Tok Guru tidak bersalah, Tok Guru betul ‘lesing’

Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamarudin Jaffar dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar bertanya sesuatu kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz selepas bertemu MB Kelantan semalam di Lobi Parlimen hari ini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat tidak bersalah dalam isu tajaaan menunaikan tajaan haji di Makkah oleh individu tertentu.

Beliau secara peribadi berkata, isu tersebut sudah selesai dan berdasarkan laporan akhbar, Mursyidul Am Pas itu menjawab soalan wartawan dengan ‘jujur’ menunjukkan beliau tidak bersalah sekiranya menerima tajaan tersebut.

“Secara peribadinya saya rasa dia tidak bersalah. Lagipun dia (Nik Aziz) tidak pergi ke Makkah bagi haji yang ditaja. Mungkin kerana jawatannya sebagai Menteri Besar menyebabkan isu tersebut menjadi kontroversi.

Menteri Besar Kelantan itu ‘betul lesing (jujur)’ ketika jawab soalan wartawan berkaitan tajaan tunai haji.

“Tetapi saya tidak tahulah SPRM kerana dia bebas atas keputusan mereka nak siasat atau tidak. Ini pandangan saya tetapi SPRM adalah badan Bebas,” kata Datuk Seri Nazri.

Berita terdahulu
Selain daripada itu Menteri Besar, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendesak agar undang- undang mengenai petroleum digubal semula bagi mengembalikan hak dan keadilan kepada kerajaan negeri Kelantan.

Beliau berkata, peruntukan yang ada selama ini tidak mengambil kira kaedah keadilan asasi dan hanya mementingkan ‘maslahah’ sebelah pihak semata-mata.

”Dengan mengetepikan kaedah keadilan asasi, ia akan menimbulkan perasaan dendam, penindasan dan kezaliman,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau mengulas isu royalti petroleum yang dituntut Kelantan yang menimbulkan perdebatan hangat di Dewan Rakyat semalam.

Tok Guru berkata deimikian selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di Pejabatnya. – Utusan

2 Respons

  1. Sifat TGNA yang jujur, salah mengaku salah dan yang benar wajib ditegakkan membuatkan beliau sebenarnya disenangi oleh sesiapa pun. Ini sememangnya tak dapat dinafikan.

    Dan diberitakan Nazri menyahut pelawaan Salehuddin untuk berdebat isu minyak, agak-agaknya jadi tak?

    http://sesamaislam.wordpress.com

  2. alhamdulillah.
    sepatutnya desakan agar Tok Guru disiasat sedalam-dalamnya tidak perlu diperbesar-besarkan. sebabnya, sejak dari awal beliau memimpin kelantan, beliau telah buat kenyataan secara terbuka agar dirinya sendiri dan seluruh pemimpin kerajaan yang berada di bawahnya diizinkan untuk disiasat pada bila-bila masa jika sekiranya ada berlaku apa-apa penyalahgunaan kuasa. beliau menambah lagi, jika ada di kalangan pegawai-pegawainya yang didapati berkelakuan sedemikian, Tok Guru pernah nyatakan kepada pihak berkuasa supaya masuk terus untuk menjalankan siasatan dan tak payahlah nak maklumkan kepada beliau. inilah sifat ketelusan yang telah disuarakan dan diamalkan sendiri oleh beliau di dalam pentadbirannya.

    tetapi apa yang menyedihkan, pihak lawan yang berdegar-degar dan berdentum dentam dengan slogan yang muluk-muluk demi untuk melihat dan menjalankan pemerintahan yang telus, adil dan beramanah kononnya, telah menipu rakyat, menyalahgunakan kuasa yang telah diamanahkan, mengamalkan rasuah yang dah tak terbendung lagi, mengamalkan kronisma, nepotisma, komisyen sana, komisyen sini, menggunakan kedudukan untuk kepentingan diri sendiri, keluarga dan sahabat handai, mencabuli undang-undang dan perlembagaan negara dan banyak lagi……. kenapa ini tidak disuarakan dan diherdik oleh para pemuka-pemuka seumpama tadi yang pernah dilakukan terhadap Tok Guru?

    nasihat dan saranan saya adalah, tak usahlah nak bermuka-muka seumpama pemuka-pemuka kafir quraisy di zaman dahulu. rakyat terbanyak sudah mengenali siapa sebenarnya kalian semua. tak usahlah nak tayangkan kain rentang dengan tulisan yang besar-besar untuk menjatuhkan Tok Guru yang rakyat terbanyak telah pun mengenali siapa beliau sebenarnya. aku berani bersumpah, kalau kalian benar-benar jujur dan ikhlas, cuba tunjukkan pemimpin kalian yang sejak dari dulu hingga sekarang ini yang tarafnya sama dengan Tok Guru, baik dari segi tingkah lakunya, moralnya, kepentingan peribadinya dan sebagai lagi.

    kalau hidung masih mengisi hingus, mata masih mengalir tahinya yang cair dan keras, kencing dan berak entahkan bersih entahkan tidak bersucinya, maka aku nasihatkan tak usahlah kalian cuba-cuba nak tunjukkan kebebalan kalian yang dah tersedia bebalnya, takut-takut orang terbanyak akan terus menerus menamakan kalian semua sebagai sitolol dan sibebal yang entahkan bila nak jadi cerdiknya.

    aku bukannya nak agung-agungkan Tok Guru, sebab beliau sendiri tak minta sedemikian. tetapi bila aku renungi sedalam-dalamnya, kecerdikan dan keilmuan yang dianugerahkan Allah SWT kepada Tok Guru melebihi dengan apa yang ada pada diri aku. maka wajib ke atas diri aku untuk menghormati beliau selayaknya sebagaimana hadis-hadis Nabi yang telah sekian lama mengingatkan kepada kita semua.

    wallahua’lam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: