Bagan Pinang: Mohd Isa dah mula melenting

Masuk hari ke empat kempen, Calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Mohd Isa Samad ‘dah mula melenting’ dengan kenyataan Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayob semalam dan menasihatnya supaya menumpukan perhatian kepada pembangunan di kawasan beliau sendiri daripada terus mempersoalkan pembangunan di Teluk Kemang.

Beliau juga tidak kisah dengan kehadiran Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim turun berkempen di sini.

Dalam hal Salahuddin, Mohd Isa berkata, rakyat boleh menilai bagaimana bandar Port Dickson pesat membangun jika hendak dibandingkan di Kelantan.

“Dia sebagai Ahli Parlimen Kubang Kerian apa dia buat? Kesian… lebih baik tumpu di sana, tak usah nak ajar saya untuk uruskan di sini, saya dah uruskan cukup lama dah,” katanya ketika ditemui semasa menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Rumah Komuniti Teluk Kemang di sini semalam.

Mohd Isa berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Salahuddin dalam sidang medianya semalam menggelar beliau sebagai ‘ikon pembangunan palsu’ bagi merujuk kepada beberapa projek terbengkalai semasa beliau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.

Mengulas mengenai tuduhan itu, Mohd Isa berkata, pemimpin palsu yang sebenarnya ialah Salahuddin sendiri kerana mengabaikan pembangunan di kawasannya sendiri.

“Nak gelar apa pun tak apalah… yang penting Teluk Kemang lebih maju daripada Kubang Kerian.

“Yang palsu dialah. Dia pemimpin palsu yang tak membangunkan Kubang Kerian,” kata Mohd Isa.

Mohd Isa tak sedar bahawa Kubang Kerian ada Istana Negeri, ada Hospital Universiti dan pelbagai lagi. Nampaknya Salahuddin kena jemput Mohd Isa selepas pilihanraya untuk datang sendiri tengok pembangunan Kubang Kerian.

Mohd Isa akan jadi ‘cacing kepanasan’ bila rakyat menyebut-nyebut kes rasuah yang dilibatkan keatasnya.

Advertisements

2 Respons

  1. […] air longkang hitam pekat tolong simbahkan kek muka depa ni bagi sedar sikit. Ada blog dari golongan PAS totok yang mengatakan Kubang Kerian memang membangun kerana ada Universiti Sains Malaysia dan juga Istana […]

  2. Yie .. bo lah dok nipu ore nyoh .. ingat retek dosa pahala jadi batu api demi sesuap nasi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: