Tok Guru Nik Aziz mampu selesai isu Pentadbiran Kerajaan Negeri

Pas Kelantan menyerahkan sepenuhnya isu yang berkaitan kerajaan Negeri kepada Menteri Besar, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menyifatkan ia tidak ada kena mengenai soal politik.

Setiausaha Badan Perhubungannya, Mohd Zaki Ibrahim, berkata parti itu yakin Tok Guru Nik Aziz mampu menyelesaikan sendiri isu berkaitan menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan tajaan menunaikan haji ke Tanah Suci.

“Pas Kelantan tidak membincangkan soal ini kerana ia bukan perkara politik sebaliknya ia masalah pentadbiran yang boleh diselesaikan sendiri Tok Guru Nik Aziz selaku Menteri Besar,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat badan perhubungan parti itu di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR 10 di sini, hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan Tok Guru Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan tetapi enggan menemui pemberita atas alasan kesihatan.

Mengenai khabar angin Abdul Ariffahmi meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK dan juga peletakan jawatan seorang Exco kanan kerajaan negeri seperti yang dilaporkan dalam blog tertentu, Zaki berkata: “Ia khabar angin sahaja dan jika benar sudah tentu dalam mesyuarat hari ini ada dibincangkan (perkara ini).”

Pada mesyuarat itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan Datuk Husam Musa tidak hadir kerana menghadiri satu program di Kuala Lumpur.

Advertisements

3 Respons

  1. mana boleh perkara sebesar itu pas kelantan tak campur tangan,habis nak campur hal remeh temeh seperti kahwin dua,YB tak singgah kedai kopi dll….ini isu besar yang melibatkan agensi kerajaan,takkan nak biar MB selesai dengan menantunya sahaja,saya rasa amat kurang cerdik kenyataan macam tu….

  2. […] Anda che ibrahim pada Tok Guru Nik Aziz mampu selesa…pijoe pada Royalti Minyak: Penjelasan Ter…muriasastri pada Tok Guru tidak bersalah, Tok […]

  3. Kalau perkara diatas dianggap remeh,perkara yang betul besar ialah bilamana kelate kalah ke BN.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: