Mahfuz nasihat Ariffahmi letak jawatan serta-merta atau bercuti

Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar menasihat Abdul Ariffahmi Abdul Rahman supaya meletakkan jawatan segera sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) supaya Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat tidak menyulitkan operasi PMBK

“Perlu letak jawatan serta-merta supaya keputusan yang dibuat tidak memberikan implikasi kewangan dan lain-lain kepada PMBK dan menyulitkan operasi perbadanan selepas diterajui oleh orang baru.

“Tok guru Nik Aziz yang bertindak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat PMBK perlu memanggil segera (Lembaga Penasihat) dan membuat ketetapan supaya Ariffahmi bercuti serta merta. Ariffahmi sudah pun buat komitmen (meletakkan jawatan) jadi sekarang mereka (Pengerusi dan Lembaga Penasihat) harus buat ketetapan,” katanya.

Sebagai contoh katanya, Ariffahmi boleh dibayar gaji selama tiga bulan tetapi tidak perlu lagi aktif memegang jawatan. Dengan itu katanya, PMBK boleh melantik seorang bagi memangku jawatan CEO PMBK.

“Ini yang sesuai untuk jaga etika. Beliau bukan budak pejabat atau kerani yang masih boleh bertugas walaupun sudah hantar notis tetapi Ariffahmi mungkin akan buat apa-apa keputusan jika terus bertugas.

“Saya tidak tahu apa yang beliau akan buat tetapi kalau beliau terus ke pejabat, dan timbul sesuatu perkara atau buat macam-macam akan cetuskan kontroversi,” jelasnya.

Mahfuz memberikan kenyataan demikian kepada wartawan di Lobi Parlimen ketika ditanya mengenai perkembangan terbaru mengenai kedudukan CEO PMBK yang telah pun menyatakan kesediaan beliau meletakkan jawatan tetapi tidak serta merta sebaliknya terus bertugas sehingga 23 Mac 2010.

“Ariffahmi kena buat penyerahan tugas,” katanya.

“Disamping itu, apabila pengurusan PMBK yang baru dilantik, PMBK hendaklah membuat ‘external audit’ untuk memastikan peralihan penyambungan tugas akan berjalan dengan elok,” katanya.

Sebelum ini, keputusan supaya beliau meletakkan jawatan dibuat atas nasihat Jawatankuasa PAS Pusat setelah Presiden, Dato’ Seri abdul Hadi, Timbalan Mursyidul Am, Dato’ dr Haron Din, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub serta Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli bertemu Tok Guru Nik Aziz meminta agar menantunya itu berbuat demikian.

Keputusan Ariffahmi untuk terus memegang jawatan itu sehingga 23 Mac 2010 telah menimbulkan rasa kurang senang kalangan pemimpin PAS kerana ia memberikan imej yang tidak baik kepada parti itu jika amalan urus tadbir yang baik diambil kira.

Pandangan terbaru Mahfuz itu sekaligus mengesahkan kebimbangan pimpinan Pusat PAS kerana khuatir dalam tempoh sehingga Mac 2010, ada lagi tindakan yang akan diambil oleh Ariffahmi yang boleh menjejaskan kewibawaan PAS dan maruah kerajaan negeri Kelantan.

Advertisements

4 Respons

  1. seelok2nya lagu tu lah, letak serta merta setelah keputusan dibuat, kawe duk tunggu sampai la tak dipanggil lagi untuk interview..

  2. Ramai di antara kita yang nampak salah orang lain tapi salah kaum keluarga , kita tak nampak atau pura pura tak nampak.
    Sebagai ketua sama ada dalam kerajaan, parti atau rumah tangga kita seharus nya meneliti apakah makna adil dalam menjalankan tanggongjawab.
    Marilah kita sama sama berdoa agar ALLAH akan menyelesaikan kemelot ini secepat mungkin.

  3. Salam, Pak Do rasa nak sokong apa yang di saran oleh YB Dato Mahfuz. Rasanya Dato Mahfuz tak buat kenyataan main-main kalu tak dok sebab. Dia tahu lagu mana nak jaga kepentingan parti dari kepentingan peribadi. Sebab tu walau pun pahit Dato Mahfuz tetap menyebut juga suruh Arif letak jawatan sebagai CEO PMBK.

    Pak Do terima satu SMS dari orang dalam PMBK sendiri menyatakan bahawa Arif cuba menaikkan imejnya semula dengan pelaksanaan Kelantan Fest pada pertengahan mac 2010 nanti. Dalam program nanti Dato Najib dan Tok Guru akan bersama di satu pentas untuk majlis perasmian. Anggaran kos RM 4 juta.

    Bila program ini berjaya, Ariff akan naik kembali dan dengan ini kemungkinan akan berlaku perubahan dan Ariff akan terus memegang CEO. Saranan Dato Mahfuz, wajar dipertimbangkan dengan sewajarnya dan Rif tolong lah berhenti cepat untuk kepetingan Jamaah dan Kerajaan Negeri.

  4. […] pengetahuan Tok Guru, banyak juga orang menyokong kenyataan Dato’ Mahfuz dan disini supaya Ariffahmi meletakkan jawatannya dengan segera. Tetapi kerana hormat dan sayang sangat kepada […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: