Bagan Pinang: Akhirnya Pengundi pilih Calon yang pernah dihukum rasuah

Akhirnya pengundi Bagan Pinang memilih Tan Sri Mohd Isa Samad yang menang bergaya dengan majoriti besar.

Mohd Isa menang dengan majoriti 5,435 undi, selepas memperolehi 8,013 undi manakala PAS, Zulkefly Mohamad Omar memperolehi 2,578 undi.

Jumlah itu lebih besar daripada majoriti 2,333 undi yang diperolehi BN pada pilihan raya umum 8 Mac tahun lalu.

Ditanya sama ada kemenangan ini bermakna bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu akan kembali ke dalam arus politik perdana, Tan Sri Mohd Isa berkata: “Sememangnya saya telah berada dalam politik sebelum saya bertanding di sini lagi kerana selepas saya menjalani hukuman, saya telah dipilih sebagai Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang.

“Bagaimanapun, sama ada untuk kembali ke arus perdana, ia bergantung kepada keadaan semasa…saya pun tak tahu macam mana.”

Berhubung sama ada beliau berminat untuk memainkan peranan yang lebih besar sebagai Exco kerajaan negeri, Mohd Isa berkata, ia bukan satu keutamaan.

“Setakat ini, saya tak fikir bab itu lagi. Saya hanya fikir untuk bantu penduduk di Bagan Pinang, Teluk Kemang dan bantu parti sama ada di peringkat negeri atau pusat.

“Selain itu, adalah menjadi satu perkara biasa di mana wakil rakyat BN akan memainkan peranan wakil rakyat dalam membantu pentadbiran bagi memajukan negeri,” katanya.

Ditanya sama ada beliau mempunyai masalah dengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Mohd Isa berkata: “Setakat ini, tak ada apa-apa masalah dengan Menteri Besar. Ia cuma sengaja dibangkitkan pihak-pihak tertentu semasa pilihan raya ini.”

Dalam pada itu, Zulkefly menerima kekalahan dalam pilihan raya kecil ini namun beliau tetap mempersoalkan aspek ketelusan bagi undi pos.

“Saya menerima kekalahan ini denagn hati yang terbuka. Bagaimanapun, apa yang penting bagi PAS adalah ketelusan terhadap undi pos yang tetap diragui,” katanya.

Dalam pilihan raya kecil ini, BN memperolehi 3,521 undi pos manakala PAS memperolehi 601 undi.

SEMENTARA ITU, Naib Presiden PAS yang juga Pengarah Induk Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang, Salahuddin Ayub, mendakwa kekalahan parti itu juga disebabkan rasa takut terhadap ‘gangsterisme’ yang menyukarkan PAS mendekati 13,664 pengundi di kawasan itu.

“PAS terima keputusan ini tapi terus iltizam perjuang sistem undi pos lebih telus,” katanya kepada pemberita di Markas Induk PAS di sini sejurus keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan.

Advertisements

Satu Respons

  1. ini komen saya tuan.

    faktor pas kalah.

    1. MEdia bloggers dan facebook’s pro pas terlalu takbur dan yakin pas akan menang, sehinggakan mengeluarkan cerita yang tak masuk akal apabila penduduk setempat baca, mereka jadi menyampah bukannya terpengaruh. perlu ingat kawasan ini ramai yang celik it.

    2. kebanjiran penyokong pas luar terutamanya kelantan dan terengganu membuatkan penduduk setempat yang mengundi rimas dan semak dengan kehadiran mereka. tindakan provokasi, bersorak di tepi jalan, ceramah di kawasan yang speaker nya di hala ke arah rumah-rumah penduduk hampir setiap malam, membuatkan penduduk rimas. tanyalah penduduk tempatan.

    3. tindakan penyokong pas membuka gerai – gerai haram sepanjang tempoh pilihanraya menjejaskan perniagaan penduduk setempat.

    4. n9 ni tinggi juga semangat kenegerian dia, jadi patut amnbil la approach yg betul. ni sepanjang pilihanraya, ada kempen pasal kelantan, peraih undi pun ckp kelantan pekat. takde rakyat tempatan ke. ini mungkin kasar tapi saya perlu nyatakan, sikap gedebe orang kelantan ni dibenci oleh semua orang. masuk kampung orang buat kasar. amende la.

    5. Jgnla terlalu taksub dan takbur. pas parti islam. jadi jgnla tunjuk perangai tak senonoh sepanjang pilihanraya akan datang. makcik-makcik tua bersorak tepi jalan, yang muda pula ajak penduduk setempat bergaduh, kalau buat kat melayu umno je mungkin xpe juge, tapi buat bende sama kat kaum lain. memalukan.

    logik atau tidak.. ini komen saya. pengundi adalah orang setempat. bukannya orang luar. pas jgn jadi semakin taksub dan takbur sehingga terpesong dengan perjuangan sebenar. saya bukan sayangkan pas, saya bukan sayangkan umno. tapi saya sayangkan perjuangan demi melayu dan islam di negara ini. salam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: