Gomo Kelate Gomo akan bergema lagi di Stadium Bukit Jalil, 7 Nov. 2009

Buat kali kedua “GOMO KELATE GOMO” akan bergema di Stadium Bukit Jalil Sabtu ini (7 Nov 2009). Sabtu ini, Kelantan akan bertemu Negeri Sembilan bagi merebut Piala Malaysia selepas lawannya itu menundukkan Terengganu 3-1, di separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, juga malam kelmarin.

Diharap Anak Kelantan Perantauan turut sama memenuhi Stadium Bukit Jalil pada sabtu nanti.

“Kelantan memang layak ke final.” Itulah perkataan pertama diungkapkan ketua jurulatih Perlis, Irfan Bakti Abu Salim ketika ditemui selepas tamat perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Utama Negeri di sini, malam kelmarin.

Ungkapan pendek itu sebagai menghargai kehebatan skuad pelawat yang layak ke perlawanan akhir menerusi agregat 5-1 untuk bertemu Negeri Sembilan merebut Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 7 November ini.

Ditanya maksud ungkapan tersebut pula, Irfan Bakti menyatakan, skuad Pantai Timur itu patut layak kerana memiliki beberapa kelebihan, terutama berkunjung ke Perlis berbekal dua gol.

“Mereka datang dengan kelebihan 2-0. Ia memaksa kami mencari tiga gol. Saya tidak nampak kesukaran buat Perlis mendapat tiga gol, tetapi kami mesti mencari gol awal. Namun begitu, kesilapan pertahanan membuatkan mereka mencipta jaringan minit ke-26 menerusi Mohd. Nor Farhan Muhammad.

“Itu gol mudah. Apabila Kelantan dapat satu, ia terus menekan mental pemain Perlis kerana mereka perlu mencipta empat gol. Bermula dari situlah permainan mereka nampak semakin longgar,” ujarnya.

Irfan Bakti turut mengakui aksi skuadnya di gelanggang sendiri malam kelmarin tidak menyamai kehebatan seperti yang dipamerkan sewaktu beraksi di tempat lawan, Selasa lepas.

“Perlawanan di sini jadi terbalik. Di Kota Bharu kami beraksi cemerlang walaupun kalah, manakala Kelantan sebaliknya. Di sini pula Kelantan yang cemerlang walaupun kami memaksa mereka berkubu,” ujarnya sambil mengucapkan tahniah buat skuad lawannya itu.

Jurulatih Kelantan, B. Satianathan pula percaya kejayaan menumpaskan Perlis adalah hasil kesungguhan pemain dan pengurusan skuad itu sendiri.


“Walaupun sudah menang 2-0 di Kota Bharu, tetapi saya mengarahkan semua pemain mengawal minda masing-masing. Ini kerana, mereka pasti berdepan dengan asakan bertubi-tubi skuad Singa Utara.

“Jangkaan saya ternyata benar. Kami dipaksa bertahan sepanjang 90 minit. Ketiga-tiga gol yang diperolehi itu pula adalah hasil serangan balas sahaja,” ujarnya sambil mengakui pintu gol Kelantan sepatutnya dibolosi oleh lima lagi jaringan skuad tuan rumah.

Lima gol yang terlepas buat Perlis itu ialah pada minit ke-22 menerusi Mohd. Badrul Azam Zamri, minit ke-40 dan 52 oleh Mohd. Firdaus Faudzi, dan minit ke-43 dan 78 melalui Amar Rohidan.

Kelima-lima peluang keemasan itu tidak menyebelahi tuan rumah kerana pemain gagal melepaskan rembatan ke sasaran walaupun pintu gol sudah terbuka ketika dalam kotak penalti dan cuma berdepan dengan penjaga gol lawan, Mohd. Halim Napi.

Dalam perlawanan itu, penyerang utama Kelantan, Indra Putra Muhyidin tidak diturunkan kerana digantung satu perlawanan ekoran menerima dua kad kuning.

Satianathan juga mengakui salah satu daripada percaturan taktikalnya ialah tidak meletakkan pemain kebangsaan, Muhammad Khalid Jamlus dalam kesebelasan utama.

Katanya, apabila Khalid menggantikan Zul Yusri Che Harun minit ke-62, pemain lawan mula mengepung pemain itu kemudian seperti mengabaikan jentera lain, sehingga ia membuka jalan kepada pemain Kelantan mengatur gerak dan mengumpan bola kepada Mohd. Nor Farhan mencipta hatrik.

Dalam perlawanan separuh akhir kedua itu, Kelantan menang 3-1 menerusi jaringan hatrik Mohd. Nor Farhan minit ke-26, 53 dan 87, sementara gol tunggal Perlis melalui, Mohd. Firdaus minit ke-70.

Dengan keputusan tersebut, Kelantan layak ke perlawanan akhir menerusi agregat 5-1, selepas menang 2-0 di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, Kota Bharu, Selasa lepas.

Advertisements

10 Respons

  1. insyaAllah.. hadir… gomo kelate gomo

  2. kawe musti gi bukit jalil nanti…gomo jange tok gomo…

  3. kawe minat jugo bola dulu tapi lo ni sejak nuar muso pege bola kelate, sikit pon kawe tok sokong. kawe mmg benci sunggoh ko nuar muso sore ni, ngan pasukan bola hok dio pege pon kawe benci…
    minta maaf la semua penyokong kelate, “gomo kelate gomo”
    hati masih pedih lagi ni…
    setengoh ore UBN kok lanas, baru jadi tok ngulu jale melengok doh! ingat sikit masa sakit ore PAS jugok mari baco yasin nyo…
    – utk pemain semua, pakai la seluar panjang sendat kat dale tu pah tu pakai la seluar pendek kat luar, tutup la aurat tu, dosa tetap dosa demo…

    • Untuk perhatiae demo… kawe pun tak suko jugok ko anuar muso. Dia sebenarnya takdok gapo doh dale parti ko dale gapo pun. Sebab tu dio pege persatuan bola klate dgn harape dpt jadi popular balik, muko tok malu betol. Tapi sebab minat ko bola kawe sokong klate. biar la anuor muso tuh…
      GOMO KLATE GOMO. LEPAH GOMO N.SEMBILE, GOMO NUAR MUSO PULOK…

  4. nantikan kami berkonvoi ke stadium bukit jalil esok….my perdana club……kelate gomo kelate…………………..

  5. g0m0 kelate g0m0!!!!!!

  6. gomo kelate gomo…harapan seluruh rakyat kelantan..xsbr nak g bkt jalil…tggl beberapa jam lg….bola2 jgk tp solat jgn dilupa..baru ada keberkatan dlm kemeriahan..

    • ambo sungguh minat ko bola sepak kelate 40 thn mnunggu nye gomo sengoti hri sABTU NI insyaallah kelate mnang thn ni.Org kelate g bkt jalil tu wak perangai molek la jngn la wak begon tu tmpt org nanti tuk guru kito juga malu

  7. heeeeeeeeeee………………………x saborr raso nyo nok tngk bola mlm ni mnto2 la kelate mnang thn ni 2 bgi kelate 0 n.sombile mnto2 la x dok rusuhan lgi org kelate gomo tu gomo jga ingat la ko tuhan tu maye jngn lupe.and indera and pahe wak molek la deh

  8. gomo kelate gomo, jangan tak gomo…………………….
    kelate buleh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: