Siapa Pemimpin PAS ingin bekerjasama dengan Umno?

TERKINI:
Cadangan Muryidul Am PAS akan diputuskan oleh selepas Mesyuarat Khas PAS Pusat pada hari Rabu (28 Oktober 2009), kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub di Lobi Parlimen hari ini.

Kenapa beriya-iya sangat Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz nakkan PAS adakan EGM bagi menentukan hala tuju perjuangan, mungkin ada maklumat sulit yang diketahuinya tidak diketahui oleh ahli-ahli di bawah.

Berita di bawah mungkin ada benarnya kerana Presiden Umno, Najib Razak membuat pengakuan bahawa ada satu kumpulan dalam PAS yang benar-benar ingin mengadakan kerjasama dengan Umno dan satu kumpulan lagi yang menentang hasrat tersebut.

PAS berpecah kepada dua: Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata percanggahan dalam PAS nampaknya sudah sampai ke kemuncak dan semakin serius sehingga timbul dua kumpulan dalam parti itu.

Najib, yang juga Presiden Umno, berkata satu kumpulan mahu bekerjasama dan mewujudkan persefahaman dengan UMNO dalam bentuk yang sesuai manakala satu lagi menentangnya.

“Ada pihak yang lebih mementingkan politik daripada ummah. Kita hargai pihak yang melihat Umno sebagai mewakili orang Melayu, berjasa dalam perjuangan ummah dan menjaga kepentingan kaum-kaum lain,” katanya pada sidang media selepas tamatnya Sidang Kemuncak Asean ke-15 di sini.

Najib berkata percanggahan dalam PAS nampaknya semakin serius berikutan hasrat Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengadakan Muktamar Agung Khas PAS untuk membersihkan parti daripada pemimpin-pemimpin yang bermasalah.

Menurut Perdana Menteri ada kumpulan dalam PAS yang tidak mahu bekerjasama dengan Umno untuk menegakkan kepentingan orang Melayu dan Islam semata-mata kerana kepentingan politik mereka.

Pihak ini, kata beliau tidak menghargai jasa Umno dalam mewakili kepentingan orang Melayu dan menjaga perpaduan ummah.

Katanya terdapat sekumpulan pemimpin dalam PAS pula yang berhasrat untuk mencari pendekatan yang boleh membawa kepada perpaduan ummah, mirip kepada bekerjasama.

“Apa bentuk tak tahu… maknanya tak mahu perpecahan. Satu lagi kumpulan mahu perbalahan berterusan dan tiada pertimbangan apa-apa untuk perpaduan,” kata beliau.

Ditanya sama ada ada Umno akan mengadakan perbincangan dengan PAS, Najib berkata selagi PAS tiada kata sepakat, Umno tidak boleh mengadakannya secara rasmi.

“Kita tunggu dan lihat perkembangan dalam PAS,” katanya, sambil menambah kata, bahawa sebarang perbincangan tidak akan membuahkan hasil jika diadakan dengan wakil tertentu sahaja dan bukan keseluruhan parti itu. – BERNAMA

Manakala hari ini pula seperti yang dilaporkan Sinar Harian melaporkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata parti itu tidak akan mengadakan Muktamar Khas (EGM) seperti yang dicadangkan Mursyidul Am sebelum ini.

Sebaliknya akan mengadakan Mesyuarat Khas PAS Pusat bagi membincangkan isu parti, dan telah dipersetujui Mursyidul Am itu sendiri selepas mengadakan pertemuannya dengannya dua hari lepas.

Kita tunggulah apa keputusan Mesyuarat Khas PAS nanti.

Advertisements

14 Respons

  1. Sejak bila kita dengar apa yang Najib kata?

  2. Pemimpin PAS yang pro bekerjasama dengan UMNO perlu disingkir. Kalau tak disingkir, lain kali mereka ini akan buat perangai pula. Penyingkiran ini juga merupakan satu pengajaran bernas kepada mana-mana bakal pemimpin PAS agar jangan cuba berkehendak dengan UNMO dalam gelap semata-mata kerana gilakan kuasa, pangkat dan kekayaan dengan cepat…..

  3. Saya sangat menyokong tulisan nii, Tok Guru dah merintah 19 tahun dahhh, dah masak sepak terajang politik, bukan macam stopa ali yang auta dan sangup jual pas nak idup mewah. apa yg Tok Guru cakap untuk kepentingan dan masa depan pas. dia lebih tahu perkara-perkara sulit yang tak boleh didedahkan. sekarang ni stopa bermain bahasa nak mengelirukan penyokong pas. mudah saja sape yg lebih cerdik dan lebih baik antara tok guru dgn stopa ali bodoh tuu.

  4. perbezaan pandangan adalah fitrah dalam berjemaah. Akan tetapi kami yakin perbezaaan pandangan ini akan membuka lebih banyak ruang untuk rakyat melihat sikap keterbukaan dan kebijaksanaan pemimpin PAS mengurus khilaf berjemaah. Maju PAS, martabatkan Islam

  5. kawe tetap bersama tok guru
    lamo doh kawe dok perhati geng-geng ni dan kawe rasa mmg benar apa yang tok guru kata
    biar kito kaloh pilihanraya sekali pon namun untuk bersama UBN jangan sekali-kali
    kepada pemimpin2 tersebut, berundurlah demi kebaikan parti
    jasa anda selama ini tetap di kenang

  6. Diharapkan rakan-rakan dalam pas fikirlah sendiri berdasarkan analisis yang anda buat untuk menentukan sesuatu kebenaran itu.

  7. ana sokong Tok Guru 100%, pemimpin tertinggi, pemimpin separa tinggi, bawah dan ahli² x perlu melatah atau marah, nanti org UMNO sonok dok tepuk tangan & senyum kambin…tenuk parti kita ‘macam’ da retak, pemimpin x ada persefahaman. Ana yakin, dengan mesyuarat, dapatlah kiranya diperbetulkan apa yang salah…kan? Ana doakan Allah SWT berikan petunjuk dan hidayahNya kepada kita semua….Amin

  8. Kawe raso, tokguru ni dah lanjut usio, dah nyanyok dah, dah patot berehak dan patut save pahala yang ada dari bertebaran pada oghe UMNO. itu lah sebab, tindake dio ni kade2 nampok plek. Tak masok akal, tak bernas dah. Oghe pah patut singkir dio ni….s

    • Ketayap puteh di atas kepala melambangkan kesucian.Itu sebab ketayap berada di kepala bukan di kepala lutut.Jadi gunakan otak dan fikiran untuk mencari kebaikan bukan hanya mengentam tak tentu pasal.Fikirkanlah pembangunan ummah.Bangunkan ekonomi orang Islam.Majukan negeri,terdapat bertaburan anak negeri yang mencari rezeki di tempat orang.Lu fikirlah sendiri.

  9. saya sungguh kagum dan bangga dengan keberanian Tok Guru dalam isu kepimpinan PAS.Dalam menghadapi cabaran terkini iaitu puak-puak yang terpengaruh dengan idea merpertahankan melayu dan Islam (Mustapha Ali,Nasharudin,Hassan Ali).walhal bila kita bersama mereka kita akan menjadi alat untuk memperkukuhkan Umno yang nyawa-nyawa ikan setelah orang melayu hilang keyakinan terhadap parti melayu terbesar itu. Tok guru rupanya ada bau puak-puak ni minat ko Umno. Mesyuarat malam ni pasti kemas mereka menyokong supaya PAS jangan berganjak dengan pakatan rakyat.Dibelakang mereka tak yakin Pakatan Rakyat boleh memerintah Malaysia dan tak yakin PAS boleh berperanan untuk menegakkan Islam dalam Pakatan rakyat.Mereka lebih percaya Islam boleh ditegakkan bila bersama Umno. Mereka ni tak serik ditipu oleh Umno, inilah hebatnya Umno pandai bermain politik mengikut suasana dan masalah terkini yang mereka hadapi. Pecayalah Umno tak akan berminat dengan PAS kalau mereka kuat. bahkan sejarah lalu Umno menjadikan melayu dalam PAS lebih hina daripada bangsa lain. Banyak kejahatan dan penyeksaan dibuat pada pemimpin dan ahli PAS diseluruh Malaysia(semua orang tahu).

  10. Ingatlah wahai Islam semua…skrg munafik2 seperti umno tu tgh dokkacau kekuatan dan keutuhan ummah Islam…aku tau tok guru tu bukan seseorang yg bernai berkata tanpa bukti yg nyata..percaya lah, tok guru tu buat sbb nk selamatkan pas yang memperjuangkan Islam dari bercampur dengan umno….mana2 ahli pas yg masih lagi berharap untuk bersama umno tu undur aje laa…takut nanti anda tergolong jugak dalam golongan munafik…
    Rasul diutuskan untuk menegakkan Islam bukan melayu..Islam untuk semua..syabas tok guru, berani kerana benar…yang dok kata tok guru tu nyanyok tu elok tgk jgk pemimpin umno tu yg telah lama nyanyuk dgn ulikan kekayaan dan sajian menarik kat dunia ni…mudah2an anda tidka bersama mereka di padang mahsyar nanti..naudzubillah..sesungguhnya seseorang itu akan bersama pemimpin nya di padang mahsyar nanti…

    • Jangan menuduh orang munafik. Siapa munafik belum tahu.Rasul diutuskan untuk menegak Islam tetapi Rasul sayang pada bangsa arabnya.Ada sesetengah orang mungkin tak berbangsa.Orang Eskimo yang jauh di hujung duniapun berbangsa.

  11. Mampus le PAS lagi baik……… untuk umat islam Malaysia. Kalau ikut puak ni. Orang islam akan jadi macam negri N. Ajis semua kita kena cari kerja kat Burma, indon, Siam. Negara kita tiada kerja.

  12. SEJAK BILE PLAK ORANG PAS PERCAYA KAT NAJIB NI???JANGAN BILASESUAI DENGAN KITA SEMUA TERIMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: