Bekas PM datang Dewan Rakyat dah tangguh

Hari ini Bekas PM Tun Abdullah Badawi datang ke Dewan Rakyat, malangnya Mesyuarat Dewan Rakyat telah tamat. Sampai di Dewan Rakyat, Speaker Dewan mengumumkan penangguhan Dewan Rakyat ditangguhkan kepada satu tarikh yang ditetapkan. Nakal betul.

Dua hari berturut-turut Tun Abdullah datang ke Parlimen, semalam (16 Dis), terserempak dengan saya di tangga (gambar diatas) tetapi sempat masuk Dewan.

Manakala hari ini (17 Disember 2009 -hari akhir sidang Dewan Rakyat) terserempak lagi tetapi tidak sempat mengambil gambarnya. Tetapi Speaker Dewan telah mengumumkan Dewan ditangguhkan kerana jam sudah 5.20 petang dan pembahas-pembahaspun sudah mahu balik untuk tengok Siaran langsung bolasepak antara Malaysia vs Vietnam.

Malang sungguh nasibnya, gara-gara undi belah bahagi akan dijalankan sekali lagi.

Terbaru:
Najib nak ambil tindakan, Pak Lah datang Parlimen
Datuk Seri Najib Razak berkata kegagalan ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hadir pada sidang Dewan Rakyat bagi meluluskan Bajet 2010 Isnin lalu adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan tindakan sewajarnya akan diambil.

Sambil menegaskan beliau memandang serius perkara itu, Perdana Menteri berkata arahan sudah diberikan supaya semua Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen hadir pada persidangan itu.

“Saya sudah dapat senarai mereka yang tak hadir dan kita akan menyusulinya dengan tindakan sewajarnya. Sekurang-kurangnya kita kena buat satu perjumpaan untuk mengingatkan tanggungjawab mereka untuk hadir pada persidangan Parlimen,” katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di sini malam tadi.

Perdana Menteri diminta mengulas keadaan di mana Bajet 2010 diluluskan dengan kelebihan majoriti tiga undi saja menerusi undi belah bahagian, iaitu 66 menyokong dan 63 menolak.

Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, terpaksa bergegas dari majlis di ibu negara untuk memastikan Bajet 2010 diluluskan dalam undian pada 11.15 malam itu.

Seramai 74 Ahli Parlimen BN tidak hadir di Dewan Rakyat ketika bacaan kali ketiga Bajet 2010 untuk kelulusan.

Kehadiran Ahli Parlimen BN cuma 48 peratus, iaitu 66 daripada 137 anggota berbanding 77 peratus pembangkang, iaitu 63 daripada 82 anggota.

Advertisements

3 Respons

  1. Ha ha memag lucu.

  2. hahaha…kalu menang tidaklah nampak main belakang…kalu tidak asyik main belang saja..mesti ketua pembangkang yang rancang nak main belakang ni…naya je BN…kena korek blakang! Bijak juga anwar al-juburi ni…!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: