Calon BN korup, patut ditolak rakyat

KEMASKINI:
Calon BN yang korup ini patut ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya kecil in, kata Pengarah Jentera Pilihanraya Kecil N31 PAS, Salahuddin Ayub di Markaz Induk PAS sebentar tadi.

Kenyataan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa rasuah berleluasa kerana pemimpin seperti Mohd Isa tetap diberi sokongan walaupun terbabit rasuah.

“Sebab itu label Isa sebagai ikon pembangunan palsu itu sesuatu yang tepat,” kata Salahuddin.

“Saya fikir pengundi perlu mengangkat pemimpin yang berkemampuan serta berintegriti, agar rakyat benar-benar mengecapi pembangunan yang hakiki, bukan pembangunan palsu.

“Calon Pakatan Rakyat Zulkefli Mohamad Omar boleh menjadi alternatif kepada kepemimpinan DUN Bagan Pinang,” tambah Salahuddin.

Sidang media tersebut turut dihadiri Pengarah Pilihanraya PKR Pusat, saifuddin Nasution, Ketua DAPSY, Loke Siew Fook; Ahli Parlimen Teluk Kemang, Dato’ Kamarul Baharin; Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man; Ahli-ahli Parlimen Khalid Samad (Shah Alam), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota), Siti Zailah Yusoff (Raja Rantau Panjang) dan Firdaus Jaffar (Jerai).


Keyataan media penuh:
1. Terima kasih kepada semua media kerana membuat liputan secara adil tentang perkembangan calon kita Zulkifly Mohamad Omar dan aktiviti kempen Pakatan Rakyat.

2. Pagi ini, saya bercadang mengulas lagi amalan rasuah Umno/ BN kerana ia sudah menjadi rahsia umum kita semua. Saya bercadang menjelaskan soal ketidakupayaan Tan Sri Mohd Isa Samad dan Umno sendiri menawarkan pembangunan hakiki untuk kepentingan rakyat. Semuanya palsu belaka.

3. antara contoh yang begitu dekat dengan rakyat di sini adalah isu penjualan 1,250 ekar tanah yang dicadangkan boleh dijadiikan kandang babi moden suatu ketika dahalu, waktu meletusnya isu JE. Kerana tiada upaya menguruskan kerajaan, Isa sewaktu menjadi Menteri Besar sanggup memperdagangkan tanah cadangan itu dikalangan beberapa pemimpin Umno sehingga nilainya menjadi RM8,500 per ekar. Pemimpin MCA tempatan juga mendapat habuan dari ketidakupayaan Isa mentadbir apabila harganya melonjak 17 kali ganda menjadikannya 145,000 per ekar, sebelum benar-benar dibangunkan kandang moden itu.

…. klip video akan menyusul …..

4. Seterusnya isu pemilikan beberapa pantai 1,2 dan 3 disepanjang Port Dickson oleh beberapa pemilik hotel dan sebagainya. Sedangkan tanah pantai tidak boleh dimilik individukan oleh mana-mana pihak. Tuan puan boleh melihat sendiri privatasi pantai di Hotel Mayangsari dan Bayu Beach Resort. Inilah yang disebut pembangunan palsu. Pembangunan palsu disebabkan ketidakupayaan pemimpin mengamalkan integriti atau melaksanakan rasuah dalam urus tadbir kerajaan.

5. pendedahan ini tidak boleh dianggap diletakkan pada peribadi Isa sahaja, sedangkan di belakang Isa ini terdiri oleh kroni-kroni Umno yang lain. Apa yang ingin saya katakan, Isa sebenarnya tidak mampu menyelesaikan beberapa pendedahan yang disebutkan ini.

6. pencalon Isa yang dilihat tidak berkeupayaan membawa pentadbiran yang lebih berintegriti, kerana Umno sendiri tidak serius menangani rasuah. Lembaga Disiplin Umno sebenarnya menggantung keahlian Isa beberapa tahun lalu disebabkan isu rasuah. Tiba-tiba Umno juga mencalonkan Isa yang sebenarnya dilihat khalayak tempatan sebagai tidak mampu.

7. Rasuah itu sebenarnya sarat dilakukan dalam Umno/BN. Sebab itu, ianya menatijahkan suatu kepalsuan. Umno tidak mampu menaangani rasuah. Isa juga dilihat tidak mampu menunjukkan kepemimpinan yang lebih berintegriti dan bermaruah. Sesiapa di sini mampu mengatakan bahawa apabila Isa menang di DUN Bagan Pinang ini, beliau mampu mengani permasalahan integriti dan rasuah ini.

8. Kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, “Rasuah berleluasa kerana pemimpin tetap diberi sokongan walaupun tetap terbabiut.” Sebab itu kita berasa label Isa sebagai ikon pembangunan palsu itu suatu yang tepat.

9. Atas pertimbangan ini, saya fikir pengundi perlu menganggkat pemimpin yang berkemampuan serta berintegriti, agar rakyat benar-benar mengecapi pembangunan yang hakiki, bukan pembangunan palsu. Ca;on Pakatan Rakyat Zulkefly Mohamad Omar boleh menjadi alternatif pada kepemimpinan DUN Bagan Pinang.

Salahuddin Ayub
Naib Presiden PAS, merangkap Pengarah Pilihanraya Kecil N31 Bagan Pinang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: