Ariffahmi tak perlu letak jawatan CEO PMBK

Rasanya belum terlambat untuk ucapkan Tahniah kepada Ariffahmi kerana telah dilantik CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Tahniah juga kepada CEO baru PMBK yang bertindak agresif memecat Pegawainya serta merta (walaupun ada bayaran lebihkurang RM20K). Gunakanlah kuasa yang sedikit itu.

Kini isu Ariffahmi jadi CEO tiba-tiba jadi panas. Macam-macam pula hal selepas dia pecat Sheih. Sheih pula kaki melawan.

Saya rasa Ariffahmi tak perlu letak jawatan CEO, kenapa Ariffahmi perlu letak jawatan itu. Ariffahmi perlu jaga maruah dirinya, dan keluarganya. Ariffahmi tak bersalah? Ariffahmi dilantik CEO PMBK oleh YAB MB. (kebetulan MB=mertuanya?.

Yang kena letak jawatan bukan dia tapi Dato Husam kerana Dato’ Husam mungkin tidak bersetuju dengan perlantikkannya oleh YAB Tok Guru MB. Betul atau tidak Dato’ Husam tidak setuju saya tak dapat pastikan. Tetapi saya ada tanya juga kawan-kawan bahawa Dato’ Husam tidak ambil kesah sangat siapa yang Tok Guru MB nak lantik. Kerana itu kuasa yang ada pada MB.

Dalam dok nak menulis terima pula Sms dari Kota Bharu:
“Hampir 2 jam bersembang dengan Ariffahmi pagi tadi (21 Nov). Memperlihatkan sungguhnya beliau mempertahankan jawatan CEOnya kerana hasrat & arahan TGNA… Dirasakan sukar untuk melihatnya berundur dalam tempoh terdekat…

Tetapi beliau seperti kelu, apabila ana bertanya, adakah anta akan patuh keputusan jemaah, jika Jemaah mengambil ketetapan anta berundur dari jawatan tersebut?

Terserah pada Jemaah untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. tercemar imej TGNA (isu kroni) bukan sahaja akan beri kesan di Kelantan malah mungkin akkan beri kesan di Malaysia….

Setakat ni, itu sahaja kemampuan saya untuk cuba memperbaiki persekpsi yang sekarang diserang hebat oleh kaki2 Umno terutamanya dalam medan siber… Wallahu a’lam.”

Berta terbaru: Alih-alih Mingguan Malaysia hari ini pula buat berita Husam letak jawatan?. Banyak juga panggilan dari luar kelantan masuk, tak terlarat nak jawab. Tapi saya jawab mudah saja. Atas batang tubuh Husam la, dia nak letak jawatan letak, saya tak dak masalah apapun. Tapi berjayalah selama ini usaha-usaha Ariffahmi dan lain-lain yang tidak ingin lagi kepada Husam jadi Exco Kerajaan Kelantan!!

Tapi pagi tadi, YAB Tok Guru ada buat sidang media jawab pasal Husam Letak Jawatan. Katanya (wartawan) Tok Guru tak akan benarkan Husam letak jawatan, kerana Husam seorang yang ‘cerdik’ bukan sahaja boleh digunakan untuk Kelantan bahkan Malaysiapun.

Jadi sayapun amat bersetuju Ariffahmi tak letak jawatan. Ariffahmi kena percaya kepada kebijaksanaan Mertuanya dan dah ada orang yang sangguppun untuk letak jawatan kerana menyelamat PAS. Sheih pun dah dipecat. Dato’ Husam pun hampir sanggup letak jawatan. Kehendak ramai pimpinan parti pun dah tercapai. Parti akan selamat dan diterima oleh rakyat terbanyak.

Kita lihat dan dengar pula cerita selepas ini apabila Presiden dan Naib Presiden PAS yang akan bertemu Tok Guru Nik Aziz.

Nak baca persepsi rakyat Jika Ariffahmi tidak letak jawatan CEO PMBK, Baca perabih di sini. Bukan persepsi terhadap dirinya sahaja (Ariffahmi) juga untuk mertuanya dan PAS Itu sendiri.


Berita terdahulu: ‘Salut’ kepada khidmat Syed Azidi
Apapun saya ‘salut’ kepada Khidmat sheih memperjuangkan isu Royalti Minyak Negeri Kelantan.

Yang CEO PMBK berhempas pulas dengan isunya sendiri berdepan dengan SPRM.

Kerana sehari sebelum beliau dipecat 24 jam. Beliau (Sheih), Dato Husam dan saya serta Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengadakan sidang media di Lobi Parlimen bersama mengangani Isu Royalti. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Lupakan saja Ariffahmi sheih.

15 Respons

  1. tidak perlu tunggu husam letak jawatan, khabar angin letak jawatan sudah boleh menjadi berita.. harakah kena scoop le wan jo….

    Jawab:
    Nak tunggu Harakah, tak payah la Helmi ooi. Utusan la patut main ni. Habis laku surat kobar Mingguan di Wakaf Bharu hari ni. Akupun terpaksa baca di internet.

  2. Wan Jo, sebagai “penjawat awam” dalam PAS,
    aku rasa hang elok berkecuali.

  3. Asssalamualaikum wbrt,

    Sdr. Wan Jo…

    Kawe tak setuju pendapat demo tu…. Bagi kawe, jalan terbaik untuk selesaikan masalah ini ialah dengan cara Ariffahmi letak jawatan aje. Tok Guru bagilah seribu alasan pun…. Isu kroni tak dapat ditutup……Rakyat lo ni pakat cerdik belako doh.

  4. Arif Fahmi tak layak menjawat jawatan CEO PMBK…Lebih baik berundur…

  5. dulu maroh ko pok loh libatkan anak menantu dlm kerajaan..kronisme lah, nepotisme lah…. paku dulang paku serpih.. imej tok guru dan kerajaan pas sedikit tercalar.

  6. Kalu pemimpin lain yang melantik anak/menantu/saudara ke jawatan penting dlm.kerajaan mereka ditudoh macam macam.Tapi kalu TGNA lantik menantu jadi betul pula. Apa cerita ni?

  7. kawe tetap stay di belakang bro husam
    bro husam my idola. if u retired, i pon retired
    tabahkan hati, inilah rencah kehidupan sebagai seorg ahli politik…
    dalam ramai-ramai kawan kita tetap ada duri dalam daging
    itu biasa la sebab tu dalam berkawan jgn menceritakan hal-hal yang terlalu peribadi
    kawe ambik contoh bro husam dan MSO, selepas putus kawan MSO menceritakan balik segala rahsia dan keburukan kawan selepas. ini namanya kawan haprak.
    -untuk bro husam, semoga cepat sembuh-

  8. Ana setuju benar pendapat Wan jo nak suruh Husam letak jawatan dan biarkan Ariff terus jadi CEO. Ini kerana Husam sudah ada pencen penuh dah. Pencen Parlimen lagi, pencen ADUN dan EXCO lagi. Kalu campur-campur dekat RM 7K dah sebulan. Letak jawatan pun tak pelik dah. Demo tu Wan Jo kalau berhenti kerja di Pejabat PAS nak buat gapo ?
    Ariff Fahmi kalu berhenti nak buat kerja gapo ? Loan rumah RM 500,000 sapa nak tulong bayar. Tak kan Pak Sheikh nak tulong bayar.

    Wan Jo tak po la dia boleh ambik pitih dengan mat Islam. lo ni Mat Islam banyak pitih dan tak bersaing doh dengan orang-orang bawah ni. Paling kurang dengan Jalir hak kerja Malayan Bangking tu. Wan Jo tumpang la sekaki dengan Mat Islam.

  9. harap tok guru desak ariffahmi letak jawatan. bersihkan kelantan drpd kronisme/anak menantu. kalu x kita ni sama dgn puak2 dacing tuh. kalu ore lain wat kita melenting marah..tp kalu kita wat x ape pula…rakyat skrng sudah cerdik.. ambo yakin tokguru dpt selesai kemelut ni dgn bijaksana. insyaAllah. kpd husam, bykkan bsabar. ambo tetap sokong demo

  10. x sohor lasung arif fahmi pd kawe…baik husam jauh laaaaa…nasib baik ado husam klu xdok dio jd umno lamo dh parti PAS ni..huhh

  11. tidak sepatut nya kita mengulas dan saudara penulis mengapi-gapikan lagi .

    Skrg ini Yb Husam di pertahankan oleh TGNA setelah ramai katakan husam menikam TG Nik Aziz.
    tapi tindakan TG Nik Aziz sebaliknya. Kenapa kita sbg rakyat kelantan terus menekan TG dan Husam?

    Adakah layak ahli yang mendokong ISLAM terus menerkam saudara sendiri?setelah usrah,tak’lim dan pelbagai pengisian berbentuk ISLAMI di sumbat dalam kepala..adalah ini fikrah islam?

    baiknya kita berhati-hati dengan fitnah kaum munafiq. jgn cuba jdkan blog ini sbg sentiment permusuhan dlm jamaah.

    Kita telah telan sejarah pahit permusuhan Islam di zaman Saidina Ali dan Mu’awwiyah. Mereka tidak bersalah tapi ada api-api yang memburukkan lagi keadaan.

    maka wajar lah kita diam. melihat dan menganalisa.

    TGNA betul dan Husam juga betul. yang salah ialah kita !
    Husam sndri byk bantu rakyat negeri kelahirannya sendiri…rakyat miskin di jadikan tuan dan soal tuntutan minyak …tp kita masih menolak pemikirannya.

    kita wajar tidak berkiblatkan media yang kurang asasnya,

    insyaAllah ..sila berhati-2
    untuk jemaah suci ini.

  12. […] Anda kawe pada Ariffahmi tak perlu letak jawa…sheikh al-buyeir pada Ariffahmi tak perlu letak jawa…Syaari Abuya pada Ariffahmi tak perlu […]

  13. salam satu islam…….pada saya siapapun dilantik tak masalah asal layak dan mampu buat kerja terbaik…tak kira la anak ke…menantu ke….adik ipar ke……tapi kalau lantik orang yang tak layak tu masalahnya……apa lagi kalau anak menantu yang tak layak dilantik…itu yang tak patut yang banyak dibuat……yang banyak membawa keburukan….

  14. ambil lah pengajaran,kat kelantan sekarang ni kena berhati dengan golongan yang mencari duit melalui politik.Kami golongan bawahan tak pernah meminta walau satu sen pun malah hingga sekarang ni walaupun Pas dah perintah 19 tahun,jika ada ceramah kami tetap istiqamah menderma walaupun dalam poket hanya ada tak sampai 10 ringgit.Hati hati dengan golongan yang berlegar diKota Darulnaim,juga yang naik turun Pejabat Pas Kelantan.Kami golongan penyokong tak pernah masuk pun Kota Darulnaim.

  15. salam….
    memang sepatutnya ariffahmi letak jawatan. full stop. PAS seharsnya belajar dari sejarah…bahwa melantik sanak saudara untuk menjawat jawatan penting hanya akan mengundang persepsi negatif sama ada dari musuh atau kawan sendiri….jadilah nepotisme seperti puak2 umngok….
    tapi brbaik sangka aje la kan..mungkin tok guru melantik ariffahmi sbb memang ariffahmi tu payah nak cari makan kat tempat lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: