Bagan Pinang: Memilih ‘Calon Rasuah’ bermakna menjual harga diri

Sidang media tergempar 6.00 petang, 10 Oktober 2009 - Foto Pinkturtle

Sidang media tergempar 6.00 petang, 10 Oktober 2009 - Foto Pinkturtle

Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar menyeru sekali lagi agar kesempatan untuk memohon perrtimbangan para pengundi di Bagan Pinang supaya membuat keputusan yang bijaksana di antara maruah dan rasuah.

“Memilih calon Barisan Nasional, Tan Sri Mohd Isa bermakna menjual maruah dan harga diri.

“Memilih calon PAS Zulkifly Mohd Omar bermakna mempertahankan maruah dan harga diri dan menolak pemimpin yang rasuah,” katanya.

Mahfuz menyeru para pengundi di Bagan Pinang juga mengambil iktibar dari perhimpunan agung khas MCA yang menolak kedua-dua (ong Tee Kiat dan Chua Soi Lek) yang dipertikaikan integriti mereka.

“Kepada ahli-ahli Umno di Bagan Pinang, saya merayu supaya mengelakkan tanggapan umum yang meletakkan Cina MCA lebih bermaruah dari Melayu Umno,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula berkata PAS tidak ada kena-mengena dengan sebarang perarakan konvoi motor atau kereta yang menggunakan apa jua bentuk lambang PAS.

Dalam sidang media khasnya petang ini, Salahuddin yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang mengingatkan ahli-ahli dan para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat (PR) supaya tidak terlibat dengan perarakan itu.

PAS juga tidak bertangungjawab dengan apa jua tindakan yang dilakukan oleh pihak itu dan laporan polis telah dibuat di ibu pejabat polis Port Dickson..

Dalam sidang akhbar yang sama, Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan menafikan beliau mengeluarkan surat yang menggunakan kepala surat Dewan Pemuda PAS.

Sidang media tergempar oleh Pengarah Pilihanraya Kecil N31 Bagan Pinang, YB Salahuddin Ayub turut dihadiri Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan

Sidang media tergempar oleh Pengarah Pilihanraya Kecil N31 Bagan Pinang, YB Salahuddin Ayub turut dihadiri Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nasruddin Hassan

“Surat itu palsu dan tanda tangan yang digunakan dalam surat itu juga palsu,” katanya.

Surat itu mendakwa kononnya Nasrudin memohon maaf atas apa yang dilakukannya.

Surat itu juga mendakwa kononnya surat itu dikeluarkan oleh Dewan Pemuda atas desakan DAP dan PR.

“Saya dan Pemuda PAS tidak ada kena mengena sama sekali dengan surat itu dan saya berharap tidak ada mana-m,ana pihak yang terpengaruh dengan surat itu,” katanya.

… klip video akan menyusul …

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: