Kesian! Kesian! Kesian! Bekas Mufti Perlis kena tahan, ceramah tidak ada tauliah

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tengah malam tadi kerana dipercayai mengajar ilmu agama tanpa tauliah dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi.

mazaa1

Bekas MUfti Perlis, Dr Asri ditahan JAIS.

Bagaimanapun beliau dikehendaki hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada pukul 9 pagi esok untuk merakamkan keterangan.

Sementara itu dalam sidang media selepas dibebaskan, Dr Asri bagaimanapun menolak sebab penahanannya ialah atas dakwaan beliau merupakan pengikut Wahabi.

“Dia (anggota JAIS) tak sebut pun perkara itu (Wahabi) kepada saya, dia kata saya mengajar tanpa tauliah, dia tak kata isu itu.

“Isu yang dia kata ialah kerana saya tidak ada tauliah… itu sahaja,” katanya.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam apabila sekumpulan anggota JAIS memasuki sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika Mohd Asri memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.

Bagaimanapun suasana menjadi kecoh apabila sekumpulan lelaki yang berada di dalam banglo berkenaan cuba menghalang penguat kuasa JAIS untuk menahan Mohd Asri.

Pihak polis yang memantau operasi berkenaan hanya menjadi perantara kerana tidak mempunyai waran tangkap.

Turut sama berada dalam banglo berkenaan yang juga sedang mengikuti ceramah oleh Mohd Asri ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib.

Mengulas mengenai kejadian tersebut, Mohd Asri menganggap penangkapannya itu telah dirancang sejak awal.

Mana Exco Kerajaan Selangor yang jaga Agama ni. Sampai Bekas Mufti pun kena tahan kerana tak ada tauliah juga. Ingat dak dulu Kerajaan BN Selangor (Khir Toyo) berkelahi dengan Muftinya sendiri, Arwah Dato Ishak Baharom atas isu Agama (Ratu Cantik). Ni Hassan Ali pula yang jaga Agama di Selangor (Mufti dan Tauliah). Nampaknya perangai Khir Toyo = Hassan Ali.

Kesian! Kesian! Kesian kat Bekas Mufti. Hormatlah sikit ni Bekas Mufti, tauliah apa sangat.

Berita lanjut baca di sini dan di sini

Advertisements

10 Respons

  1. macam JAIS ni cuba nak sabo je…takper, kita tunggu statement kerajaan negeri

  2. Allah maha kaya…itulah yg dapat aku simpulkan atas apa yg berlaku mlm tadi…PAS sudah semakin keliru lagi mengelirukan…PAS sudah semakin haru biru….PAS selangor sudah berada dalam kancah perpecahan yg amat runcing….PAS di ambanag perpecahan! inilah BALA ALLAH pada PAS yg selama lebih 50 tahun menipu rakyat dengan menjajaja ISLAM untuk kuasa….Apa sudah jadi dgn PAS tidak sampai 2 tahun berkuasa sudah bersilat sesama sendiri untuk mempertahankan pengaruh….jelas kelihatan kem kem dalam PAS mula menunjukkan taringnya…geng hassan ali vs geng khaled samad…..penangkapan dato asri memang sengaja dirancang untuk memerangkap dato asri untuk masuk PAS …yg mengejutkan ceramah dato asri trurt dihadiri ADUN ulu klang yg juga ADUN PAS serta ahli parlimen ampang zuraida kamarudin dari PKR yg bertindak berlakon untuk membela dato asri…tujuannya simple utk menunjukkan pada dato asri yg mereka bersama beliau dan seterusnya beliau akan dipujuk untuk menyertai pakatan. Dato asri sudah meghidu perancangan ini sebab itu beliau kerap menyatakan pada umum yg beliau bukan orang politik. kami sebagai peminat ustaz asri berdoa agar dato asri bersabar dan tetapkan pegangan dan jangan terjerumus dalam kancah politik nafsu PAS dan sekutunya. ALLAHUAKBAR!

  3. Maaf. Mungkin anta terlepas berita. Sultan telah melarang exco agama mengeluarkan kenyataan agama di Selangor. Patutnya dia dah letak jawatan. Xde guna harimau dicabut gigi..
    Kita tunggu apa kenyataan Pengarah JAIS. Mungkin ini agenda terancang umno? Memburuk2kan imej PAS Selangor?

    • Ni semua kerja kerajaan PKR Selangor dan puak erdogan dalam PAS …. nak sabotaj Hassan Ali…… dan hendak memburukkan UMNO..

      Jawab:
      takdak sabotaj apa heh. Sejak dulu lagi masalah tauliah ni. Dulu Presiden PAS pernah dikepong oleh JAIS kerana berceramah di Masjid Subang kerana ceramah tak ada tauliah.

      Hassan Ali kena ambil tahu hal ni. Jangan dok saja. Oooh mungkin dia cuti kerana disiasat Jawatankuasa Disiplin. Kesian, kesian.

  4. […] Bekas Mufti Perlis kena tahan, ceramah tidak ada tauliah Posted on November 2, 2009 by editor […]

  5. kalau duk memecah belah je keja..baik tangkap tak lepas2.

  6. salam,
    wahai umat Islam, aku nak komen banyak aku pun bukan mufti..macam ni lah, kenapa kita nak kaitkan dengan isu politik kalau yg dtg dengar kuliah org politik??habis org politik xboleh dengar kuliah ke??n sure ke sbb penahanan ini berkaitan dengan isu tauliah??Allah maha kaya lagi maha Adil + Bijaksana, ujian untuk ORANG YANG LAYAK sahaja..jika kita menilai diri ke akar umbi..kita tau kita hamba di tahap mana dan betul ke pejuangan kita sebagai umat Islam yg berpegang pd Quran dan Sunnah..

    Wallahualam..
    aku pun masih perlu menilai diri..

  7. Assallamualaikum,

    Terlalu lama saya tak berkumandang di blog ‘Jiwo Kelate’ nie. Alhamdulillah sakit yang saya alami akibat kemalangan 4 minggu lepas dah beransur pulih.

    Isu agama………………… isu ceramah!!!!!! benda nie susah nak kita sebut sebab kalau nak diikutkan Jais nie buat ke kerja dia?

    Teringat ‘Berkecuali’ masa zaman kecil2 dulu. Arwah Atok saya selalu mengupah Ahli Agama (Ustaz) utk datang rumah buat ceramah setiap Khamis mlm Jumaat. Dijemputnyalah anak beranak dan sekalian orang kampung sama2 hadir utk dengar ilmu agama.
    Alkesah sekalian dr semua yang hadir dapat ilmu. Tak la pincang dan daif ilmu. Masa tu tak la pulak saya lihat guru tu ada tauliah ke ada sijil ke…….yang penting bukan ilmu sonsang.

    Tapi zaman nie ada tugas besar yg perlu dilaksanakan oleh pakar2 agama iaitu memberikan ilmu, menyampaikan ilmu dan menyebarkan ilmu agar sekalian umat islam tidak Jahil menjadi satu agenda yang salah dan jadik sukar pula. Bila diminta permit susah sangat nak luluskan……..bila buat diam2 jadik salah pula.

    Nak tanya semua apa harus kita lakukan? Nak berpiket kang jadik salah… nak hantar surat bantahan kena buang kat tong sampah la surat tu…. nak bersemuka kecut perut pulak depa tu. Abis apa nak buat?. Zaman nie nak bagi ilmu susah sangat. Padahal ada perkara lebih besar yang perlu dilaksanakan oleh Jais dan yang bertanggungjawab yang lain, yang masih tertunggak dan masih banyak yang perlu dilaksanakan.

    Isu murtad, isu remaja bukan muhrim berduan dan berpeleseran, isu budaya kuning, isu media terutama Astro yang mula menayangkan aksi separuh lucah tanpa ditapis, isu agama lain terutama ‘Kristian’ yang menyebarkan dakyah secara ‘under ground’, isu Islam masih tertindas dinegara ini, isu kad nikah yang masih belum diselaraskan diseluruh negara, isu halal makanan, isu riba, isu pengagihan wang zakat, yang nyata beribu jenis isu lagi…………………

    Kesimpulannya kerajaan dibawah pimpinan Najib kena lebih peka dan rajin lagi menyelesaikan semua isu berkenaan Islam yang masih tertunggak dan jangan dok sibuk dengan Isu dan Missi ‘1 Malaysia’ yang dislogankan tapi hakikatnya isu besar ‘1Malaysia’ nie hanyalah mimpi Najib sorang. Bukan senang CHINA, INDIA DAN KAUM YANG LAIN NAK JADIK SEDARAH SEDAGING’. Menteri bolehlah cakap beliau tidak akan merasa tertindas atau ditindas oleh bangsa lain. Sedangkan masih ada syarikat bukan Islam yang tidak membenarkan pekerja Islam keluar sembahyang Jumaat. Masih ramai dan bertambah ramai bangsa India jadi samseng penarik kereta dan perkara nie semakain berleluasa (Berkecuali dah lihat banyak depan mata bangsa Melayu kena nganjing dek bangsa India yang jadik tukang tarik kereta nie dan pernah disergah pun apabila saya menegur satu kejadian tarik kereta yang berlaku kat Bukit Bintang malahan bangsa India nie bawak turun lagi puak dia dari Briekfield dalam 11orang) akhirnya kereta kancil buruk milik budak Melayu nie kena tarik gak. Yang herannya satu Kancil buruk nak kena tarik, yang datang 11 orang India fikirkan betapa samsengnya mereka…… ini ke ‘1 Malaysia’ impian Najib. Bukak mata Najib ini merupakan angan-angan kamu sorang.
    Isu pekerja Melayu tertindas dek bangsa bukan Melayu Islam, isu peratusan pembelian rumah bagi Bumiputera masih menjadi agenda besar bangsa lain untuk menhapuskannya. Isu sekolah yang menjadi pertegangan urat, masing2 nak mengekalkan keutuhan pembelajaran dan sentimen bersukukan bangsa. Isu kuil yang mana bleh senang2 je nak pacak mana suka kalau diusik jadik isu besar. Dan berjuta isu lagi kalau nak dihitung disini.

    Berbalik pada isu Islam tadi semua kena bersatu dan sepakat buat betul2 dan jangan hangat2 tahi ayam. Isu
    bangsa semua boleh fikirkan sendiri bukan tak wajar tapi terlalu sukar….ya darah sama merah tapi hati dan jiwa siapa yang tahu……bukan mendabik dada bangsa lain kena fikir kalau bukan ‘Darah datuk nenek kita dulu yang gugur kebumi nie mempertahankan negara nie’ demi kemewahan bangsa lain, demi kesenangan bangsa lain, demi kekayaan bangsa lain selain ‘Bangsa Melayu’ senang ke kalian semua (bangsa2 lain selain Melayu).

    So Kerajaan dibawah pimpinan dan wawasan Najib fikirkan banyak perkara yang tersebut diatas….dan banyak lagi yang nak disebutkan tapi dilain masa. Jangan dok main syok sendiri dan fikir dulu sebelum melaksanakan impian kamu. Buat Ustaz sabar inshaallah ada hikmahnya……..setiap yang sabar ada balasannya….. kita semua kena usaha, banyak beramal dan panjatkan doa tanpa henti.

    Wassallam

  8. tindakan yg jais buat menampakkan lg kewibawaan Jais dh mcm palat. msyrakat jd haru krn ulamak pun kena tgkap. bekas mufti pulak tu! kalau nk kata tauliah. ikut logik akal mufti tu dh x payah pakai tauliah la. mufti kan dah ada kuasa fatwa. ni mufti kena tgkap?? tgok? jelas dr.asri pun ckp dia ditahan sbb wahabi. tp kenapa jais kata pasal tauliah??
    disini aku tgok, jais ni makin mjtuhkan maruah org2 agama sendiri. dlm sendiri pun x betul nk betul kan org. msyrakt skg ni x bodoh la Jais. smua yg kau buat tu sbb takut org kata x buat keje kan>?? bila dh buat jd bodoh. sekian

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: