Umno buat demonstrasi membantah doa Tok Guru

KEMASKINI:
Sms diterima memaklumkan:
“Kpd Semua PEJUANG2 UMNO – Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan akan mengadakan Perhimpunan Penyerahan Memorandum Bantahan kepada Nik Aziz kerana berdoa supaya Allah SWT melaknati YAB PM & Pengikutnya sekiranya royalti minyak tak diberi. Perhimpunan akan diadakan pada esok 1 Disember 2009(Selasa) jam 10 pagi di depan Kota Darul Naim.

Setiap pejuang dijemput hadir dan diminta hantar semua rangkaian sahabat ke perhimpunan ini. Mohon tindakan segera. T/Kasih”. Drp SUK UMNO Kelantan

Doa Tok Guru dalam Khutbah Hari Raya Korban, 10 Zulhijjah 1430/ 27 November 2009

“Saya hanya doa kepada Allah minta Allah perbetulkan fikiran Perdana Menteri Malaysia iaitu beri (royalti) gas petrol kepada Kelantan … kalau tidak beri sah ada mala fide… niat yang tak baik, itu saya minta musnahkan. Sebab jahat … salah apa saya,” kata Tok Guru.

“Saya tetap mempertahankan doanya dan menyifatkan tindakannya itu tidak bersalah kerana tindakan itu dan Nabi Muhammad SAW diantara orang yang doa balas bela terhadap orang zalim.”

Pemimpin dan penyokong Umno Kelantan kena fikir dan renung juga kenyataan YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Ku Li menegaskan bahawa Petronas terikat dengan perjanjian di bawah Akta pembangunan Petroleum negara dan Kerajaan Pusat tidak seharusnya mengganggu perjanjian itu kerana perjanjian itu dibuat dengan amat ringkas sehinggakan budak sekolahpun memahaminya.

“Keengganan Kerajaan Pusat membuat pengumuman secara jujur mengenai Petronas perlu membayar wang royalti sebanyak 5 peratus kepada Kelantan boleh menyebabkan negeri yang mempunyai aktiviti petroleum lain mempersoalkan status pembayatran mereka,” katanya.

Hari ini, PORT OF SPAIN (Trinidad dan Tobago): Datuk Seri Najib Razak tidak akan meminta Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik kenyataan atau memohon maaf selepas mahu berdoa supaya Allah menghapuskan masa depan Perdana Menteri jika tidak memberi royalti minyak kepada negeri itu.

Perdana Menteri berkata, beliau berharap Mursyidul Am Pas itu sedar sendiri kerana ramai umat Islam merasakan kenyataannya keterlaluan dan tidak melambangkan semangat keislaman yang dituntut agama.

“Apapun kita perlu berbincang untuk mencari penyelesaian dan bukan cari pergaduhan. Berbalah sesama sendiri dikutuk dalam Islam, malah untuk kita mengutuk orang lain pun tidak dibolehkan Islam,” katanya pada sidang media pada hari terakhir Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di sini, hari ini.

Hari ini juga Berita Harian melaporkan Nik Aziz guna agama untuk politik: Muhyiddin
KUALA LUMPUR: Niat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika Kerajaan Pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan adalah kesalahan besar daripada segi agama.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau tidak dapat membayangkan bagaimana seorang yang dikatakan sebagai tokoh agama sanggup mengeluarkan kenyataan sebegitu, lebih-lebih lagi terhadap pemimpin yang seagama dan sebangsa dengannya.

“Saya tidak bolehlah menasihatkan kerana dia (Nik Abdul Aziz) lebih tahu daripada saya. Tapi kenyataan seperti ini tidak patut dikeluarkan oleh seorang yang dikatakan tokoh agama.
Teruskan membaca

MP Bebas Pasir Mas bantai KADA semasa Bahas Bajet 2010 Kem Pertanian & Industri Asas Tani

Sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ) pada 23 November 2009

MP Bebas Pasir Mas bantai KADA semasa Bahas Bajet 2010 Kem Pertanian & Industri Asas Tani – YB Dato’ Ibrahim Ali membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani ) pada 23 November 2009

MP PAS ucap tahniah kepada Integriti Tok Guru dan Ariffahmi

KEMASKINI:

Ahli Parlimen PAS (MP PAS) merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman kerana sikap ‘integriti yang tinggi’ menghormati keputusan parti berbanding kepentingan peribadi dan keluarganya.

MP PAS Parit Buntar, Dr. Mujahid Yusuf Rawa dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi tadi berkata, tindakan Nik Aziz yang menerima keputusan parti untuk menasihati Ariffahmi meletakkan jawatan merupakan satu tindakan yang mempamerkan ketinggian integriti beliau sebagai seorang Menteri Besar.

“Kami (ahli parlimen PAS) mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Kelantan (Nik Aziz) kerana telah menerima keputusan yang telah dibuat oleh PAS pusat agar beliau menasihati Ariffahmi meletakkan jawatan.”

“Ini satu tahap integriti yang saya kira cukup baik bagi pihak menteri besar kerana akur tentang keperluan untuk menjaga kepentingan PAS termasuk kepada menantu beliau,Ariffahmi yang juga akur dengan keputusan yang dibuat oleh parti bagi memelihara kepentingan dan kesejahteraan serta integriti parti,” katanya.

Mujahid yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat turut berharap agar tindakan Nik Aziz itu dapat dicontohi oleh pemimpin-pemimpin parti lain dan juga rakyat.

“Kami mengalu-alukan keputusan itu dan ia boleh menjadi satu contoh yang baik kepada orang ramai betapa integriti perlu diletakkan lebih utama daripada apa-apa sahaja kepentingan,”

“Kami menyokong, kami harap ia boleh jadi contoh kepada orang lain tentang sikap yang ditunjukkan oleh Tok Guru Nik Aziz dan juga menantu beliau sendiri yang sanggup membuat keputusan itu di atas kepentingan integriti dan juga parti,” katanya lagi.

Tindakan Nik Aziz dan Ariffahmi juga ujarnya membuktikan bahawa PAS merupakan sebuah parti yang terbuka dan menjaga disiplin.

“Ini memberikan gambaran bahawa PAS ini bukanlah satu parti yang hanya membuat sesuatu mengikut kehendak tetapi ada batas-batasnya dan mereka akur dengan kehendak dan kepentingan lebih tinggi iaitu jawatankuasa pas pusat,” ujarnya.

Sidang media berkenaan turut disertai Ahli Parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Ahli Parlimen Padang Terap Nasir Zakaria dan Ahli Parlimen Sik Che Uda Che Nik.

Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria yang juga Exco Dewan Pemuda PAS Pusat dalam sidang media yang sama menyifatkan tindakan Ariffahmi meletakkan jawatan sebagai tindakan bijak untuk jangka masa panjang.

Teruskan membaca

CEO PMBK: Akhirnya Ariffahmi terpaksa ‘mengalah’

Akhirnya Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini akur dengan nasihat Pimpinan PAS dan mengarahkan menantunya, Abdul Ariffahmi Rahman supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Keputusan ini dibuat selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang hari ini. Turut hadir dalam pertemuan tersebut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Bendahari PAS, Dr mohd Hatta Ramli.

Arahan itu berkaitan dengan isu membabitkan pelantikan Ariffahmi ke jawatan CEO daripada jawatan Ketua Pegawai Operasi (COO).

Akhirnya Ariffahmi terpaksa juga terima hakikat bahawa keputusan Jemaah lebih tinggi daripada dirinya, keluarganya dan juga mertuanya. Walaupun sebelum ini saya mengagakkan Ariffah tidak perlu letak jawatan. “Salut”!! kepada Penarikbeca dan Sheih kickdefella.

Berita terdahulu
Tok Guru Nik Aziz yang juga Pengerusi PMBK baru-baru ini mempertahankan pelantikan itu dan berkata Ariffahmi yang berkelulusan sebagai jurutera, sememangnya mempunyai keupayaan serta kebolehan memegang jawatan terbabit.

“Mana boleh Menteri Besar melantik seseorang yang tidak menentu (tiada kebolehan untuk pegang jawatan itu). Saya beri kepercayaan kepada menantu saya itu (Ariffahmi) kerana dia seorang jurutera serta mempunyai kebolehan,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Pemuda Umno Kelantan yang menuntut siasatan dilakukan terhadap pelantikan Ariffahmi ke jawatan CEO di PMBK ketika ini selepas menjawat COO perbadanan itu sebelum ini.

Ariffahmi tak perlu letak jawatan CEO PMBK

Rasanya belum terlambat untuk ucapkan Tahniah kepada Ariffahmi kerana telah dilantik CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Tahniah juga kepada CEO baru PMBK yang bertindak agresif memecat Pegawainya serta merta (walaupun ada bayaran lebihkurang RM20K). Gunakanlah kuasa yang sedikit itu.

Kini isu Ariffahmi jadi CEO tiba-tiba jadi panas. Macam-macam pula hal selepas dia pecat Sheih. Sheih pula kaki melawan.

Saya rasa Ariffahmi tak perlu letak jawatan CEO, kenapa Ariffahmi perlu letak jawatan itu. Ariffahmi perlu jaga maruah dirinya, dan keluarganya. Ariffahmi tak bersalah? Ariffahmi dilantik CEO PMBK oleh YAB MB. (kebetulan MB=mertuanya?.

Yang kena letak jawatan bukan dia tapi Dato Husam kerana Dato’ Husam mungkin tidak bersetuju dengan perlantikkannya oleh YAB Tok Guru MB. Betul atau tidak Dato’ Husam tidak setuju saya tak dapat pastikan. Tetapi saya ada tanya juga kawan-kawan bahawa Dato’ Husam tidak ambil kesah sangat siapa yang Tok Guru MB nak lantik. Kerana itu kuasa yang ada pada MB.

Dalam dok nak menulis terima pula Sms dari Kota Bharu:
“Hampir 2 jam bersembang dengan Ariffahmi pagi tadi (21 Nov). Memperlihatkan sungguhnya beliau mempertahankan jawatan CEOnya kerana hasrat & arahan TGNA… Dirasakan sukar untuk melihatnya berundur dalam tempoh terdekat…

Tetapi beliau seperti kelu, apabila ana bertanya, adakah anta akan patuh keputusan jemaah, jika Jemaah mengambil ketetapan anta berundur dari jawatan tersebut?

Terserah pada Jemaah untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. tercemar imej TGNA (isu kroni) bukan sahaja akan beri kesan di Kelantan malah mungkin akkan beri kesan di Malaysia….

Setakat ni, itu sahaja kemampuan saya untuk cuba memperbaiki persekpsi yang sekarang diserang hebat oleh kaki2 Umno terutamanya dalam medan siber… Wallahu a’lam.”

Berta terbaru: Alih-alih Mingguan Malaysia hari ini pula buat berita Husam letak jawatan?. Banyak juga panggilan dari luar kelantan masuk, tak terlarat nak jawab. Tapi saya jawab mudah saja. Atas batang tubuh Husam la, dia nak letak jawatan letak, saya tak dak masalah apapun. Tapi berjayalah selama ini usaha-usaha Ariffahmi dan lain-lain yang tidak ingin lagi kepada Husam jadi Exco Kerajaan Kelantan!!

Tapi pagi tadi, YAB Tok Guru ada buat sidang media jawab pasal Husam Letak Jawatan. Katanya (wartawan) Tok Guru tak akan benarkan Husam letak jawatan, kerana Husam seorang yang ‘cerdik’ bukan sahaja boleh digunakan untuk Kelantan bahkan Malaysiapun.

Jadi sayapun amat bersetuju Ariffahmi tak letak jawatan. Ariffahmi kena percaya kepada kebijaksanaan Mertuanya dan dah ada orang yang sangguppun untuk letak jawatan kerana menyelamat PAS. Sheih pun dah dipecat. Dato’ Husam pun hampir sanggup letak jawatan. Kehendak ramai pimpinan parti pun dah tercapai. Parti akan selamat dan diterima oleh rakyat terbanyak.

Kita lihat dan dengar pula cerita selepas ini apabila Presiden dan Naib Presiden PAS yang akan bertemu Tok Guru Nik Aziz.

Nak baca persepsi rakyat Jika Ariffahmi tidak letak jawatan CEO PMBK, Baca perabih di sini. Bukan persepsi terhadap dirinya sahaja (Ariffahmi) juga untuk mertuanya dan PAS Itu sendiri.

Teruskan membaca

Tok Guru Nik Aziz mampu selesai isu Pentadbiran Kerajaan Negeri

Pas Kelantan menyerahkan sepenuhnya isu yang berkaitan kerajaan Negeri kepada Menteri Besar, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menyifatkan ia tidak ada kena mengenai soal politik.

Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd Zaki Ibrahim, berkata parti itu yakin Tok Guru Nik Aziz mampu menyelesaikan sendiri isu berkaitan menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan tajaan menunaikan haji ke Tanah Suci.

“Pas Kelantan tidak membincangkan soal ini kerana ia bukan perkara politik sebaliknya ia masalah pentadbiran yang boleh diselesaikan sendiri Tok Guru Nik Aziz selaku Menteri Besar,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat badan perhubungan parti itu di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR 10 di sini, hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan Tok Guru Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan tetapi enggan menemui pemberita atas alasan kesihatan.

Mengenai khabar angin Abdul Ariffahmi meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK dan juga peletakan jawatan seorang Exco kanan kerajaan negeri seperti yang dilaporkan dalam blog tertentu, Zaki berkata: “Ia khabar angin sahaja dan jika benar sudah tentu dalam mesyuarat hari ini ada dibincangkan (perkara ini).”

Pada mesyuarat itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan Datuk Husam Musa tidak hadir kerana menghadiri satu program di Kuala Lumpur.

Tok Guru tidak bersalah, Tok Guru betul ‘lesing’

Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamarudin Jaffar dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar bertanya sesuatu kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz selepas bertemu MB Kelantan semalam di Lobi Parlimen hari ini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat tidak bersalah dalam isu tajaaan menunaikan tajaan haji di Makkah oleh individu tertentu.

Beliau secara peribadi berkata, isu tersebut sudah selesai dan berdasarkan laporan akhbar, Mursyidul Am Pas itu menjawab soalan wartawan dengan ‘jujur’ menunjukkan beliau tidak bersalah sekiranya menerima tajaan tersebut.

“Secara peribadinya saya rasa dia tidak bersalah. Lagipun dia (Nik Aziz) tidak pergi ke Makkah bagi haji yang ditaja. Mungkin kerana jawatannya sebagai Menteri Besar menyebabkan isu tersebut menjadi kontroversi.

Menteri Besar Kelantan itu ‘betul lesing (jujur)’ ketika jawab soalan wartawan berkaitan tajaan tunai haji.

“Tetapi saya tidak tahulah SPRM kerana dia bebas atas keputusan mereka nak siasat atau tidak. Ini pandangan saya tetapi SPRM adalah badan Bebas,” kata Datuk Seri Nazri.

Berita terdahulu
Selain daripada itu Menteri Besar, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendesak agar undang- undang mengenai petroleum digubal semula bagi mengembalikan hak dan keadilan kepada kerajaan negeri Kelantan.

Beliau berkata, peruntukan yang ada selama ini tidak mengambil kira kaedah keadilan asasi dan hanya mementingkan ‘maslahah’ sebelah pihak semata-mata.

Teruskan membaca