Pakatan Rakyat tewas 1 Undi, sebahagian tidak ambil berat …

Pakatan Rakyat tewas tipis 1 undi apabila Pakatan Rakyat memperolehi 63 undi berbanding BN 64 undi dalam proses pengundian meluluskan Bajet 2010 bagi Kementerian Dalam Negeri semalam.

Setelah berakhir perbahasan penggulungan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk wira Abu Seman, Usul Belah Bahagian dijalankan atas permintaan MP PKR Subang dan Speaker Dewan Rakyat membenarkan Belah Bahagian tersebut.

Difahamkan, Lima Ahli Parlimen PAS tidak hadir. Seorang ke luar negara. Seorang lagi balik ke kawasan atas urusan di kawasan Parlimen yang diwakilinya dengan kebenaran Presiden PAS (Tok Guru Presiden tunggu sampai malam begitu juga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang). Tak diketahui apa terjadi kepada tiga orang lagi Ahli Parlimen PAS yang lesap (mungkin ada alasannya tersendiri) dan tidak ada dalam Dewan itu.

Syabas juga kepada MP Pasir Puteh yang bergegas ke Kuala Lumpur apabila dipanggil jam 2.00 petang (masih berada di Kuala Krai) sempat berada di Parlimen pada jam 10.35 malam.

15 lagi yang tidak ada dalam Dewan adalah dari PKR dan DAP. Belum dapat disahkan lagi berapa dari PKR dan berapa dari DAP.

Di sebelah pihak BN pula, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri dan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup berkejar ke Dewan Rakyat untuk menyelamatkan partinya dari mengalami kekalahan dalam pengundian.

Ada orang kata kekalahan memalukan itu menyebabkan Tok Guru Presiden marah. Tidak dapat dijangkakan adakah beliau akan mengambil tindakan atau tidak.

Saat mendebarkan bagi PM, Najib Razak. Syabas PR atas apa yang terjadi itu. Jangan menyesal dan Buatlah lagi lain kali!

Syabas kepada MP PAS Marang, Bachok, Tumpat, Pengkalan Chepa, Kubang Kerian, Kuala Selangor, Titiwangsa, Rantau Panjang, Shah Alam, Bukit Gantang, Padang Terap, Jerai, Kuala Terengganu, Sik, Pasir Puteh, Kota Raja, Pendang dan Kota Bharu.

Senarai PKR dan DAP akan dimaklumkan kemudian.

14 Respons

  1. Dah ada peluang tak di gunakan. Bodoh punya PAKATAN!!!!

  2. Badan tertinggi Pakatan perlu bertindak tegas keatas YB2 yang tidak peka ni, kalau tiada alasan kukuh satu hukuman berat perlu dikenakan ketasa mereka, kalu patut tak dicalonkan untuk next election jangan calonkan.. builah ke org lain yang lebih berwibawa..

  3. Sangat terkilan.

  4. Aduussss… main2 lagi

  5. what makes you all think that if there are MORE Pakatan MPs than BN’s in the dewan, the speaker will not ‘delay’ the voting process until he is SURE that BN > PR ???

  6. Padan muka….

  7. Yang tak hadir dari Pakatan ni bukan bodoh lagi malah pengkianat rakyat namaye.ada peluang lepas takda peluang mintak rakyat pilih.Bahalul dan bangang.

  8. Kita tidak boleh marah tanpa usul periksa dulu kepada mereka mungkin urusan dikawasan mereka lebih penting lagi kut, cuba kita berperangka baik dam berlapang dada.

    • x leh terima alasan MO Pakatan yang ponteng bro.. melainkan dorang x buat proper planning benda nie nak buat.. Najibtuya sendiri pun cargas datang dewan..

  9. ntah dorang nie.. bengong x habis..

    ada peluang nie patut rembat jer la..

    nak tunggu PRU13.. dah tau belah sana ske main bangsat.. mesti bangsat nyer cara gak nak menang..

  10. takde yang lebih penting daripada berada di PARLIMEN bagi seorang AHLI PARLIMEN setiap kali sidang dewan rakyat…

  11. Itulah orang tua berkata, kalau buat kerja ,buat sampai selesai, jangan sekerat jalan kan menyesal tak sudah, kalau nak keluar negara,cuti,ada tugas lain tunggulah habis parlimen macam sebok sangat nak keluar negaralah, cuti, macam2 lagilah, sakit hati ini.

  12. Sebagai Wakil Rakyat tugas utama ialah menghadziri persidangan parlimen. Di parlimenlah rakyat dapat mengetahui sama ada wakil rakyat mereka menjalankan tanggungjawap yang diamanahkan.

    Jika ketdakhadziran tersebut oleh sebab tugas resmi atau sakit boleh dimaafkan. Tapi jika ketidakhadziran oleh sebab peribadi dan lain lain sebab amatlah dikesalkan. Tak kan tak boleh tangguh untuk menyelesaikan soal peribadi selepas persidangan parlimen.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: