Integriti Tok Guru kena dijaga

KEMASKINI:
Sinar Harian, hari ini melaporkan, Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menggesa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai Ketua atau Pengerusi Pakatan Rakyat (PR) sekiranya mahu parti itu terus diterima rakyat.

Beliau berkata, pelantikan Mursyidul Am Pas itu sama seperti pelantikan Mahatma Gandhi yang menjadi “spiritual leader” kepada Parti Kongres India.

“Usaha melantik (Nik Abdul Aziz) memerlukan pengorbanan dari Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi Awang.

“Malah Lim Kit Siang pula boleh membuktikan semangat “statesmanship” dengan bersetuju terhadap cadangan serta menjadi penasihat dalam hal-hal demokrasi dan hak asasi sekali gus tindakan itu akan melenyapkan sebarang agenda “unity government” dengan UMNO,” dipetik dari blognya hari ini.

Amba setuju yang amat cadangan Datuk Zaid Ibrahim, supaya Tok Guru Nik Aziz mengetuai kepimpinan utama Pakatan Rakyat. Kenapa Datuk Zaid memilih Tok Guru kerana Tok Guru begitu dihormati kawan dan lawan.

Manakala Umno dan seumpamanya sentiasa mencari ‘lubang’ menjatuhkan kredibiliti Tok Guru. Terkini isu beliau (Tok Guru) ke Mekahpun menjadi peluang Umno dan media arus perdana cuba untuk mengeksploitkannya.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan yang Menteri Besar Kelantan dan keluarganya mendapat tajaan untuk menunaikan ibadah haji.

Laporan yang memetik sumber itu menyebut bahawa jika ada unsur rasuah dan salah laku dalam kes itu, SPRM akan mengambil tindakan sewajarnya.
Bagaimanapun, Tahniah kepada Tok Guru yang telahpun membatalkan tawaran pihak-pihak tertentu yang ingin mengambil kesempatan keatas keikhlasan Tok Guru dalam letak duduk sesuatu perkara. Terima kasih Tok Guru yang telah menyelamatkan imej dan integriti beliau sebagai MB.

Dalam ceramah itu, Nik Aziz berkata, beliau tidak begitu “pelahap” (menagih) tajaan oleh seseorang untuk menunaikan ibadah haji kerana beliau mempunyai wang sendiri, tetapi menerima tawaran itu kerana mahu memenuhi niat orang yang ingin menaja pemergiannya.

“Tapi oleh kerana akhbar geger (bising) sangat, saya tangguhkan dulu niat untuk pergi ke Mekah kali ini,” katanya. Bercakap kepada pemberita kemudian, Nik Aziz mengakui ada pihak membiayai perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah haji dan beranggapan ia tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sepatutnya pihak yang menaja kena faham situasi Tok Guru, begitu juga keluarga beliau kena faham bahawa SELAGI TOK GURU SEBAGAI MB selama itulah soal integriti Tok Guru kena dijagai. Selamatkan Tok Guru – Anak menantu Tok Guru juga kena faham.

Bercakap soal Integriti, kita kena tanya YB Salahuddin Ayub sebab beliau sentiasa bercakap soal integriti di Parlimen. Bangunnya Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS di dalam Dewan Rakyat, sudah pasti perkataan ‘integriti’ yang akan terpancar dari mulutnya.

Ada orang atau wakil Rakyat memanggilnya sebaga ‘Salahuddin Integriti’.

2 Respons

  1. nik aziz terselamat kerana pendedahan media. bayangkan kalau lah tok guru dah pergi haji baru cita ni meletup….apa cita wan jo.

    cerita ni meletup bila pertama kali tok guru beri reaksi kepada media iaitu tentang pengesahan bahawa beliau ditaja untuk pegi mekah..

    untuk catatan background story adalah memetik laporan blog.

    kemudian terdedah bahawa penaja tu ada kepentingan dalam projek billboard…

    kalau wan jo yang taja nik aziz mungkin tak de masalah kot…

  2. Dunia dah nak kiamat agaknya… Sponsor TGNA menunaikan haji dikatakan rasuah, maklumlah MB Kelantan. Pemimpin2 lain yg terang2 rasuah SPRM buat tak nampak jer, walaupun pelbagai laporan & memorandum dah dihantar. Tengok sajalah kes rasuah politik YAB KM Melaka & YB Rembau, isu banglo mewah x MB Selangor, isu komisyen p’belian kapal selam terhadap x menteri pertahanan yg kini PM 1malaysia. Entahlah… Tunggu ajelah bala Allah Azzawajalla… Na’uzubillahiminza~lik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: