Jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri

KEMASKINI:
Mesyuarat Khas PAS Pusat telah selesai: Ada dua keputusan besar yang telah diambil seperti yang diisytiharkan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media (29 Oktober 2009, lebihkurang 1.00 pagi) sejurus selepas mesyuarat tersebut, iaitu:-

1. Satu Seminar Politik diadakan bagi menggantikan cadangan Muktamar Khas (EGM) seperti yang dicadangkan Mursyidul Am PAS. [ Difahamkan Tok Guru musryidul Am bersetuju? Betul tidak, sayapun tak boleh mengesahkan sebab ada yang kata tidak demikian. Sebab Tok Guru keluar mesyuarat selepas bentang cadangannya.]
2. Satu siasatan perlu dilakukan keatas PAS Selangor dengan dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man.
3. Isu Kerajaan Perpaduan ditutup rapat buat masa kini. Masa depan, tengok keadaan?

Mesyuarat sudah, tetapi ‘pahat masih berbunyi’, Kenapa demikian. pemerhati politik atau bloggger melihat keputusan yang diambil mungkin tidak tegas atau kehendak mesyuarat itu tidak tercapai. Difahamkan kehendak ahli Mesyuarat sepeti yang dilaporkan adalah EGM perlu diadakan bagi dan beberapa tindakan disiplin perlu diperketatkan.

Antara ‘pahat berbunyi’ selepas mesyuarat, adalah
“PAS Selangor hari ini menggesa parti itu turut menyiasat pembocor “rahsia parti” kepada umum, selain isu kerajaan perpaduan yang dikaitkan dengan pesuruhjayanya Datuk Dr Hassan Ali.

Mesyuarat khas jawatankuasa pusat parti itu malam tadi memutuskan PAS Selangor dihadapkan kepada jawatankuasa disiplin berhubung dakwaan Dr Hassan masih terlibat dengan isu tersebut, lapor Malaysiakini.

Rahsia keluar daripada siapa, takkanlah rahsia keluar daripada mulut Mursyidul Am PAS itu salah. Lain kali jangan cakap sebarangan. Nak menyalahkan orang kununnya.

Masalah di sini ialah Di mana tempat untuk mengadu jika pemimpin sendiri melakukan kesalahan seperti apa yang berlaku ini. Pesuruhjaya PAS Selangor kena sedar bahawa PAS ini bukan miliknya seorang sahaja. jadi apa yang dicakapkan oleh Pesuruhjaya sekalipun, kita boleh laporkan kepada Mursyidul Am atau Presiden atau kepada Ahli-Ahli Majlis syura atau ahli-ahli jawatankuasa kerja PAS Pusat untuk di bawa dan dibincang serta diputuskan.

Takkanlah saya ada kes yang menyifatkan perlakuan yang saya anggap tidak sepatutnya Pemimpin dan ahli PAS lakukan saya pendam begitu sahaja. Jadi saya laporkan kepada Mursyidul Am pun tak boleh. Macamana ni!! Kalau begitu Mursyidul Am PAS kena jadi bisu dan pekak. Tak boleh dengar aduan ahli-ahli bawahan.

Akhram_n_YB_Nasa

Bertemu blogger di Rumah Dato Hassan Ali

Jadi apapun pesuruhjaya PAS Selangor diharap tidak menyalahkan orang lain. Lihatlah diri sendiri. jangan ingat orang lain itu semuanya salah, hanya diri kita seorang sahaja yang betul. Jika nak ber”Rahsia”, ada caranya tersendiri. Bukan panggil Blogger tertentu sahaja dan ……. Bercakap apa-apapun dengan Blogger Umno mengenai PAS, tidak mengapa? PAS tidak boleh ambil tindakan. [Gambar di atas saya ambil dari Blog Anak Sanudi Junid – Harap maklum]

Walau apapun kita tunggulah pula apa nak jadi dengan PAS pada Seminar Politik pada 7 November 2009 (Sabtu) yang katakan menggantikan EGM seperti yang telah diputuskan oleh mesyuarat tersebut. Kita sabar menunggu, apa nak jadi!!

Mungkin ada lagi ‘pahat yang berbunyi’ kerana ianya tidak selesai masalah sebenar. Apapun tunggulah.

7 Respons

  1. Tindakan yang paling ringan atau tiada tindakan langsung akan diambil untuk mewajarkan penyertaan PAS ke dalam BN tahun 2010/2011. Tindakan sebenar yang akan diambil ialah kepada penentang-penentang UG. Mereka akan diketepikan dari saf kepimpinan di semua peringkat untuk memberi laluan kepada mereka yang menyokong penyertaan PAS ke dalam BN. Usaha membawa PAS ke dalam BN sudah bermula dan sedang berjalan dengan rancak.

  2. Saya harapkan ketegasan Tok Guru menyerlah dalam mesyuarat tersebut,. Namun keadaan adalah sebaliknya. Oleh itu, wajarlah majoriti Ajk pas PUSAT mewujudkan EGM mengikut perlembagaan PAS pasal 16. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlarutan. Tiada wala untuk Hadi dan Mustapa Ali.

  3. saya harap janganla kita berkokok jer dalam blog2…

    usahakanla supaya kawasan2 buat usul untuk EGM… cukup 56 kawasan, kita boleh buat EGM, dan usul2 yang TGNA dah bangnkitkan…

    mungkin Kubang Kerian boleh mulakan dulu…?

  4. UG? Jangan haraplah beb..

  5. umum mengetahui bahawa imej pas telah tercalar oleh, umum tahu siapa mereka.

    pokok permasalahan ialah “imej pas yg tercalar”. jadi, tindakan yg utama utk meneyelesaikannya, pas perlu terlebih dahulu kenalpasti apakah punca kpd masalah tersebut.

    utk mengenali punca kpd masalah yang timbul, pas perlu melihat ke belakang dan senaraikan rentetan peristiwa yg berlaku yg melibatkan pas secara langsung.

    dua peristiwa penting yg dilihat sbg penyumbang utama kpd kecalaran terhadap imej pas adalah (1) pertemuan dlm gelap dgn umno selepas pru 12 dan (2) tindakan2 yg mencemari keputusan muktamar ke 54, “memperkasakan pakatan rakyat”. tindakan tindakan (2) dilihat sbg kesinambungan kpd tindakan (1). di antara keduanya seolah2 ada titik pertemuan. pas dlm keadaan celaru, secelarunya!

    DUA peristiwa di atas melibatkan pelaku2 yg sama. maka tidak menyimpanglah pandangan bahawa di antara keduanya ada hubungan kemesraan. sama ada kita suka atau tidak, pelaku2 yg telah dikenalpasti itulah punca kpd masalah yg mencalarkan imej pas.

    pandangan prof aziz bari sedikit sebanyak telah memperkukuhkan lagi persepsi ini sehingga menyebabkan, oleh kerana tidak tahan lagi dgn keadaan yg pas hadapi, tgna telah, dgn berani menamakan pelaku2 berkenaan yg menyebabkan pencalaran kpd imej pas, lalu manyarankan supaya muktamar khas diadakan sebagai jalan penyelesaian.

    muktamar khas yg disarankan tgna boleh diadakan dgn kehendak, 1) presiden atau, 2) 1/3 ajk pas pusat atau, 3) 1/3 kawasan.

    presiden, melalui mesy khas yg berlansung pada rabu lalu telah menyuarakan kehendaknya. hanya ajk pas pusat dan kawasan2 belum lagi menyatakan kehendak mereka. walau apa pun tohmahan orang dgn kehendak presiden tsb, ia tidak boleh menghapuskan sama sekali kehendak dua kumpulan ini – ajk pas pusat dan kawasan.

    keputusan mesy khas telah memperkukuhkan persepsi seterusnya terhadap pas – pas dikuasai oleh pemuka2 pas terengganu serta pendokong2 yg dibawa khusus ke jalan raja laut oleh mereka. “kekuatan” mereka nyata menghapuskan “keberanian”, di kalangan ajk pas pusat yg menghadiri mesy khas, jika ada. kebimbangan tidak disenaraikan sbg calon pada pru 13, kebimbangan akan hilang kedudukan dalam jk parti, keseronokan dgn jawatan yg disandang, serta kebarangkalian jawatan/kedudukan yg mungkin akan diperolehi sedang menyanyi2 di kepala mereka.

    presiden sudah menyatakan kehendaknya. manakala ajk pas pusat pula, yg kepala diketuk dgn pelbagai dendangan irama “ugutan”, sudah boleh diramalkan akan kehendak mereka. yg tinggal hanya pas kawasan yg belum lagi berbuat demikian.

    keputusan mesy khas pd rabu lalu sudah diramalkan banyak pihak kerana mereka arif benar dgn cara pas bertindak apabila “bermasalah”. menjaga parti adalah lebih penting dr memulih kecemaran imej pas. “Jangan tukar PAS sebagai Gerakan Islam kepada PAS hanya sebuah Parti Politik,” kata ketua dpp.

    ini sudah tentu akan memberi kesan yg tidak sedikit pada pru 13 nanti. slogan “pas for all” yg diperkenalkan menjelang pru 12, sudah mula dipersoalkan. kedudukan kelab penyokong pas yg masih “di dalam kajian” memburukkan lagi persepsi umum terhadap pas.

    yang tinggal kini hanya pas kawasan. apakah kawasan2 berani untuk menyatakan sikap mereka di belakang tgna? apakah akan ada “57” kawasan yg mampu mengenepikan kehendak presiden dan ajk pas pusat? bolehkah menaruh harapan kpd kawasan2 untuk memulihkan imej pas yg sudah tercalar?

    sikap cawangan yang mengambil jalan mudah menyerahkan keputusan dibuat oleh ajk pas kawasan perlu diambil kira dlm merumuskan sama ada kawasan sedia bersama tgna! sedia memulihkan imej pas yang tercalar!

    satu perkara yg ahli2 pas perlu faham, umno sudahpun menuai keuntungan dari DUA perkara penyumbang kpd tercalarnya imej pas. justeru, hubaya, hubayalah.

  6. SILA BACA HARAKAH KELUARAN JUMAAT 30/10/09

    ADA ARTICLE YANG MEMBURUKKAN NIK AZIZ

    http://manjongmari.blogspot.com/2009/10/harakah-cuba-berusaha-nak-jatuhkan.html

    saya yg selalu baca harakah sekali lalu pun dapat melihat & menanggap kedua2 article dalam harakah tersebut.

    saya pelik, APA MAKSUD HARAKAH menyiarkan 2 berita yg bertentangan mengenai Tok Guru Nik Aziz begitu jika tidak lain daripada hendak memburukkan tok guru.

    ni kerana nafsu benci & agaenda sendiri, puak2 pro-UG ini sanggup jahanamkan PAS dengan cara MEMBUNUH ICON pas sendiri iaitu nik aziz. depa tak peduli & tak ambil kira yg tanpa nik aziz, sapa lagi yg boleh jadi icon PAS yg boleh diterima oleh semua parti & rakyat.

    yang BODOHNYA adalah AHLI PAS itu senditi. dah termakan pil WALA..WALA..sampai tak boleh fikir sendiri. ikut je membabi buta. Kalau Allah nak manusia ni ikut je arahan, baik Dia buat robot je untuk menjadi khalifah dibumi ini tetapi ALLAH letakkan manusia yang boleh berfikir dibumi ini. takkan itupun tak paham kerana apa.

    lepas ini PAS bolehlah bersiapkan diri untuk KALAH dalam PR13 ni ye. kami rakyat yang hina dina ni dah MENYAMPAH denagn perangai pas ni. nanti bila itu berlaku, JANGANLAH SALAHKAN TAKDIR….sebenarnya, HANGPA SEMUA YANG BODOH

  7. […] shoe’ to be booted out? (Malaysiakini 30/10/09) Aku dah kata – kill the messenger! Jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri (Jiwo Kelate 30/10/09) Sebalik tabir: Dr Hassan jadi sasaran (Malaysiakini 30/10/09) Nik Aziz […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: