan rasuah dan politik wang.

Katanya, pilihanraya kecil ini adalah peluang kepada anggota tentera untuk menyatakan mereka tidak lagi boleh menerima wabak rasuah yang boleh mengancam nyawa mereka.

Tentera perlu Gagah dan Berani sesuai dengan slogannya
Salahuddin juga menggesa anggota Tentera membuktikan kepada dunia bahawa mereka bukan kuda tunggangan untuk kepentingan kuasa yang rakus dengan rasuah.

Advertisements

2 Respons

  1. InsyaAllah petang ni jika sekiranya tiada aral melintang .. set² kita akan betolak ke Bagan Pinang utk meninjau dan melihat sendiri suasana kempen..

    Rombongan akan berlepas dari Selangor jam 6:00 ptg dan bertolak pulang sekitar jam 12:00 tgh malam ni juga.. sebab esoknya pagi² kena kerja..

    Pesanan ambe kepada peserta rombongan pastikan jgn sekali² menepuk² bahu kepada gu lawan sebagai tanda persahabatan takut nanti ada yg masuk sepital akibat patoh tulang bahu… kalu bulih salam pun jange takut ado hok patoh atau tergeliat jari ..

    sekian..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: