Media arus perdana diminta laporkan kesalahan Rasuah Isa dalam Umno

Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar, berkata, media arus perdana terutama Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 perlu melaporkan kesalahan-kesalahan amalan rasuah yang telah dilakukan Tan Mohd Isa Samad ketika berkempen dalam pemilihan Umno beberapa tahun lalu.

“Kesalahan-kesalahan Mohd Isa perlu didedahkan oleh media agar rakyat mengetahui kewibawaan dan maruahnya seperti yang diputuskan oleh Lembaga Disiplin Umno menggantung beliau selama enam tahun daripada memegang sebarang jawatan dalam Umno,” kata Mahfuz menjawab pertanyaan wartawan dalam sidang media sebentar tadi.

Turut hadir Pengarah Pilihanraya PKR Pusat, Saifuddin Nasution, Ketua DAPSY, Loke Siew Fook; Ahli Parlimen Teluk Kemang, Dato’ Kamarul Baharin; Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man; Ahli-ahli Parlimen Khalid Samad (Shah Alam), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota), Siti Zailah Yusoff (Raja Rantau Panjang) dan Firdaus Jaffar (Jerai).

Sementara itu, Pengarah Pilihanraya PKR, Saifuddin Nasution berkata Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menjemput Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk diadakan Debat bersama atas tajuk “Siapa Pengkhianat Melayu” di Bagan Pinang.

“Surat jemputan tersebut akan dihantar hari ini oleh Ketua AMK, Sdr Shamsul Iskandar Mohd Akin kepada Timbalan Perdana Menteri hari ini,” kata Saifuddin.

Difahamkan Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan berada di Bagan Pinang mulai hari ini (7 Oktober) sehingga 10 Oktober 2009.

…. klip video akan menyusul …

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: