Musuh Exco buat fitnah lagi ….

Semuanya dengar cerita saja. Yang menulis pula, yang saya kenal adalah musuh Exco tersebut. Dan yang dikatakan ‘kena tumbuk’ itu pula tak cerita benda sebenar.

Sayapun ada di sana, yang saya tahu, Exco berkenaan tanya “Adakah ini En X, Pegawai BPR”. Jawabnya tidak. Sebenar dia telah berbohong kerana Exco berkenaan amat kenal dengan beliau yang menyiasat satu kes di Kelantan. Exco berkenaan berkata “Jika ada bukti, dakwa sajalah, kenapa tak dakwa?

Itulah En X dan “Musoh Exco” tersangat sakit hati dengan Exco berkenaan.

Janganlah dok bawa citer bukan-bukan …. kerana musuh Exco tersebut memang mereka cipta cerita. setakat dengar cerita orang tak payah lah.

(Cerita ‘kena tumbuk’ memang direka … dan kisah dan masalah ‘En X yang kena tumbuk’ akan kita akan cerita kemudian)

Si En X, jika nak tahu ada masalah dengan SPRM (dengar khabar dari SPRM), beliau telah digantung jawatan. itu sebab dia makin sakit hati dengan Exco berkenaan.

Naib Presiden PAS, Salahuddin atau Mahfuz turut diheret dalam cerita bohong ini sedangkan mereka berdua belum dapat cerita sebenar daripada Exco berkenaan. Jangan dok perguna Salahuddin dan Mahfuz .. Saya dok hari-hari dengan mereka.

Semalam Dato’ Mahfuz menafikan Cerita Bohong tersebut dalam Sinar Harian 20 Oktober 2009.

Mahfuz nafi Exco PAS tumbuk tetamu – Sinar Harian
Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar menafikan dakwaan seorang Exco PAS dari Kelantan yang menumbuk seorang tetamu di Majlis Aidilfitri PAS Pusat di Taman Melewar Gombak, kelmarin.


Menurutnya, sepanjang beliau berada di majlis tersebut, tiada sebarang insiden buruk yang berlaku melibatkan pemimpin PAS.

Katanya, adalah mustahil untuk seseorang berbuat demikian terutama pemimpin PAS di majlis keraian seperti majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Tidak adalah, itu tidak benar, tak mungkinlah ada orang bertumbuk di majlis hari raya. Saya sendiri yang ada dari pagi sehingga ke petang di majlis Taman Melewar itu dan tidak dilihat sebarang insiden yang tidak diingini,” katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan sebuah laman blog bahawa terdapat insiden yang membabitkan seorang pimpinan PAS.

Blog tersebut mendakwa Exco tersebut telah melepaskan satu tumbukan kepada tetamu namun berjaya ditepis.

Exco itu juga dikatakan mengeluarkan kata-kata kesat.

Penulis blog bagaimanapun tidak menyebut nama pemimpin itu dan beliau mendapat maklumat insiden berkenaan daripada rakannya yang berada di tempat kejadian.

9 Respons

  1. yalah ana pun pelik ada kat sana juga, tapi taklah nampak dan lihat bertumbuk itu belaku,

    kalau benar-benar ada dah tentu ramai org disambutan hariraya akan berkompol melihat pertumbukan itu.

    Tapi tak ada apa-apa pun semua hadiiran sedang menimati juadah aja.

  2. haha..

    pandai sungguh ‘musuh EXCO’ tu buat cerito..ambo baco cerito dio, dio x nampok, tp tulih mace napok..berat2..

    hok moleknya wan joe cerita sebenar gapo hok terjadi hari tu..

  3. Ini laa perangai jahat tukang fitnah bloger ni, ia mencemarkan imej bloger. sekor kerbau bawa lumpur laaa tuuu iakan mencemarkan seluruh bloger. yang palaing pelik penulis niii dia tulis begitu menarik sekali sehingga tahi boleh jadi minyak atar.

  4. Teman-teman, tak rasa sensetif ke bila exco kita difitnah, bila pemimpin parti kita difitnah, kalau kita tak rasa apa-apa bermakna ikatan ukhuwah seperjuangan kita masih longgar, dan kita bukan pejuang sebenarnya. sedarlah sekarang kita dah nak mula jahat sesama kita.

  5. ooo….gitu ke ceritanya.saya ada baca tulisan orang tu….memang dari gayanya macam orang kecewa kerana usaha dan jasa lama dia tak di ingat….pesan saya pada dia sudah la pakcik red …..insaf2 le kubur kata mari rumah dah kata pergi.

  6. kesian mso…..

  7. kita tunggu orang tu tulih sapa namo exco berkenaan kalu dia dipihak yang benar.. pahtu tindakan selanjutnya saman dia dimahkamah .. baru dia tahu langit tinggi ko rendah.. baru jupo rabu dgn komis..

  8. kebiasaannya itulah budaya UMNO/BN…
    mereka inilah yg suka kacau PAS mahupun PAKATAN RAKYAT…
    buat semua penyokong PAS,ingatlah firman Allah
    “Berpeganglahlah kamu dengan tali Allah & jangan berpecah belah”
    yg mahu melihat kita berpecah ialah BN,yg telah kerjakan kita selama ini ialah BN,mereka takkan berputus asa utk pecahkan kita,jadi kita kena berpakat pegang pada tali Allah,walaupun cubaan,dugaan & rintangan datang,kita akan terus pegang tali ini hingga kita menang atau syahid.
    Allahu Akbar!!!!

  9. duk gilo ko kambing sapa lo nih tok abih lagi…

    skalo hok brehi ko kambing benar nih… sek blek meito… nok smeleh taing konsek…

    ore pah pun… duk wak kiro lagi baso ore tok cukuk sriya tuh… khijo’e dio make upoh n’nulih jah… kot mano masuk pitih… jadi sajo… tok guru pung dio kato maing jah lo nih…. pah duk wak nipu kato baik benar nga tok guru…

    acu chek mmolek… takut duk amal lagi la kitak hakikak inse abe dio tuh… buke buleh kiro… lamo jadi supo kahar gilo…

Tinggalkan Jawapan kepada orgbachok Batal balasan