Umno buat demonstrasi membantah doa Tok Guru

KEMASKINI:
Sms diterima memaklumkan:
“Kpd Semua PEJUANG2 UMNO – Jemaah Prihatin Rakyat Kelantan akan mengadakan Perhimpunan Penyerahan Memorandum Bantahan kepada Nik Aziz kerana berdoa supaya Allah SWT melaknati YAB PM & Pengikutnya sekiranya royalti minyak tak diberi. Perhimpunan akan diadakan pada esok 1 Disember 2009(Selasa) jam 10 pagi di depan Kota Darul Naim.

Setiap pejuang dijemput hadir dan diminta hantar semua rangkaian sahabat ke perhimpunan ini. Mohon tindakan segera. T/Kasih”. Drp SUK UMNO Kelantan

Doa Tok Guru dalam Khutbah Hari Raya Korban, 10 Zulhijjah 1430/ 27 November 2009

“Saya hanya doa kepada Allah minta Allah perbetulkan fikiran Perdana Menteri Malaysia iaitu beri (royalti) gas petrol kepada Kelantan … kalau tidak beri sah ada mala fide… niat yang tak baik, itu saya minta musnahkan. Sebab jahat … salah apa saya,” kata Tok Guru.

“Saya tetap mempertahankan doanya dan menyifatkan tindakannya itu tidak bersalah kerana tindakan itu dan Nabi Muhammad SAW diantara orang yang doa balas bela terhadap orang zalim.”

Pemimpin dan penyokong Umno Kelantan kena fikir dan renung juga kenyataan YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Ku Li menegaskan bahawa Petronas terikat dengan perjanjian di bawah Akta pembangunan Petroleum negara dan Kerajaan Pusat tidak seharusnya mengganggu perjanjian itu kerana perjanjian itu dibuat dengan amat ringkas sehinggakan budak sekolahpun memahaminya.

“Keengganan Kerajaan Pusat membuat pengumuman secara jujur mengenai Petronas perlu membayar wang royalti sebanyak 5 peratus kepada Kelantan boleh menyebabkan negeri yang mempunyai aktiviti petroleum lain mempersoalkan status pembayatran mereka,” katanya.

Hari ini, PORT OF SPAIN (Trinidad dan Tobago): Datuk Seri Najib Razak tidak akan meminta Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik kenyataan atau memohon maaf selepas mahu berdoa supaya Allah menghapuskan masa depan Perdana Menteri jika tidak memberi royalti minyak kepada negeri itu.

Perdana Menteri berkata, beliau berharap Mursyidul Am Pas itu sedar sendiri kerana ramai umat Islam merasakan kenyataannya keterlaluan dan tidak melambangkan semangat keislaman yang dituntut agama.

“Apapun kita perlu berbincang untuk mencari penyelesaian dan bukan cari pergaduhan. Berbalah sesama sendiri dikutuk dalam Islam, malah untuk kita mengutuk orang lain pun tidak dibolehkan Islam,” katanya pada sidang media pada hari terakhir Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di sini, hari ini.

Hari ini juga Berita Harian melaporkan Nik Aziz guna agama untuk politik: Muhyiddin
KUALA LUMPUR: Niat Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika Kerajaan Pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan adalah kesalahan besar daripada segi agama.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau tidak dapat membayangkan bagaimana seorang yang dikatakan sebagai tokoh agama sanggup mengeluarkan kenyataan sebegitu, lebih-lebih lagi terhadap pemimpin yang seagama dan sebangsa dengannya.

“Saya tidak bolehlah menasihatkan kerana dia (Nik Abdul Aziz) lebih tahu daripada saya. Tapi kenyataan seperti ini tidak patut dikeluarkan oleh seorang yang dikatakan tokoh agama.

“Mungkin dia (Nik Abdul Aziz) lebih merupakan seorang tokoh politik dan menggunakan agama untuk tujuan politik… jual agama untuk kepentingan politik. Ini (kenyataan tersebut) sesuatu yang tidak boleh kita gambarkan,” katanya kepada pemberita ketika ditanya kenyataan Menteri Besar Kelantan itu.

Terdahulu Muhyiddin berucap merasmikan Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan 2009 di Pusat Konvensyen CIDB di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sikap Nik Abdul Aziz itu tidak mencerminkan ketokohan agama seperti yang selama ini diuar-uarkan mengenai pemimpin itu.

“Saya tidak pernah mendengar dalam sejarah hidup saya… (ada orang) buat doa jahanamkan manusia lebih-lebih lagi seagama dan sebangsa. Saya fikir (doa itu) suatu yang menyalahi tuntutan agama. Saya tidak tahu apa hukumnya. Mungkin orang agama tahu,” katanya.

Beliau berkata sudah menjadi lumrah pemimpin Pas menggunakan agama untuk kepentingan politik dan dalam hal ini, rakyat harus sedar mengenai parti yang menggunakan agama serta menyeleweng daripada ajaran agama Islam. – Bernama/ Berita Harian 30 Nov. 2009

Advertisements

8 Respons

  1. pandai lak ckp pasai agama. yang c4 tu pe lak. hipokrit!

  2. Umno dah ambik alih kerja pembangkang .. kalau dulu demo dok kata ko pembangkang .. sikit2 demostrasi.. sikit2 demostrasi.. loni demo pulok buat demo.. tebalik kuang abih.. kucabara abih.. demostrasi aman polis tak ganggu kalau umno buat.. tengoklah marin di dun pulau pinang.. takde pun gas pemedih mata.. lubang hidung fru sekorpun takdok napok..

  3. laa…dah kata doa TGNA pohon itu tak betul…yg semua balaci umno ngok tu takut nak buat apa?…

    doa balaslah doa…

    apala bodoh sanagt nak melalak lalak….balaci umno pakai lah tok peti perak harusana harusini ke..tok peti sabah ke..tok peti johor ke..dan semua tok peti tok peti umno ..doakan pulak TGNA tu…..

    mari kita tengok apa jadi??…… najib jadi jahanam ke…TGNA jadi jahanam….

    tapi pikir pikir balik..umno ngok ni percaya sungguh yg doa TGNA ni akan dimakbulkan………sebab tu dia orang gelabah………

    budak sekolah rendah pun tau….” BERANI KERANA BENAR..TAKUT KERANA SALAH”…

  4. beto tu masabait..

    najib pom tak maroh bakpo puok demo ni naik angin nyer..

    dasar pengampu nak cari publisiti murohan..

  5. mace-mace plak lo ni, doa pun x kena

  6. Suh la Najib pulak doa ke TGNA… rasa-rasa org PAS gelabah tak?

    Org UMNO gelabah sebab dorang tahu doa TGNA itu benar!…

  7. rupanya takut puak UMNO ko doa ni…..doh puak UMNO kata TGNA ni tak betul gak nak takut gapo dgn doa tu….betul la TGNA doa mcm tu…TGNA minta musnah jika ada niat jahat…

  8. hahaha….apoolh ameno ni..kalo dh x buat salah, buat apa nk takut dgn doa tuk guru?…xkn jln punya doa tu kalo x betul…ye x?….ni gelabah x tentu pasal, betul ke apa tuk guru ckp tu? hehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: