Pengundi bermaruah perlu pilih pemimpin bermaruah

Pengundi-pengundi Bagan Pinang yang bermaruah adalah pengundi yang tidak akan bertolak ansur dengan isu rasuah yang dikaitkan dengan pemimpin yang tidak bermaruah bagi mewakili mereka dalam Dewan Undangan Negeri Sembilan, kata Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar di sini sebentar tadi.

“Pengundi bermaruah perlu memilih pemimpin yang ada maruah iaitu memilih pemimpin yang tidak ada rekod rasuah,” kata Mahfuz dalam ceramahnya di Batu 6 1/2, Port Dickson.

“Nak pilih pemimpin, macam pilih menantu, takkan nak ambil penagih dadah atau pencuri menjadi menantu kita.

“Begitu juga nak pilih pemimpin, kita pilih calon yang bermaruah dan berintegriti bukannya calon menjadi ‘ikon Perasuah atau perompak harta rakyat’,” kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Baca Kenapa perlu tolak Tan Sri Mohd Isa Samad.

Oleh itu rakyat perlu menolak calon BN, Tan Sri Mohd Isa secara total dan memilih yang lebih bermaruah dan berintegriti iaitu calon PAS Zulkifli Mohamad Omar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: