CEO PMBK: Akhirnya Ariffahmi terpaksa ‘mengalah’

Akhirnya Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini akur dengan nasihat Pimpinan PAS dan mengarahkan menantunya, Abdul Ariffahmi Rahman supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Keputusan ini dibuat selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang hari ini. Turut hadir dalam pertemuan tersebut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Bendahari PAS, Dr mohd Hatta Ramli.

Arahan itu berkaitan dengan isu membabitkan pelantikan Ariffahmi ke jawatan CEO daripada jawatan Ketua Pegawai Operasi (COO).

Akhirnya Ariffahmi terpaksa juga terima hakikat bahawa keputusan Jemaah lebih tinggi daripada dirinya, keluarganya dan juga mertuanya. Walaupun sebelum ini saya mengagakkan Ariffah tidak perlu letak jawatan. “Salut”!! kepada Penarikbeca dan Sheih kickdefella.

Berita terdahulu
Tok Guru Nik Aziz yang juga Pengerusi PMBK baru-baru ini mempertahankan pelantikan itu dan berkata Ariffahmi yang berkelulusan sebagai jurutera, sememangnya mempunyai keupayaan serta kebolehan memegang jawatan terbabit.

“Mana boleh Menteri Besar melantik seseorang yang tidak menentu (tiada kebolehan untuk pegang jawatan itu). Saya beri kepercayaan kepada menantu saya itu (Ariffahmi) kerana dia seorang jurutera serta mempunyai kebolehan,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Pemuda Umno Kelantan yang menuntut siasatan dilakukan terhadap pelantikan Ariffahmi ke jawatan CEO di PMBK ketika ini selepas menjawat COO perbadanan itu sebelum ini.

Advertisements

10 Respons

  1. Takbir…kami sayang Islam dan sayangkan Tok Guru

  2. bereh, segalanya selesai.. kita buang yg keruh dan ambil yg jernih.. biduk berlalu kiambang bertaut.. melangkahlah dgn gagah menuju matlamat perjuangan.. usah berpaling lagi ..

    CEO PMBK dah kosong, wanjo tokleh ejah ke ambe gati ..?? biarpun ambe takdop IR tapi ambe ada INTEGRITI …

  3. eloklah tu,ular yang menyusur akar takkan hilang bisanya.Lepas ni bermula cerita baru.Siapa CEO baru PMBK?mari kita teka.Saya ramal Hj.Fauzi.Kami orang kampung yang tetap menyokong PAS mencadangkan biarlah jawatan ini diiklan dalam Sinar Harian.Biar ramai orang boleh mohon.Saudara M Rajoli boleh updatekan resume anda dan tempah suite baru.Temuduga oleh Datuk Tuan Guru Pengerusi PMBK.

  4. “Tok guru menunjukkan sikap cukup tinggi nilai moralnya yang mengutamakan jemaah. Saya cukup sanjung tinggi integriti yang ditunjukkan tok guru (Nik Aziz) ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Nik Abdul Aziz di Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini, semalam.

    Beliau berkata, sememangnya dalam pindaan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jelas menyatakan peruntukan bahawa menantu atau anggota keluarga tidak boleh dilantik.Kata sallahudin Ayub di sini

    Hakikatnya, Arifahmi kalau berdegil juga , dia akan menyusahkan mertuanya dan ramai orang lain kerana terpaksa berhadapan dengan Akta SPRM tersebut.

  5. Tahniah pd tok guru dan ariffahmi…semoga tokguru panjang umur dn d beri kekuatan utk terus memimpin parti dn kerajaan ngeri. pd ariffahmi bsabarlah mhadapi fitnah. smoga anda dan keluarga d beri ktabahan, ketenangn dn murahkn rezeki oleh Allah slepas ini. kpada kick sheih sudah2 lah duk buka keburukan dn aib org….ckuplah.

  6. Dalam menerajui bahtera, pasti Laksamananya akan menghadapi ombak yang kadang kala ganas dan kadang kala tenang. Semuanya bagi membawa bahtera menuju distinasi pelabuhan. Kalau Pelabuhan itu sudah banyak kapal yang berlabuh, maka terpaksalah pula berlabuh di tengah lautan berdekatan pelabuhan berkenaan.

    Sebagai sebuah jemaah Islam yang sering menghadapi pelbagai mehnah dan fitnah, saya yakin ianya pasti akan dapat di atasi dengan sebaik mungkin oleh pimpinan yang bijak pandai. Persoalan yang ada di hadapan kita pada hari ini bagaimana penyelesaian terbaik untuk jemaah. Adakah dengan pemberhentian Arif Fahmi boleh menyelesaikan masalah ? Adakah Arif akan berdiam diri ? Siapa pula akan di persalahkan dengan pemberhentian Arif lepas ni?

    Maklumat yang Pok San terima, bahawa segalanya di letakkan kepada husam dan di katakan Husamlah yang memainkan peranan menjatuhkan Ariff.

    Suka Pok san mengingatkan kepada mereka yang menuduh Husam supaya kalian bertaubat dan kembali kepada Al Quran dan Hadis. Sepanjang yang saya kenal Husam semenjak tahun 80 han, beliau bersikap tak suka menjatuhkan orang lain untuk naik ke atas. Apa yang beliau lakukan adalah untuk menjaga Parti dan Kerajaan. Tidak ada kepentingan diri saperti saing amba Pok Jak, Zaha hatta Nik Abduh.

    Demo dua tiga orang ni kalau sebut nama Husam pasti akan terjuehlah mulutnya dan suka memperkecilkan apa sahaja yang di lakukan oleh Husam. Tapi kalau Takiyudin buat semuanya molek belaka.

    Dalam kesempatan ini saya ingin memohon dengan seikhlasnya, marilah kita kembali kepada Al Quran dan Hadis bila berlaku pertelingkahan. Pok San nak tengok demo-demo semua pakat mari makan mee kedai amba beramai-ramai. Buang hok keruh ambik hok jernih, sapa layak dia kedepan… INGAT JAGA PARTI DAN KERAJAAN. JANGAN SAMPAI ANAK CUCU KITA MENYUMPAH SUATU HARI NANTI…

  7. Parti PAS memperjuangkan ISLAM……..bakpo gak dok bbaloh sama sdiri….pakat muhasabah diri la blako…..kesimpulannya apabila ada kuasa maka punahlah akhlak bila nafsu mengatasi segalanya….tambah parok bila nafsu dok fikir pasal hartTA,tahTA & waniTA….

    *** ambo bulih jadi PA m rajoli takpo doh….

  8. m rajoli mendahului senarai ceo PMBK,mari kita ramai ramai pakat undi dia.ramai penyokong ni……

  9. en muji..
    nama demo akan dipertimbangkan.. tapi nak kena check dulu takut ada sangkut paut worih, kalu ada tak bolehlah.. nati dituduh kronisme..

  10. Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini akur dengan nasihat Pimpinan PAS dan mengarahkan menantunya, Abdul Ariffahmi Rahman supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

    Keputusan ini dibuat selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang hari ini. Turut hadir dalam pertemuan tersebut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Bendahari PAS, Dr mohd Hatta Ramli

    TAPI SAMPAI HARI INI PERLETAKKAN JAWATAN TIDAK BERLAKU. HARI2 AAF PERGI OPIS. SAMPAI BILA? ATAU SATU LAKONAN SAHAJA. PMBK HAK KELUARGA AAF KE?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: