Isu Ariffahmi: Tok Guru serah sepenuh kepada menantunya buat keputusan

Mengenai isu PMBK dan menantunya, Menteri Besar, Tok Guru Dato’ Nik Aziz menyerahkan sepenuhnya kepada Abdul Ariffahmi Abdul Rahman untuk menentukan masa bagi melepaskan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) setelah PAS Pusat dua kali memberikan peringatan terhadap perletakan jawatan itu.

“Sebagai pegawai kerajaan, dia (Abd Ariffahmi) tahu apa yang patut dibuat, sebab bila seseorang pegawai kerajaan akan berhenti tentu ada penggantinya dan ia tidak semudah yang kita jangka,” katanya.

Tok Guru Nik Aziz mengulas mengenai saranan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta beliau mempercepatkan proses peletakan jawatan menantunya sebagaimana yang diputuskan oleh pimpinan PAS pusat sebelum ini.

Untuk pengetahuan Tok Guru, banyak juga orang menyokong kenyataan Dato’ Mahfuz dan disini supaya Ariffahmi meletakkan jawatannya dengan segera. Tetapi kerana hormat dan sayang sangat kepada Tok Guru, terpaksalah ahli-ahli PAS berdiam diri.

Ada juga sms dan komen-komen liar dari kawan-kawan tentang isu ini, tetapi tak tergamak nak disiarkan di ruangan ini.

Untuk Ariffahmi! Faham, faham sajalah. Tak payah lah ke hulu dan ke hilir menjelaskan isu ini dan jangan sampai menyalahkan orang lain pula.

Fitnah! Fitnah! Melantik menantu itulah fitnahnya.

2 Respons

  1. Ahli Pas semakin ngok, kalau tak setuju kata tak setuju. Biar jelas. Malaysia menjadi begini adalah sebab sifat tidak mahu berterus terang dalam memberi pendapat masing masing, sudah terlampau teruk baru nak bersuara.
    Kepada Ariffahmi, letak sahajalah jawatan. Cari rezeki di lain tempat. Tak mungkin Allah tak memberi kamu rezeki selagi kamu hidup. Tapi jangan lah nak mewah seperti sekarang ni.Jangan terus bergayut di serban pak mentua kamu.

  2. Salam semua terutama Wan Jo. Dalam catatan saya hok tak pandai menggunakan bahasa yang indah-indah, saya ingin memberi pandangan mengenai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Sdr Nasaruddin Tantawi dalam kenyataan di Malaysiakini.com.

    Saya minta kalau Sdr tak tahu apa-apa mengenai masalah di Kelantan tak usah buat kenyataan. nanti menjadi semakin berserabut. Saya tidak ingin membela sesiapa, tetapi kenapa nampak sangat Saudara membela seseorang yang jelas melakukan kesilapan di PMBK. Saya sudah lama bekerja di PMBK, tahu apa yang Arif Fahmi buat di sana. Mungkin Sdr mendapat gambaran yang tidak jelas. So Saudara kena tanya kedua-dua pihak, jangan membuat Justice membela tanpa mengentahui keadaan yang sebenar. Saudara di Pahang, cuma isteri orang Kelantan dan anak Saudara wakil rakyat Melor yang sedang uzur.

    Jangan sampai orang Kelantan menyatakan Saudara hilang kredibili sebagai Ketua Dewan Pemuda apabila terlibat dalam kes ini. Kalu tak tahu tak payah kecek lah, nanti orang kata ………..

    Dalam kes Arif Fahmi, Sdr buat penyelidikan lah sendiri, jumpa dan tanya Staff PMBK dan anak-anak Syarikat lagu mana perangai dia dalam mengendalikan urus tadbir PMBK. Tanya getek betul ko Syed Azidi minta gaji lebih di Darul Digital, tanya apa kejayaan yang di buat arif fahmi dalam pelkasanaan projek,. Tanya kenapa bila jadi CEO, guna wang perbadanan serupa PMBK ni hok dia, tanya apa hak dia guna wang PMBK bayar tiket Nik Amalina ? walaupun dia bayar balik tapi apa hak guna duit Perbadanan untuk kegunaan peribadi ?

    Harapan saya Sdr Nasaeuddin Tantawi jangan pakai buah Nik Abduh royat saja, selidik dan kaji sendiri…Kalau tidak tak payah buat kenyataan yang keliru lagi mengelirukan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: