Isu Royalti Petroleum Kelantan: Salahuddin cabar debat dengan Menteri

Pertemuan ringkas bincang pasal Royalti Kelantan antara Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub sambil minum teh tarik.

Dengar apa Komen Ku Li.

Ku Li timbang pelawaan jadi Pengerusi Kaukus Royalti minyak
Bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah akan menimbang pelawaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantiknya sebagai pengerusi kaukus mengenai royalti minyak Kelantan.

Tengku Razaleigh yang terbabit sejak awal penubuhan Petronas itu berkata, buat masa ini beliau memerlukan masa untuk memikirkan mengenai tawaran tersebut.

“Terlebih dulu saya akan mengikut perkembangan dan tengok sama ada saya boleh menyumbang kerana sebelum ini saya sudah terbabit dengan penubuhan Petronas, memahami kandungan perjanjian, merangka undang-undang berkaitan dengannya. Jadi mungkin saya boleh membantu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.

Razaleigh yang juga Anggota Parlimen Gua Musang berkata demikian ketika diminta mengulas pelawaan Anwar baru-baru ini untuk mempengerusikan kaukus mengenai royalti minyak di Kelantan.

Mengenai pertikaian wang ihsan hasil daripada pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu, Tengku Razaleigh berkata perkara itu tidak perlu timbul kerana ia adalah hak rakyat, iaitu tempat di mana minyak itu dijumpai. – BERNAMA

Isu Royalti Petroleum
Kerajaan sedia berhadapan dengan sebarang tindakan mahkamah oleh kerajaan Kelantan yang bertegas mendakwa mereka layak mendapat royalti dan bukannya pemberian wang ihsan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menegaskan, tindakan kerajaan memberikan wang ihsan adalah mengikut lunas undang-undang berdasarkan kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974.

Menurut beliau, mana-mana pihak tidak boleh menuntut sesuatu yang bukan hak milik atau mengkontrakkan perjanjian yang bukan dalam bidang kuasa mereka.

“Sebab itu saya berpendirian bahawa dalam soal ini Kelantan dan mana-mana negeri yang kedudukan medan gas atau petroleum di perairan terletak di luar tiga batu nautika (5.55 kilometer) mengikut perundangan adalah tidak layak mendapat royalti.

“Jika mana-mana pihak tidak berpuas hati dengan perkara ini dan mahu bawa pertikaiannya ke mahkamah, kita amat terbuka dalam hal ini,” katanya semasa menggulung perbahasan Bajet 2010 pada peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sesi penggulungan yang berlangsung lebih sejam itu telah menghangatkan sidang Dewan apabila Ahli Parlimen pembangkang bertikam lidah dengan Mohamed Nazri mempertikaikan penggunaan pemberian wang ihsan oleh kerajaan Pusat kepada Kelantan.

Mereka mendakwa tindakan Kerajaan Pusat yang menyelewengkan fakta sebenar itu bermotifkan politik dan bukannya ikhlas untuk membantu rakyat Kelantan.

Bagaimanapun, Mohamed Nazri yang terkenal dengan sikap tenangnya berjaya mengendalikan serangan demi serangan yang dibuat oleh wakil-wakil rakyat daripada pembangkang itu, walaupun beliau tidak dibantu oleh Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN).

Pertikaman lidah itu makin panas apabila Salahuddin Ayub (Pas – Kubang Kerian) mencabar Mohamed Nazri untuk berdebat dengannya di luar Parlimen mengenai isu wang ihsan itu.

“Saya mewakili rakyat Kelantan mencabar menteri untuk berdebat di luar Parlimen sama ada di Kota Bharu, Kelantan atau Kuala Lumpur untuk menjelaskan apa sebenarnya agenda di sebalik pembohongan ini,” kata Salahuddin.

Mohamed Nazri kemudiannya menjawab: “Saya tiada halangan di Markas Pas di Taman Melewar pun saya berani, saya berdiri di sini (Dewan Rakyat) bukan untuk menipu tetapi bagi menerangkan masalah sebenar.

“Sebab ini adalah Dewan Rakyat, mana mungkin saya berdiri sebagai menteri hendak buat pembohongan seperti yang dituduh, saya setuju berbahas di luar Dewan Rakyat pada bila-bila masa.”

Sementara itu, Saifuddin Nasution Ismail (PKR – Machang) mendakwa kerajaan sebenarnya memang berniat menafikan hak rakyat Kelantan apabila membangkitkan isu perundangan dalam pemberian wang ihsan.

“Kerajaan sebelum ini telah menyembunyikan fakta apabila Keluaran Dalam Negeri Kasar Kelantan (KDNK) pada 2005 ialah sebanyak RM2.6 bilion dan RM2.6 bilion pada 2006 sedangkan kita tahu KDNK Kelantan sebelum ini hanya sekitar RM400 juta sahaja.

“Penambahan itu adalah daripada hasil petroleum, tetapi pada masa dibuat laporan itu tidak pula diambil kira Akta Kemajuan Petroleum 1974 yang perlu dibaca dengan beberapa akta dalam urusan memberikan wang ihsan ini.

“Maknanya kalau pihak kita tidak membangkitkan perkara ini maka kerajaan Pusat akan terus buat senyap dan diam,” katanya.

Dalam pada itu, Lim Kit Siang (DAP – Ipoh Timur) juga membangkitkan hansard bekas Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussin di Dewan Rakyat pada 12 November 1975 yang langsung tidak menyebut bahawa syarat pemberian royalti petroleum memerlukan medan gas dan petroleum terletak melebihi tiga batu nautika.

Katanya, apa yang jelas tertera ialah pemberian royalti akan diberi kepada negeri yang mempunyai hasil petroleum di kawasan perairan dan luar perairan tanpa menyebut jarak khusus.Utusan

Advertisements

Satu Respons

  1. Perjanjian dengan Allah tiap-tiap hari semasa sembahyang pun dikhianati ini pula janji dengan manusia. Inilah budaya orang yg tak pernah memikirkan tentang mati. UMNO, UMNO.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: