BN menang 1 undi, Siapa Sabotaj siapa?

Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri pada 23 Oktober lalu disabotaj MPnya sendiri apabila undi belah bahagian yang dijalankan pada malam hari Selasa hanya sekadar menang dengan satu undi sahaja sedangkan majoriti mudah BN di Dewan Rakyat sepatutnya lebih 20 undi.

Siapa sabotaj siapa? Diketuai Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting, Ong Ka Chuan, Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri BN memandang mudah perjalanan Dewan Rakyat. Mereka ini hanya hadir ke dewan sewaktu pembentangan sahaja. (Kerana hanya beberapa orang Menteri dan timbalan menteri yang kelihatan)

Di mana Si Khairy waktu itu. Mungkin beliau ada alasannya tersendiri merayakan kejayaan bolasepak di Laos.

Begitu juga di sebelah pembangkang, Kenapa Ketua Whip PKR iaitu MP Gombak (buat kerja apa), MP Bandar Tun Razak (MB Selangor), Lembah Pantai (Luar Negara), Hulu Selangor (masalah kesihatan), Bayan Baru ? dan Kapar.

Pihak PAS pula yang tidak hadir Pokok Sena (Luar Negara), Kuala Krai (bergegas balik kawasan), Baling (kuliah maghrib), Hulu Langat (program kawasan), Parit Buntar (program kawasan)

Manakala DAP pula: Bukit Gelugor, Puchong (digantung setahun), Bagan (Ketua Menteri), Seputeh (Exco Selangor) dan lain-lain,

Masing-masing ada alasan yang kesemuanya menyesal. Peluang terbuka luas untuk Pakatan Rakyat, tetapi tidak diambil kesempatan. Peristiwa sebegini tidak akan berlaku lagi pada masa depan kerana mulai semalam timbalan menteri telah diarahkan oleh PM supaya sentiasa berada di Dewan Rakyat.

Nota: (dalam kurungan) – alasan semata-mata.

Berita terdahulu:
Kira-kira pukul 11 malam tadi di Dewan Rakyat, Barisan Nasional (BN) melalui saat paling mencemaskan apabila jumlah undi diperoleh untuk meluluskan Bajet 2010 terlalu tipis.

Ia berikutan kehadiran Ahli Parlimen BN yang mengecewakan sehinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa bergegas ke Parlimen untuk turut serta mengundi.

Ada yang menyifatkan saat tersebut sebagai cabaran paling getir bagi BN kerana implikasinya terlalu besar jika bajet itu gagal diluluskan.

Menurut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berdasarkan konvensyen bagi sebuah negara berparlimen, sekiranya bajet itu tidak diluluskan malam tadi, kerajaan BN terpaksa dibubarkan dan satu pilihan raya baru terpaksa diadakan.

“Ini juga bermakna kerajaan tidak akan mendapat perbelanjaan yang dibentangkan baru-baru ini kerana Dewan Rakyat tidak meluluskannya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Parlimen hari ini.

Dalam sesi pengundian belah bahagian itu, BN berjaya mengatasi pembangkang sebanyak tiga undi (66-63) – membolehkan Bajet 2010 akhirnya diluluskan.

Dari segi komposisi, BN mempunyai 137 wakil di Dewan Rakyat berbanding 82 pembangkang dan tiga anggota Bebas.

Justeru, apa yang dilalui BN itu harus membuka mata semua pihak terutama wakil rakyat yang gagal menghadirkan diri untuk bersama-sama menyokong meluluskan bajet tersebut.

Mereka terdiri daripada barisan menteri dan timbalan menteri serta pemimpin utama parti komponen BN.

Kehadiran Perdana Menteri serta timbalannya pada saat genting malam tadi memberi mesej amat jelas tentang keseriusan menghadiri sidang terutamanya sesi pengundian sesuatu rang undang-undang itu.

Mengulas peristiwa itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kesal dengan kegagalan Ahli-ahli Parlimen BN hadir malam tadi dan mahu ia dijadikan pengajaran.

“Kita tidak boleh mengharap bernasib baik setiap waktu. Kita mesti berfikiran setapak ke hadapan dan sentiasa bersedia,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Nazri berkata, beliau menyedari sesuatu yang penting akan berlaku apabila melihat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang masih berada di Parlimen sehingga pukul 8 malam.

“Kebiasaannya pada waktu ini mereka sudah tiada tetapi yang anehnya ramai anggota pembangkang masih berada di Parlimen pada waktu itu.

“Oleh itu, saya meminta semua ahli Parlimen BN berada di Parlimen segera kerana mengesyaki pembangkang akan melakukan sesuatu ketika proses pengundian untuk meluluskan bajet,” katanya.

Menjawab satu soalan, Mohamed Nazri berkata:

“Saya berada di sini tiap-tiap hari, macam mana nak kata saya tak buat kerja?

“Mungkin selepas ini beri saya pistol, akan saya letakkan di kepala Ahli-ahli Parlimen (BN) dan tembak jika tidak hadir, baru nampak saya buat kerja.”

Mengulas isu sama Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, hakikatnya kerajaan BN akan kehilangan kuasa sekiranya bajet itu tidak diluluskan Dewan Rakyat malam tadi.

Ini kerana, katanya, kegagalan meluluskan bajet membawa makna yang kerajaan gagal mendapat mandat Parlimen atau dibaca sebagai mandat rakyat untuk mentadbir negara.

“Bagi menggerakkan sesebuah kerajaan ia memerlukan bajet dan sekiranya bajet tidak ada bagaimana kerajaan boleh berjalan.

“Katakanlah malam tadi bajet tidak lulus. Timbul persoalan bagaimana kerajaan hendak mentadbir negara untuk Januari hingga seterusnya,” katanya.

Pendedahan yang dibuat secara ringkas oleh Mohd. Shahrir itu sememangnya amat memeranjatkan.

“Secara peribadi saya kesal mengapa Ahli-ahli Parlimen tidak faham betapa pentingnya hari meluluskan bajet.

“Mereka sepatutnya membatalkan semua program sebaliknya menumpukan kepada proses pengundian bajet,” katanya.

6 Respons

  1. peluang besar tapi…..

  2. peluang keemasan untuk memalukan baget Najib disia²kan begitu sahaja.. peluang begini tentunya tidak akan berlaku untuk kali kedua, UBN akan sentiasa berhati² lepas ni.. biar berjuta alasan dicipta sekalipun, tidak mampu mengembalikan keyakinan pengundi.
    menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna..

  3. abe…

    semalam ada yang kabo Dr Hatta tak gi Parlimen… List hok petang lak… kabo dia pegi abe… Mintak-mintak la Dr Hatta pegi deh…

    KOMEN
    GI takdang ngundi

  4. Bukankah tugas utama ahli Parlimen ialah untuk berada dalam bangunan Parlimen mengikut jadual yang ditetapkan ? mengapa perlu diutamakan program kawasan pada masa berlaku pertindanan tugas?

  5. abis tu ketua whip pakatan wat ghapo…tak beri peringatan ke sesi undi belah bahagi tu…

    maknanya Allah tak izinkan lagi pakatan merintah..sebab tidak bersedia…kelam kabut.

  6. Nilah padah pilih orang luar jadi ahli parlimen Kuala Krai…..
    Kes nak balik Kuala Krailah jadi gitu……
    Rugi banyak tu Dr Hatta………….
    Demo balik pun tok buat juga program…….
    duduk main masuk sinar tak rak …….wei!!!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: