PAS tak boleh dikritik

Ucaptama Presiden PAS

PAS tak boleh dikritik, samada kritik itu membina atau tidak tetap tidak boleh diterima. Orang luar PAS jangan harap kritikan mereka itu dilayan dengan baik. Lihatlah nasib yang menimpa Prof Aziz Bari yang sehari dua ini mengkritik dan menegur PAS serta mencadangkan beberapa pimpinan PAS ditukar.

Semalam PAS menjemput beliau untuk menegur PAS secara berdepan dalam Seminar Politik Memperkasakan PAS di Taman Melewar yang dihadiri beribu perwakilan dan pemerhati serta penyokong PAS.

Dengarlah apa kata pimpinan dan perwakilan PAS kepada Prof Aziz Bari. Ada yang kata Prof Aziz sebagai Agen Anwar, Agen Umno dan Agen Amerika.

Prof Aziz Bari dan orang-orang yang cerdik dan bijak pandai hendaklah belajar lagi apabila mau kritik PAS. Bukan sebarangan boleh kritik dan tegur PAS. Walaupun Presiden PAS menyatakan beliau boleh dikritik dan ditegur tetapi Pemimpin PAS yang lain tak boleh terima, tak boleh ditegur dan dikritik. Jika kritik Pemimpin PAS. Pemimpin dan Ahli-ahli PAS seperti Nasruddin Tantawi atau Dato’ Ustaz abu Bakar Chik (marah kepada Mursyidul Am tegur Presiden) akan marah tuan-tuan. Bacalah berita berikut:

Utusan Malaysia melaporkan Pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari hari ini dikecam hebat beberapa peserta Seminar Memperkasakan Pas ekoran kritikan terbukanya terhadap kepimpinan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut mereka, apa yang disentuh Abdul Aziz adalah keterlaluan kerana ia seolah-olah cuba menjatuhkan kredibiliti Abdul Hadi sebagai pemimpin utama parti itu.

Lebih dikesalkan mereka, nada pembentangan kertas kerja Abdul Aziz hari ini amat berbeza dengan kritikannya yang dilaporkan oleh portal berita Malaysiakini.

“Saya minta penjelasan adakah profesor telah menarik balik apa yang ditulis kerana apa dikatakan hari ini berbeza dengan apa dituliskan sebelum ini,” kata Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pusat, Kamaruzzaman Mohamad.

Perkara sama turut disuarakan bekas Ketua Dewan Pemuda Pas, Datuk Abu Bakar Chik apabila beliau mempertikaikan tulisan tersebut kerana ia dilihat merendah-rendahkan kewibawaan Abdul Hadi.

“Kalau ikut hati saya tidak mahu hadir pada seminar hari ini dan melihat muka Profesor Aziz Bari tetapi untuk hari ini saja. Bagaimanapun setelah saya berfikir adalah lebih baik saya hadir menyertai seminar ini,” katanya.

Abdul Aziz ketika memberi respons kepada kecaman itu berkata, tulisan itu dihasilkan melalui pengamatannya terhadap Pas selama ini kerana beliau juga adalah seorang penganalisis politik.

Baca juga pemimpin primitif di sini.

Baca juga PAS tak jadi Parti Alternatif – Pemerhati.

Ujarnya, beliau tidak berniat menjatuhkan kewibawaan seseorang tetapi semata-mata menyedarkan Pas daripada lamunan yang selama ini tidak disedari parti tersebut.

“Saya tiada kepentingan apa-apa kerana saya orang luar Pas. Yang perlu kukuhkan parti adalah saudara-saudara sendiri, bukan saya. Saya hanya boleh memberi pandangan tetapi tidak berhak untuk mengubah keadaan parti.

“Secara jujur saya melihat Pas sekarang telah menjadi semakin kuat dan saudara-saudara harus sedar dengan pencapaian ini Pas sentiasa diperhatikan oleh semua pihak sama ada kawan mahu pun lawan,” katanya.

Selepas ini jangan haraplah Orang-orang cerdik pandai nak bantu PAS!!!

Advertisements

11 Respons

  1. “Secara jujur saya melihat Pas sekarang telah menjadi semakin kuat dan saudara-saudara harus sedar dengan pencapaian ini Pas sentiasa diperhatikan oleh semua pihak sama ada kawan mahu pun lawan,” katanya.
    Ini Aziz Bari kata…apasal tak ambil perhatian !

  2. Ala… Pas Chabau. Memang tertutup. Tengok dia buat undian dalam page dia pilihannya adalah: menarik, berita sesuai untuk semua, berita menyeluruh, boleh dibaiki, boleh tahan, tidak tahu.
    Aku terpaksa pilih tidak tahu!

  3. Nasruddin Tantawi dan Abu Bakar Chik adalah antara contoh pemimpin (kalaupun buleh digelar pemimpin la) yang mengamalkan sikap bodoh sombong. Kononnya ingin membela Presiden, tetapi sedarkah mereka bahawa sikap mengampu mereka telah mencalarkan lagi nama baik presiden.

  4. Hadi n Geng TRG dah kuasai Pusat…berbujil la PAS nanti

  5. Jika PAS ingin terus memperkasakan perjuangannya dalam arena politik Islam , seharusnya penilainan bebas dari kedua-dua
    panel tersebut , termasuk rumusan hujahan mereka , dijadikan
    ‘ benchmark ‘ . Semestinya orang luar akan memberi pandangan
    yang membina walau sudah tentu ada juga pandangan yang agak negatif , kerana itu dikatakan penilaian .Mana mungkin kita sendiri dapat menilai diri kita dengan sejujur-jujurnya .
    Harus diingat usaha dan gerakerja ke arah matlamat Putrajaya bukan semestinya perkara mudah dan enteng . Untuk itu , persepsi umum terhadap PAS khususnya , dan Pakatan Rakyat , amnya amat mustahak , jika matlamat merealisasikan
    perubahan pada PRU 13 menjadi nyata . Maka ‘ persepsi ‘ berpolitik tentang segelintir pemimpin-pemimpinnya seharusnya diperbetulkan dengan secara jujur dan penuh hikmah jua . Semua menjadi bimbang , jika isu itu tidak ditangani segera , rakyat mungkin ‘ meletakkan ‘ PAS di barisan ‘ bertentangan ‘ dengan blok wakil rakyat parti yang memerintah , dalam sidang Parlimen selepas PRU 13 kelak .
    Wallahua’lam.

  6. inilah dia penyokong hadi awang
    abu bakar chik, nasaruddin tantawi, redzuan md noor, nasarudin mat isa dan byk lagi para2 penjilat presiden..
    punya kasar bahasa ABC tu,,,(natang muuu)
    patut la kerajaan trengganu tak leh pertahan rupa2nya ada geng mulut cabul kat situ, Allah tak makbul walaupon UBN tu tak betul dan zalim kat rakyat.
    kawe punya meluat sampai ceramah nasarudin tantawi kat taman tas pon kawe tak pegi. rasanya kawe tak akan pegi lagi kat ceramah puak2 ni. kat pahang tinggal hanya tuan ibrahim tuan man aje la yang boleh di percayai
    -buat reformasi tukar jer puak2 pro presiden ni, meluat dah rakyat tengok tau, ulama konon, pirah! bahasa pon kasar-

  7. “atau Dato’ Ustaz abu Bakar Chik (marah kepada Mursyidul Am tegur Presiden) akan marah tuan-tuan..”

    sahihkah cerita ini?? kenapa dinafikan oleh Saudara Misbah
    http://misabah.blogspot.com/2009/11/dakwaan-palsu-penulis-blog.html

  8. aku akan sokong Nik Aziz untuk jadi PM malaysia

  9. kalau PAS terengganu ada pemimpin yang berwibawa dan diterima rakyat takkan terlepas habis masa PRU 2004 hari tu? tak payah nak salahkan umno kalau diri sendiri lemah. lgpun kalau rujuk sejarah PAS terengganu memang menakutkan. tahun 1960an masa pemeritahan PAS dan Parti Negara kerajaan mereka tumbang sebab semua ADUN PAS melompat ke Perikatan sebab dijanjikan perniagaan (boleh rujuk buku biografi dato onn jaafar). hancur luluh hati orang tua tu sampai bersara terus daripada politik.

  10. PAS memang tak leh ditego,hatta kalu turun malaikat sekalipun demo rasa dia saja yang betol,org lain salah.Hati org org PAS ni macam batu hitam yang amat keras, tak leh nak lentur doh org kata sekeras batu kalu dgn air ia lekuk juga tapi hati kaum ni lebih dari tu.Ego.manggak.sombong.perasan alim,rasa diri sempurna,riak,memang sifat azali puak sesat ni sejak zaman dulu lagi. macam macam fatwa maha pelik keluar dari lidah ulama puak ni, silatulrahim ni buleh putus bila-bila masa tak kira sapo hatta keluarga sediri kalu tak sama parti, ni islam hak demo dok bawak, tanggung la segala perpecahan umat hak demo buat malaikat kiri dan kanan bukan dok saja……tunggulah akhirat nanti guano.

  11. PAS ni pelek sunggoh,dengan kapir buleh bersalam,berpelok tapi dengan orang islam (UMNO) tak leh.ko demo orang PAs mengucap lagu mana(syahadah) ada bahasa @ perkataan PAS ko dalam dua kalimah shayadah hak tuhan suruh tu. Ko nik Aziz (tok guru ) buat mengucap versi baru, ye la muga dia dok jaga pintu syurga,tak lama lagi ramai la orang kelate PAS masok syurga. bahasa syurga bukan bahasa arab lagi tapi bahasa kelate.lagu mano ustaz karpal,ustaz Lim Kit Siang buleh masok syurga ke nak buat lagu mana syurga hak demo. kawe nak kata lagu mana….untung la orang PAS buleh masok syurga tanpa hisab,pangkah PAS terus masok……untung.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: