Doa Tok Guru MB sebagai peringatan kepada PM bertindak adil – Khalid Samad

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mempertahankan tindakan Mursyidul Am Pas, Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa kepada Allah agar menurunkan ‘bala’ ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak jika kerajaan Pusat enggan memberikan royalti minyak kepada Kelantan.

Beliau berkata, doa tersebut adalah bersyarat iaitu kemusnahan itu hanya dipohon sekiranya tindakan zalim kerajaan Pusat diteruskan dalam usaha untuk menafikan royalti minyak kepada rakyat negeri itu.

Menurutnya, apa yang dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan itu adalah sebagai satu ancaman atau peringatan untuk memberikan hak kepada rakyat negeri ituseperti yang terjamin dalam Akta Petroleum 1974.

“ Doa yang dikemukakan oleh Tok Guru itu merupakan satu amaran supaya kerajaan Pusat bertindak dengan adil kerana keadilan itu penting dalam Islam.

“ Bukan sekadar doa sahaja, malah dalam Al-Qur’an surah Al- Hujurat ayat 9 pun berkata, kalau dia nak lakukan kezaliman walaupun dia orang Islam, kena lawan mereka,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kelantan, Datuk Husam Musa pada sidang akhbar di Parlimen berkata, doa Nik Abdul Aziz sebenarnya bukan meminta terus kepada Allah untuk menjatuhkan hukuman ke atas Perdana Menteri (PM).

Sebaliknya, ia berharap supaya Najib berbesar hati untuk berunding dan mempertimbangkan bayaran royalti terhadap kerajaan negeri. – Utusan Malaysia

Lagi berita Tok Guru:
Tok Guru tidak ambil peduli desakan letak jawatan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: