Takut Tok Guru kini menjelma …

Sepuloh tahun lalu, Tok Guru Nik Aziz berpesan:

Sewaktu berucap kepada mahasiswa –mahasiswi Kelantan sempena Aidilfitri pada 5 Mac 1995, di Kota Bharu, Tok Guru Dato’ Nik Aziz bin Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan telah mendedahkan satu rahsia dirinya berhubung dengan kepimpinan dan pentadbiran negeri. Katanya “Empat tahun lebih saya pegang Kelantan, Allah s.w.t tidak beri kepada saya rasa cemas mengenai dengan kedudukan kewangan walaupun pihak lawan kita, pihak yang tidak bersetuju dengan kita bersungguh sangat untuk hendak menjejaskan kewangan”.

Tok Guru Nik Aziz tidak berasa cemas dengan kedudukan kewangan negeri Kelantan yang bukan sahaja tidak mencukupi tetapi sering pula disabotaj oleh pihak tertentu. Mengapa dia tidak cemas? Jawabnya ialah kerana ada perkara lain yang lebih mencemaskan dia. Apakah perkara lain yang begitu penting hingga mencemaskan dia lebih daripada masalah kewangan negeri yang tidak mencukupi itu ? “Yang saya cemas sekali “ katanya “ialah bimbang takut fikiran saya, otak saya ini , beralih daripada hendak jaga Islam kepada hendak jaga diri sendiri, daripada hendak jaga masyarakat Islam kepada hendak jaga anak buah, anak cucu saya sendiri. Ini saya bimbang sangat-sangat”.

Kebimbangan begitu timbul kerana beliau telah melihat banyak sekali pemimpin di dunia ini bersikap demikian. Ada juga yang pada mulanya baik tetapi setelah agak lama berkuasa, fikiran dan sikapnya berubah kepada mementingkan diri, keluarga dan kroni. Hal ini turut berlaku kepada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional di Negara kita.

Maka tidak ada cara lain untuk mengelak daripada berlakunya penyelewengan di dalam diri sendiri seperti itu melainkan dengan sentiasa patuh kepada perintah Allah dan sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah melalui sembahyang sunat tengah malam dan lain-lain amalan yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w dan itulah yang dilakukan oleh Tok Guru Nik Aziz. [petikan artikel dalam halaman 50-51, Sepuluh Tahun Membangun Bersama Islam; Kelantan di Bawah Kepimpinan Ulamak.]

Nampaknya sesiapa yang berada di Kelantan kena tunjuk semula buku ini kepada Anak-Anak Tok Guru supaya anak-anaknya faham masalah bapanya. Takut dan bimbang Tok Guru sudah terjadi keatas dirinya.

Dipetik dari blog Hj Hydzelan

Terima kasih Hj Hydzelan mengingatkan kita semua. Gambar Kulit Buku boleh dilihat di sini.

Advertisements

2 Respons

  1. WAN JO, Bukan tunjuk pada anak menantu Tok Guru, Tapi tunjuk terus pada Tok Guru

  2. Benar kata bakal exco tu…….setuju sangat tunjuk terus kepada TGNA.Barangkali TGNA dah tak ingat lagi pesannya 10 tahun lalu.

    WAN JO….tuan bawa buku tu,dan bagi TGNA semak semula ucapannya.benarkah kata-katanya.

    Anak menantu TGNA pun kena faham juga situasi ini,kerana mereka TGNA terperangkap dengan mehnahnya sendiri.

    Isu IR ARIFFAHMI (AAF 26) perlu dihentikan segera dengan tinggalkan kerusi CEO PMBK.Warga PMBK tersangat meluat dengan kerenah AAF tu..

    Puak2 UMNgOK Beer End stanby dengan senjata untuk menyerang PAS.Lebih bahaya lagi musuh PAS dalam kain selimut sendiri.

    Geng pemuda PAS, perlu tunjuk kewibawan sayap PAS dengan ketengahkan isu yang menimpa TGNA dan selamatkan TGNA untuk terus menerajui pentadbiran bumi kelantan ini.

    Kami hamba rakyat akan belot sekiranya isu PMBK dan kemelut dalaman PAS tidak selesai..hati kami dah berubah dan sebelum timbul perasaan benci kepada pas……PRU 13 akan menghukum kelantan sekiranya tidak bertindak cepat.

    Kami masih sayangkan TGNA dan kelantan biar terus kekal PAS memerintah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: