Husam tuntut Utusan Melayu mohon maaf

Exco Kerajaan Negeri Kelantan hari ini memohon Utusan Melayu memohon maaf secara terbuka dalam bentuk yang diluluskan serta membayar sejumlah wang pampasan gantirugi diatas penyiaran artikel yang bertajuk “Husam letak jawatan? Nik Aziz beri cuti lima hari untuk tenangkan fikiran”.

Sidang media Dato Husam Musa, 1 Dis 2009

Kenyataan tersebut merupakan berunsur fitnah terhadap saya, kata Dato’ Husam dalam sidang media pagi ini di lobi Parlimen Malaysia.

Dalam sidang media tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri Kelantan Datuk Husam Musa hari ini menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai respon berhubung persetujuan Najib berunding dengan kerajaan negeri Kelantan.

Surat tersebut antara lain memohon pertemuan segera antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Perdana Menteri bagi membincangkan tuntutan royalti negeri itu.

Ekoran itu, Husam yang juga exco kerajaan negeri juga telah bertemu dengan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan memohon agar satu pertemuan diatur di antara wakil kerajaan Kelantan dengan Jabatan Perdana Menteri JPM.

Beliau turut menjelaskan mengenai ‘doa’ Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menurutnya telah dimanipulasi oleh media arus perdana dengan mengambil sebahagian sahaja daripada ucapan Nik Aziz.

“Doa Tok Guru (Nik Aziz) bukan terus minta jatuhkan hukuman ke atas perdana menteri tetapi mengenai supaya perdana menteri berbesar hati untuk berunding dan mempertimbangkan bayaran royalti terhadap kerajaan negeri.Jika selepas satu masa beliau masih enggan (berbuat demikian) barulah tok guru minta supaya Allah letakkan bala kepada perdana menteri,”

“Tetapi media telah ambil sebahagian sahaja daripada ucapan tersebut dan telah memanipulasikan bahagia terakhir ucapan itu untuk menggambarkan Menteri Besar Kelantan hanya sukakan konfrantasi dengan perdana menteri,” jelasnya.

Surat tuntutan adalal dilampirkan:

30/11/2009

Kepada:
AZRAN FITRI RAHIM
UTUSAN MELAYU (M) BERHAD (7170-V)
46M, Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin
55200 Kuala Lumpur

Tuan,

NOTIS TUNTUTAN BERKAITAN KENYATAAN FITNAH TERHADAP DATUK HUSAM MUSA DI AKHBAR MINGGUAN MALAYSIA BERTARIKH 22/11/2009

Kami mewakili Datuk Husam bin Musa yang beralamat di Tingkat Satu, Blok Satu, Kota Darulnaim, 15000, Kota Bharu, Kelantan (“klien kami”) dan kami merujuk perkara di atas.

2. Kami diarahkan bahawa tuan melalui tulisan tuan di akhbar Mingguan Malaysia bertarikh 22/11/2009 bersamaan hari Ahad, 5 Zulhijjah 1430 di halaman hadapan (1) dan (2) akhbar tersebut telah memuatkan kenyataan-kenyataan berunsur fitnah/libel terhadap klien kami.


3. Kenyataan yang dimaksudkan adalah di bawah tajuk berita “Husam letak jawatan? Nik Aziz beri cuti lima hari untuk tenangkan fikiran”. Kenyataan yang memuatkan fitnah itu boleh diamati di tulisan tersebut yang disalin semula di sini:

a) “Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa (gambar) dikatakan mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan yang merupakan satu lagi episod yang menggambarkan perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.”

b) “Nik Aziz sebaliknya memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran.”

c) “Tindakan Husam untuk melepaskan semua jawatan dalam parti dan kerajaan yang dikatakan berpunca daripada pendedahan kemelut dalaman Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang diterajui oleh Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman.”

d) “Sumber memberitahu, hasrat Husam untuk berundur telah dikemukakannya kepada Nik Abdul Aziz yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan pada pertemuan empat mata Selasa lalu.”

e) “Husam bertemu dengan Nik Abdul Aziz untuk menjelaskan bahawa beliau tidak terlibat atau menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku dalam PMBK dan penjelasan itu diterima, tetapi hasratnya untuk meletakkan jawatan ditolak.”

(selepas ini dirujuk ‘tohmahan-tohmahan tersebut”).

4. Kami diarahkan bahawa tohmahan-tohmahan tersebut adalah palsu, tidak berasas dan adalah fitnah yang serius terhadap anakguam kami. Kami diarahkan bahawa tohmahan-tohmahan tersebut di dalam makna biasa dan tabii di kalangan orang awam dan rakyat biasa memberikan maksud bahawa klien kami adalah seorang yang mengambil kesempatan menekan pihak lain, tidak jujur terhadap rakan sejawatan, gemar bergaduh dan berpecah belah, mudah kecewa dalam perjuangan, cepat menyerah kalah, ahli politik flip flop, sukar menerima pandangan benar pihak lain, sombong dan angkuh dan lain-lain maksud yang memberikan makna negatif yang boleh menimbulkan syak wasangka dan pandangan rendah terhadap krebiliti dan integeriti klien kami.

5. Kami diarahkan bahawa penyiaran tohmahan-tohmahan tersebut di akhbar tuan yang jika dibaca secara spesifik atau keseluruhannya telah menjuruskan kepada kesimpulan yang satu kepada masyarakat awam iaitu kepada fitnah/libel ke atas klien kami.

6. Kami selanjutnya diarahkan bahawa tohmahan tersebut telah menjatuhkan reputasi, kredibiliti dan integriti klien kami sebagai seorang ahli politik Islam, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan memegang portfolio Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Islam Semalaysia (PAS) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Salor, Kelantan Darul Naim.

7. Kami juga diarahkan bahawa tindakan tuan menulis tohmahan-tohmahan tersebut telah menyebabkan masyarakat umum buruk sangka, berpandangan negatif terhadap klien kami (to cause odium and ridicule) dan menghina (contempt) klien kami di kalangan masyarakat umum, ahli PAS, rakyat Kelantan dan Malaysia .

8. Kami juga diarahkan bahawa tuan tohmahan-tohmahan tersebut adalah berniat jahat (malice), berunsur fitnah (libel), palsu (false), tidak benar (untrue) dan berniat jahat untuk melakukan kerosakan, memalukan, bersikap prejudis atau berniat jahat dan menjejaskan nama baik dan reputasi klien kami.

9. Tohmahan-tohmahan tersebut telah menjatuhkan /mengaibkan/ mencemarkan nama baik dan reputasi klien kami kerana kenyataan fitnah tersebut adalah palsu dan dikeluarkan untuk tujuan memalukan, memprejudis, menjadi penyebab salah anggapan masyarakat terhadap beliau dan telah menyebabkan klien kami menanggung kerugian, dimalukan dan mengalami kesusahan dan kesukaran akibat daripada itu.

10. Kami diarahkan oleh klien kami untuk menuntut dari tuan yang mana kami dengan ini menuntutnya:

a) dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh surat ini mengeluarkan dan menerbitkan permohonan maaf secara formal dan tanpa syarat kepada klien kami dalam bentuk yang diluluskan oleh klien kami terlebih dahulu dalam akbar tuan dan lain-lain akhbar di Malaysia dan Singapura serta dalam portal rasmi Utusan.

b) Dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh surat ini, mengeluarkan akujanji yang tidak bersyarat dan tidak boleh ditarik balik yang mengandungi akujanji tidak akan mengeluarkan dan mengulangi, mengatakan secara jelas atau tersirat melalui sebarang bentuk media elektronik atau media cetak kepada mana-mana orang atau pertubuhan, sebarang perkataan, tindakan, kenyataan, komen, dakwaan apa sahaja dalam bentuk lisan atau bertulis secara fitnah, dakwaan atau kenyataan palsu berkaitan klien kami.

c) Dalam tempoh tujuh hari (7) hari dari penyiaran notis permohonan maaf, membayar sejumlah wang pampasan gantirugi yang akan ditentukan oleh klien kami.

Sila ambil perhatian bahawa sekiranya dalam tempoh sebagaimana yang dinyatakan di atas kami tidak menerima apa-apa cadangan permohonan maaf dari tuan dan tidak menerima bayaran gantirugi, arahan klien kami untuk meneruskan dengan tindakan undang-undang tanpa merujuk lagi kepada tuan. Sekian.

Yang benar,
Bagi pihak TETUAN ASRI MUSA & CO

8 Respons

  1. Saya sokong datuk! Saman media pencacai biar dia reti bahasa sikit! Kalu boleh berbilion biar bankrap terus!

  2. kawe sokong, betul kata dato’ .. media 1malaysia ni meme tak takut ke Tuhan..

  3. Saya sokong 100%, Datuk…saman bagi mampus Utusan ejen UMNO/BN nie…biar dia bengkrap..kalau boleh saman UMNO/BN skali…

  4. Dato ,
    lawan tetap lawan
    kami sokong tok guru dan dato…banyak lagi kemucup dalam perjuangan tu,baik dekat maupun jauh.
    PHD sedang menghantui kawan dan lawan dato

  5. saman.. saman.. pitih belako tuuuuu….

  6. salam bro husam
    saman jgn tak saman bro
    mlm ni kita jumpa kat kg razali kuantan yer bro
    – gud luck-

  7. Rekod Husam ni, sentiasa menang dalam saman menyaman ni.

  8. aku sokong je

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: