Tahniah Dr Rosli Allani letak semua jawatan, manakala kawannya berdegil …

Sehari selepas diperintahkan oleh mahkamah supaya tinggal berasingan dengan isteri keduanya kerana perkahwinan mereka diragui, Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, Dr. Rosli Allani Abdull Kadir hari ini mengumumkan keputusan melepaskan jawatan itu berkuat kuasa serta-merta.

Tahniah kepada Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, kerana terus meletak jawatan bila ada masalah peribadi yang cuba dikaitkan dengan parti. Tidak seperti kawannya yang begitu liat untuk meletakka jawatan biarpun isunya saban hari dibicarakan di dada akhbar.

Khabarnya kawannya itu telah mengubah fikirannya (sebelum ini berkata akan menghantar surat meletakkan jawatan pada 24 Disember 2009) tidak akan meletakkan jawatan walaupun telah diputuskan oleh PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan. Kawannya itu ke seluruh negara pula melobi supaya menerima penjelasannya.

Rosli Allani, 35, bekas pegawai khas Anggota Exco Kanan Kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, yang pernah mendesak supaya menantu Datuk Nik Aziz Nik Mat segera meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan, juga mengumumkan beliau akan melepaskan jawatannya yang lain dalam parti itu tetapi akan terus menjadi anggota Pas.

“Walaupun saya yakin saya berada di pihak benar, demi menjaga nama baik, integriti dan persepsi masyarakat ke atas Pas khususnya untuk mengelakkan Pas dari turut dibabitkan dengan masalah peribadi saya, maka saya akan meletakkan kesemua jawatan saya dalam Pas berkuatkuasa serta merta,” katanya pada satu sidang akhbar di sini.

Beliau berkata surat peletakan jawatannya akan dihantar kepada Dewan Pemuda Pas Kelantan dalam masa terdekat.

Semalam, Rosli Allani diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini supaya tinggal berasingan sementara (mufarakah) dengan isteri keduanya, Ilyani Mohd Nor, 30, kerana perkahwinan mereka diragui memandangkan ia menggunakan khidmat satu sindiket di Subang, Selangor pada Disember tahun lepas.

Dalam pada itu beliau telah memaklumkan kepada Ketua Pemuda Pas Kelanatan, Abdul LatiffAbdul Rahman, berhubung hasratnya itu.

Beliau juga meminta akhbar yang menyiarkan berita mengenai masalah peribadi beliau supaya memohon maaf secara terbuka dalam tempoh tiga hari bagi mengelak tindakan undang-undang dikenakan.

Rosli Allani berkata beliau belum memutuskan sama ada mahu meneruskan kerjayanya sebagai doktor perubatan atau menceburi bidang lain

Apapun tahniah!! kerana berani berkata benar. Ini bukan ‘Fitnah yang Benar’. Ini memang benar.

14 Respons

  1. Dr. Rosli mengenali ambo dan ambo mengenali peribadi Dr. Rosli masa cerita klinik dialisis dulu. Ambo sokong benar Dr. Rosli kahwin seorang lagi, bukan nya berzina. Tak usah kisah apa orang kata, asalkan kita buat benda yang betul. Memang susah hendak lakukan perkara yang baik.

    Setelah membaca kenyataan akhbar Dr. Rosli hari ini, kesimpulan yang saya boleh buat ialah bapa mertua Dr. Rosli tak boleh nak menerima hakikat bahawa anak nya akan jadi isteri nombor dua orang, takut malu konon nya. Dia tak fikir ke anak nya dah lanjut umur sampai masuk 30 tahun. Kalau dah ada orang yang baik macam Dr. Rosli mahukan anak nya dan anak dia pun sukakan Dr. Rosli, benarkan saja perkahwinan ini, habis cerita. Ini tidak, satu dunia dah tahu pasal pak mertua tak bagi kahwin. Tak kah lagi malu. Fikir-fikirkan lah. Takkan nak suruh anak nya bercerai dan jadi janda muda !!.

    Doktor Rosli ni bukan nya calang-calang orang tapi Doktor Pakar Neurologi dan bergerak dalam gerakan Islam pula.

  2. demi menjaga imej parti dan intergriti, kepentingan peribadi bukan lagi agenda utama, tahniah atas keberanian dr.

  3. Tahniah kerana letak jawatan ……. beliau ada prinsip untuk tidak beban parti .Bukan salah bini 2 atau 3 kalau adil .Cuma trend berbini 2 atau 3 dalam PAS ini sudah masuk dalam bab nak berlumba – lumba pula .Kalau dahulu bekas ketua pemuda PAS Kelantan berbini……sampai hendak hancur dah rumahtangga dengan bini pertama bunyi kata sudah masuk mahkamah …..

    Pandangan saya pada pihak hawa lebih baik berhati – hati dengan trend ini ……Jangan kerana hendak kejar kemewahan mereka lupa ……Sebenarnya beristeri dengan pimpinan pemuda ini yang terdiri dari ustaz ini demo kena beringat banyak ……Cuba risik dengan cerita bekas kepemuda PAS Kelantan yang sohor dan glamor ,tapi hampas pun tiada………

  4. Kurang faham dengan apa yang di katakan beliau “saya di pehak yang benar.” Harap dapat penjelasan.

    Walau apa pun status perkahwinan itu jika tidak sah ia adalah tidak sah.

    Apa masalahnya? Kahwin saja semula dimana mana pejabat qadi yang sah dan jauh dari tempat beliau bermastautin.

    Tahniah saya bukan kepada Dr Rosli, tetapi kepada isteri pertama belaiu yang telah berkorban untuk kebahgian suaminya.

    Memang patut Dr Rosli meletak kan jawatannya. Biarlah dia menyelesaikan masalah peribadinya. Ramai lagi pemuda Pas yang berkalibar yang boleh mengambil tempat beliau. Bak kata pepatah yang patah kan tumbuh dan yang hilang kan berganti.

    Ariffahmi pula, jika tidak meletakkan jawatan nya ia adalah seorang yang amat HAPRAK. Isteri nya berkata dia berpendidikan tinggi, tak kanlah takut sangat tak dapat cari kerja. Bukankah orang Islam percaya bahawa rezeki itu di tangan ALLAH

  5. sama juga dgn arip…

    akan hantar surat dlm masa terdekat…

    apa2pun… kah kah kah… ini aje komen yg sebenar… kah kah kah.

  6. Kesian aku dengan Tokguru Nik Aziz. Yang dok bising sgt pasal Ariffahmi tu apa pasal. Dia kan dah serah surat resign dia semalam…kira full stoplah. Kalau anda orang PAS, toksahlah panjang2 lg cerita mcm kes PKFZ, kes engine F-5E etc. Lagi satu, tak sempat pun Arif tu buat blunder sampai rugi PMBK.

    Satu lagi, kenapa masa mesyuarat utk membuat pemilihan CEO, meeting members lain tak protest kat Tok Guru. Tok Guru bukannya jenis kuku besi masa dlm meeting mcm Mahathir. So bagitaujelah implikasinya jika menantunya jd CEO. Dia tak marah punya. Ni bila dah dilantik, berkokok pula people like kickdefella, org kuat PAS, mainstream media dsb. Ptg tadi Rozali Isohok ex-MB II zaman APU pulak suruh Tok Guru letak jawatan. Aku tak rela Tok Guru letak jawatan, sebab sepajang almost 20 yrs as MB, banyak kemajuan2 rohani dah berlaku di Kelantan.

    Orang tua tu byk pengalaman duka sepanjang 20 years. Anaknya kene ISA, bila air berkeladak di Kelantan, nak dpt pinjaman improve loji air susah dpt loan dari Federal, kene hentam personally oleh media zaman Mahathir pasal kata tuhan samseng dsb,

    Banyak derita dia sebagai MB. Semoga beliau sentiasa bersama org2 sobirin dan solehin.

  7. orang PAS kahwin dua xpela ye.Calon BN si rohaizad kahwin dua heboh satu Malaya.Puok2 mun nih..alah kokghe sedak belako.

    • Nok nikoh berapo pung oghe PAS tok maroh kalu mampu zahir & batin. Rohaizad tu sebab dia tok ngaku nikoh dua sapa tok tua bini nomor duo dia keluar statement dlm paper. Demo nok sokong Dato’ Pa, gilah sokong, tadok oghe maghoh pung.

      Buleh demo tolong kawe suruh Dato’ Pa buat satu lagi MRSM di Jeli, mcm Derih Jusoh buat di Besut, satu MRSM biasa dan satu lagi MRSM Ulul Albab. Buleh anok kawe ngaji tahfiz sains situ.

  8. Kes yang menimpa Dr. Rosli Allani dan Arfahmi adalah berbeza.

    Dr. Rosli mahkamah dah jatuhkan hukuman agar berpisah ‘mufaraqah’. kerana was-was mengenai status penikahan.
    Manakala Arifahmi pula, kes belum di bawa ke mahkamah. Tidak adil kalau kita kata Arifahmi bersalah. Kalau setakat di siasat oleh SPRM dah bersalah, Dato’ Husam musa juga pernah di soal siasat oleh SPRM. Kenapa kita tidak minta Dato’ Husam letak jawatan?

  9. Kpd rohas pasir pekan,

    Tok payoh MRSM buat universiti teghuh.Kalu bui oghe PAS masuk MRSM bahayo psal die tok se dengar ustaz depe ngajar.Die dengar tok guru dio jah.PAS isle, UMNO yahudi ngn kapir.Dok ule hok tu pade doh nok mene.heheh.

    • Universiti tu universiti jugok. Budak2 tu bila masuk MRSM, dia dengar cikgu dan ustaz dia ngajar. Hok dok lepah2 MRSM selamo ni pun tok derako ko cikgu & ustaz dia. Kawe pun kalu jupo cikgu2 kawe tok kirolah dia UMNO ko PAS ko, kawe hormat. Kawe dulu siap boleh hafal lagu “Anak Kecil Main Api, terbakar dirinya yg sepi…Akibat sengketa sesama kita, bumi dipijak milik orang…”. Cuma bila keluar Universiti pok2 ni pilih hala pahaman politik berdasarkan keserasian & rasional masing2.
      Biarlah apa hok UMNO buat, oghe PAS buleh tupe dan apa hok PAS buat UMNO pun bule tupe. Keh sedap bunyi kalu kita buleh wat gitu. Politik extereme dan tak hikmah, kawe pun tok setuju. Tapi oghe Kelate jenih pongoh belako, bila UMNO tembok, oghe PAS tokleh dok diye, nyo bedil jugoklah weh..dua2 jenis hanale nok buat guano kedio..

  10. Betul jugak tu rohas pasir pekan.Kito duk baloh kes politik merugikan orang melayu.Cuma bila jadi pembangkang yg kuat jange sapa kito raso agah.Raso tok betul belako hok oghe buat. Mmg sy akui oghe kelate ni unik.Kehidupan seharian mmg tok nampak dio tu sokong pas.Maghi pilihanraya abih BN kene lipat.Ambo pun garu palo. Walaupun ambo tok berapo nok sokong PAS tapi ambo tetap saye kelate.Keturunan xdok campur hok luar.Bakal bini pun oghe kelate. Cume lo ni lupekan politik.Naik muak pun ado tgk politik lo ni.Sume pakat jd hero ngn heroin.

  11. lihatlah nanti jatuhnya tok guru kerana anak menantu, saya tertarik dgn blog : gajahrimau.blogspot.com.

  12. Kasihan aku pada Dr. Rosli dahlah letak jawatan dalam politik yang tak bergaji tu.
    Mahkamah dah jatuhkan hukuman ‘mufaraqah’ dengan isteri mudanya
    Manakala bapa mertuanya bersama kaki pukulnya pergi kepung rumah dr. Rosli dan anaknya,
    Dr. Rosli adalah orang yang paling top sekarang ini. Berita utama dalam media negara.

    Nasib orang Husam, adakah Husam du hujung tanduk sekarang???.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: