Semenjak lantik menantu, pelbagai isu meletus …

Semenjak meletusTok Guru MB melantik menantunya jadi CEO PMBK dan isu Tok Guru Mursyidul menentang Kerajaan Perpaduan, pelbagai karenah dan isu timbul dari satu kepada satu. Isu melantik menantu menjadi kemuncaknya barangkali untuk menguji Tok Guru.

Kini timbul pula isu orang luar bertanding di Kelantan. Maka terasalah hati Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Sewaktu beliau bertanding dulu di Parlimen Kubang Kerian, beliau adalah Ketua dewan Pemuda PAS Pusat. Kenapa isu yang remeh ini ditimbulkan kembali. Sepatutnya tak payah diungkit lagi keputusan Jemaah yang lalu. Tapi kenapa? Apakah ini petanda kerajaan akan tersungkur. Bacalah di sini.

Mungkin betul telahan saya (satu masa akan diceritakan .. selepas PRU13). Pimpinan sudah jadi ‘bongkak sombong’ tak boleh ditegur lagi. Pimpinan dipengaruhi oleh anak beranak? Keputusan mesyuarat tidak dipatuhi. Keputusan diubah dari pintu dapot, kata penarikbeca. Ingat zaman Dato’ Asri dahulu, PAS ini digelar ‘Parti Asri’ Anak beranak, daripada isterinya dan juga menantu. Akhirnya pimpinan yang disanjung ketika itu jatuh jua. Semua pimpinan PAS tahu cerita ini. Harapnya Pimpinan, ahli dan penyokong dapat belajar dari kisah Allahyarham Dato’ Asri ini.

Terdahulu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, beliau bertanding di kerusi Parlimen Kubang Kerian pada pilihan raya umum lalu atas kehendak parti dan bukannya pilihan beliau sendiri.

“Saya telah diamanahkan oleh PAS Pusat untuk bertanding di kerusi berkenaan.

“Saya telah serahkan diri kepada parti dan saya hanya menerima apa sahaja keputusan pucuk pimpinan,” katanya kepada hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu PAS Kelantan yang meminta pimpinan negeri meletakkan calon tempatan bertanding di kerusi Parlimen negeri itu sekaligus menolak calon dari luar.

Salahuddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara tersebut.

“Saya rasa tak manis untuk saya ulas isu ini. Cukuplah setakat ini,” katanya.

Semalam, Setiusaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim yang dipetik daripada sebuah akhbar tempatan dilaporkan berkata, PAS negeri akan mengadakan perbincangan mengenai perkara itu selaras dengan kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, baru-baru ini, yang bersedia meneliti cadangan berkenaan.

“Sebelum ini PAS Kelantan membuat ketetapan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) mesti diisi anak tempatan dan kini tiba masanya kerusi Parlimen juga dikembalikan sepenuhnya kepada anak Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-13,” katanya.

Apapun PAS Kelantan hendaklah menilai secara objektif. Melihat KPI setiap wakil rakyatnya samada ADUN atau Parlimen bukan semata-mata isu anak tempatan atau tidak. Menilailah kepada peranannya kepada parti dan rakyat.

Antara orang luar yang bertanding di Kelantan adalah Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa (Bachok), Salahuddin (Kubang Kerian), Dr Hatta (Kuala Krai) di samping Saifuddin Nasution Ismail (Machang) atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR).


Mohd Zaki yang juga Timbalan Speaker DUN Kelantan berkata, berdasarkan pengalaman, semua Ahli Parlimen yang juga anak tempatan wajar bertanding di kawasan sendiri dalam usaha memperluaskan pengaruh PAS di negeri lain.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Md Ramli yang juga Bendahari PAS ketika dihubungi enggan memberikan sebarang ulasan berhubung perkara tersebut.

“Tiada komen, itu sahaja saya boleh kata,” ujarnya.

Antara pemimpin PAS yang kini menjadi Ahli Parlimen di Kelantan termasuk Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa (Bachok), Salahuddin (Kubang Kerian), Dr Hatta (Kuala Krai) di samping Saifuddin Nasution Ismail (Machang) atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kesemua mereka telah mengisi sebahagian daripada 14 kerusi Parlimen di Kelantan dan menang dalam pilihan raya umum lalu.

Selasa lalu, Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamad Daud, mencadangkan supaya anak Kelantan diberi keutamaan dalam pemilihan calon pada pilihan raya umum akan datang.

Mohammad dilaporkan mengambil contoh imam di masjid yang tentunya imam tempatan didahulukan sebelum mengambil imam dari luar bagi memikul tanggungjawab tersebut.

Advertisements

10 Respons

  1. Nampaknya mcm sebahagian pemimpin PAS Kelantan marah kat Nasaruddin Mat Isa. Bukannya tak suka kat Salehudin dan Dr Hatta. Tapi apa sebab Nasa ni jd kritikan hebat. Adakah kes UG lom habis lagi. Harap2 tak berlaku fraksi dalam parti, matlamat perjuangan yg kita cita2kan akan binasa. Buldatun Toyyibatun warabbul ghafur.

    • Di harap pemimpin Pas berhemah ketika berkata, jangan sebab tak sukakan satu orang balun semua yang ada. Bukan kah dengan berkata demikian akan melukakan hati calun calun yang ikhlas. Adakah jika seseorang itu orang kelantan tetapi latar belakang nya kurang memuaskan dia tetap mendahului nama calun yang bukan dari Kelantan yang punya latar belakang yang memuaskan. Kalau begitu ambil sahaja calun anak beranak dan menatu serta suku sakat. Jadikan Pas sebagai sendirian berhad.

      Sebelum menetapkan calun tentu ada garis panduan, bukan kah lebih berhemah jika ikut sajalah garis panduan itu.

      Kalau tak sukakan orang lain menjadi calun di kelantan tolong pastikan perbelanjaan pilihan raya yang di gunakan tidak langsung menggunakan sumbangan ahli negeri lain.

  2. ADA BURUK DAN ADA BAIK, KAEDAH MENENTUKAN CALON PAS DALAM SETIAP PILIHANRAYA UMUM KHUSUSNYA BAGI MENGHADAPI PRU 13.

    SAMADA CALON LUAR KELANTAN ATAU DALAM KELANTAN, TIDAK BERDOSA SEBAB TIDAK ADA DALAM KITAB. INI SEMUA IALAH STRATEGI BAGI NAK MENGHADAPI UMNO / BN NANTI.

    PAS JUGA PERLU MENUMPUKAN KEPADA KAWASAN / NEGERI YANG ADA POTENSI MENANG, SEBAB KITA YAKIN DAN PERCAYA PAKATAN RAKYAT AKAN MENGUASAI KERAJAAN MALAYSIA SELEPAS PRU 13 NANTI.

    KITA JUGA MAU PEMIMPIN YANG BERKELIBAR DI PERINGKAT DUN DI SETIAP NEGERI, AGAR KALAU KITA BENTUK KERJAAN NEGERI, KITA MEMPUNYAI BARISAN EXCO YANG MANTAP DAN MAMPU MENTADBIR SESEBUAH KERAJAAN DI SATU-SATU NEGERI.

    ATAU SEKURANG-KURANG MENJADI YB PEMBANGKANG YANG UTUH DI NEGERI YANG KITA GAGAL MENANG.

    CETUSAN INI AWAL DISEBUT, BUKAN SEKADAR PERSIAPAN CALONCALON UNTUK DI KENAL PASTI DI KELANTAN SAHAJA. TETAPI JUGA SEBAGAI PERSIAPAN DI NEGERI-NEGERI ASAL YB DARI LUAR SEKARANG, AGAR DAPAT MENUMPUKAN UNTUK MENAWAN NEGERI KELAHIRAN MEREKA.

    APA YANG PELIK NYA. KERANA PRU 13 MASIH LAMBAT LAGI LAH, BERITA INI DI WAR-WARKAN. KALAU 6 BULAN LAGI NAK PILIHANRAYA, ISU INI KITA TIDAK WAR-WARKAN.

    KITA JANGAN SEMPITKAN FIKIRAN DENGAN SUASANA YANG ADA PADA HARI INI, KITA LUASKAN FIKIRAN UNTUK MENGUASAI MALAYSIA. KITA TELAH ADAKAN KONVESYEN PAKATAN RAKYAT PADA 19 DEC 2009, DI SHAH ALAM.

    APA GUNA KITA BERKONVENSYEN JIKA, KITA MASIH BERFIKIR DI BAWAH TEMPURUNG. KEPADA PENULIS BLOG, JANGAN CEMAS DAN JANGAN RIMAS. DENGAN ISU INI. BAGI ORANG KELANTAN TIDAK ADA MASAALAH, TETAPI BAGI ORANG LUAR KELANTAN YANG MUDAH SERBA SALAH.
    TERIMA KASIH

  3. Segalanya bermula bila Ust Mat Daud Iraqi,Ketua Dewan Ulama Pas keluar syor agar PAS Kelantan kaji ‘sedekah’ kerusi untuk ditandingi calon luar.Itulah lontaran idea dari seorang ulama yang padanya cukup bernas untuk dinilai.Jangan pula ianya dituju kepada Parlimen Kubang Kerian yang lama diintai oleh ‘orang itu’.

    Ust Mat Iraqi wakil ulama konservatif dalam PAS.Golongan ini tidak pernah berubah melingkari PAS Pusat. Ruang lingkup PAS terbelit dengan puak yang anti pembaharuan. Setiap komponen parti mesti diterajui oleh ustaz yang diistilah sebagai ulama sejak sekian lama.

    TGNA terpanggil untuk memberi respon pada kenyataan Ketua Ulama negeri dengan penuh simbolik. Buah mulut TGNA mungkin setuju dengan Mat Iraq tapi seperti biasa ucapan TGNA tidak jelas ke matlamat sebenar.

    Mungkin juga TGNA kecewa dengan calon luar bergelar YB yang tidak solid berada disisinya kebelakangan ini.Sejak TGNA terpalit isu TAJAAN HAJI VVIP dan kes ‘menantu’ di PMBK,’calon luar’ semacam terkedu untuk membela TGNA.Mereka lebih ‘play safe’ saat TGNA diasak bertubi2.Macam ‘kucing lekat tulang’…

    Tentunya YB Zaki Ibrahim,S/U PAS Kelantan terkena tempias Mat Iraq. Susahnya kerja S/U bila terpaksa ‘backing’ bos sepanjang masa.Logik Zaki tak lebih dari mengungkit, seolah2 telah lama PAS Kelantan mengorbankan bakat anak tempatan demi kepentingan PAS Pusat.Tiba masanya 4 kerusi Parlimen diserah kepada calon anak negeri.

    Itulah sikap pemimpin kita kebelakangan ini.Suka mencari publisiti media dengan isu tak seberapa. Naik meluat rakyat dihidang dengan menu politik yang tiada penghujung.Inilah dilema rakyat Kelantan diajak berpolitik sepanjang masa.Makan politik,minum politik,tidur politik dan segala2nya politik.

    Perlukah kita bahas soal calon bila PRU13 entah bila tarikhnya? Patutnya tempoh yang ada digunakan oleh pimpinan untuk kesejahteraan rakyat.Banyak lagi janji Manifesto PRU12 PAS Kelantan belum laksana.Jangan buat2 lupa pada janji dulu nanti dihukum rakyat susah jadinya.

    Melaksana janji tidak semudah berjanji…langit dan bumi boleh dimanifestokan tapi butir kata pemimpin tetap disimpan kemas di memori rakyat.

    Saya setuju dengan artikel MSO Melayu iaitu sudah masanya TGNA fikir soal pengganti.Tidak molek untuk TGNA bicara siapa calon untuk PRU13.Serahkan kepada pengganti untuk tentukan kerana tanggungjawab patut diputuskan berjamaah.Sistem jamaah PAS Kelantan beri kuasa mutlak kpd TGNA memilih calon sudah ‘kondem’.PAS
    Kelantan perlu buktikan bahawa ‘syura’ bukan sekadar ‘retorik’ tapi dipraktik sepenuhnya.

    BUKAN SAYANG PADA TGNA SUDAH KEMPIS TAPI CINTAKAN PERJUANGAN PAS LEBIH DARI INDIVIDU. Pemimpin datang dan pergi silih berganti tapi perjuangan tetap diteruskan.Wafatnya Rasulullah bukan penamat ajaran Islam,matinya Ayatollah Khomeini tidak lenyapkan Revolusi Iran dan ‘hijrah’ Datok Asri tidak membenam perjuangan PAS.

    Bahana ‘absolutely power’ sebagai MB dan Pesuruhjaya Negeri sudah menjerat TGNA.Sistem Zaman Dato Asri tidak mensatukan jawatan MB dengan Pesuruhjaya negeri.Nyata lebih baik untuk ‘check n balance’ tapi berubah pada tahun 1990.Tiba masanya PAS Kelantan kembali kepada sistem asal supaya pemerintahan lebih ke arah ‘GOOD GOVERNANCE’.

    Tiada ruginya jika TGNA dikekalkan sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri tetapi jawan MB diserahkan kepada pengganti.Langkah ini merealisasikan pemisahan kuasa untuk mencegah penyalahgunaan kuasa secara luar jangka.

    Kudrat TGNA masih diperlukan untuk menyelesaikan kerja dakwah secara berterusan. Ketua Parti tentunya tidak berhadapan kekangan masa dan boleh mengisi lompang dakwah yang terbantut selama ini.Tinggalkan kerja pentadbiran untuk diuruskan oleh tenaga muda yang tentunya masih ‘fresh’ dengan idea.

    Serahkan kerusi empuk MB untuk diisi pemimpin pelapis yang bermentaliti global tetapi dikalangan orang yang beriman.Contohilah Dr Mahmood Ahmadinejad seorang Dr Pengangkutan Awam,Presiden Iran yang hebat memimpin 65 juta rakyat bersama ratusan ribu Ayatollah.

    Resipi Ahmadinejad boleh menjadi ramuan terlazat sebagai menu untuk memimpin rakyat Kelantan. Sentimen antara ulama dan professional perlu dikikis dari akal fikiran peneraju parti.Pilihlah bakal pemimpin yang punyai asas pentadbiran dan agama agar tidak mudah dipesong hanya dengan ‘sepinggan nasi tengahari’ atau ‘persidangan meja bulat’.

    Perlu juga disediakan ruang untuk TGNA berdakwah seperti Dr Mahathir yang masih aktif berceramah dalam dan luar Negara. Saya yakin bakat TGNA lebih terserlah jika disediakan sebuah platfom tanpa kekangan masa.Lontaran idea TGNA juga boleh diadaptasikan menjadi buku ilmiah untuk perbincangan ummah.

    PAS perlukan anjakan paradigma untuk lebih releven.Politik abad ini lebih kepada ‘PERSEPSI’, bukan lagi retorik membuta tuli.Pemimpin wajib ‘PEKA’ bukan ‘PEKAK’.Masalah yang timbul perlu diselesaikan dengan bijaksana bukan lagi mencari silap pihak lawan.

    Sekian.cilipadi007.blogspot.com

  4. bagi je la kat rakyat kelantan ingat tu jangan terpilih macam sorang wakil tu memang kelantan pure tapi urus family pun hampeh so macam tu ke pilihan anda wahai rakyat kelantan semua….

  5. Korban Konspirator!!
    Spekulasi penamatan perkhidmatan 2 pegawai kanan Pejabat MB seperti dilaporkan Malaysia Insider mengundang 1001 persoalan.Nampak ‘kucah’ di sekitar TGNA semakin rumit.Tindakan drastik TGNA menangani isu terkini menunjukkan kemelut dalam kerajaan dan parti semakin memuncak.

    Apakah keputusan menoktah perkhidmatan pegawai tersebut kerana kenaikan pangkat atau pertukaran biasa? Mungkin juga kerana agenda seseorang yang mengidam kerusi tersebut selama ini.

    Kita sedia maklum bahawa ramai pemimpin parti berkemampuan untuk mengisi jawatan tersebut.Bukan seorang dua malah ratusan yang layak dipilih.Macam isu pengganti CEO PMBK, ribuan yang boleh dipilih.Soalnya adilkah tindakan TGNA terhadap penyandang jawatan? Apakah kerana salahlaku @ salahlapor?

    Memang diakui kuasa mutlak TGNA melantik @ memecat sesiapapun.Kalau asyik guna kuasa veto dimana letaknya prinsip berjamaah? Di mana mandat Dewan Harian Parti.Apakah carta organisasi parti sekadar hiasan ? Praktikalnya jawatan tersebut lantikan politik tentunya perlukan pertimbangan politik untuk menanganinya.

    Persoalan pegawai tersebut ‘proksi’ si anu tidak berbangkit.Realitinya penamatan kontrak seseorang secara drastik mengundang seribu persoalan.Rupanya tempoh perkhidmatan yang lama dan efektif tidak menjamin ‘survival’ di sisi TGNA. Hubungan yang rapat tanpa pertalian darah bukan pengecualian dari ketegasan luarbiasa TGNA.

    Rakyat semakin hairan dengan tindak tanduk TGNA.Indeks KeTEGASan TGNA melonjak 120 % bila berhadapan dengan kes biasa.Namun bila terpalit dengan isu keluarga TGNA bersikap layu dan mula menyalahkan ‘third party’.

    Bila berdepan kemelut ‘menantu’ di PMBK,tindakan TGNA mula goyah dan tidak konsisten.Akhirnya jadilah ‘rambut putus2 dalam tepung basi’.Bukan lagi teori ‘tarik rambut dalam tepung’.

    Tindakan drastik menggantikan kedua2 pegawai sekaligus mengundang tandatanya??? Ianya tentu mengundang fitnah yang tidak berkesudahan.Bijakkah TGNA jika ‘perisai’ fitnah selama ini ditolak ketepi?

    Sungguh pelik tindakan TGNA.Arahan ini perlu diteliti dengan cermat jika ianya lahir dari pemikiran TGNA.Agak sukat diterima TGNA bersendirian membuat keputusan yang agak besar tanpa dipengaruhi sesiapa.’Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin’.

    Penghujung karier TGNA nampak semakin tidak konsisten dalam membuat keputusan parti dan kerajaan.Banyak persetujuan mesyuarat di pejabat berubah 360’ keesokan harinya.’Stand’ TGNA makin dipertikai terutama bila keputusan bersama diketepikan tanpa sebab.

    Semacam ada tangan2 ghaib pengaruhi TGNA kebelakangan ini.Tindakan ini makin selari dengan ‘PENASIHAT SESAT’ seperti olahan blog calon Ketua Pemuda yang tewas.Jangan pula ia bermula dari ’MEJA BULAT’ seperti blog isteri bekas CEO sebuah GLC.Amat malang kalau khilaf TGNA dapat dihidu rakyat terbanyak yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa.

    Kebijaksanaan TGNA disanjung selama ini oleh seluruh rakyat Malaysia.Kami tidak rela ‘bisa’ TGNA semakin hilang kerana dua tiga kerat manusia terdesak.Bahana dendam tanpa disedari seperti api dalam sekam.

    Kemana perginya saf kepimpinan parti? Pemuda? Muslimat ? Dewan Ulama? Apa tindakan BBC dalam isu ini? Patutnya BBC perlu ke depan membela pintu kota yang memagari 19 tahun pemerintahan TGNA dan PAS Kelantan.Jangan dibiarkan benteng kekuatan TGNA dirempuh oleh agenda parti lawan yang menyusup dari dalam.

    Semoga amalan TGNA beristikharah dahulu sebelum membuat keputusan sentiasa diamalkan .Kami yakin tindakan yang dimulai dengan Bismillah sentiasa diberkatiNya dan dijauhkan dari angkara manusia pendendam.

    Hingga saat ini saya masih percaya bahawa spekulasi penamatan ini hanya teori spekulator yang tidak akan berlaku.Jutaan maaf dari TGNA andai bicara saya ini melukakan insan yang disanjungi selama ini.

    Sekian.cilipadi007.blogspot.com

    • NA telah mengatakan kemasukan orang luar kedalam politik kelantan menyebabkan kucar kacir. Kemudian TGNA pula mengatakan akan membuat pertimbangan untuk tidak menggambil calun dari luar Kelantan di PRU akan datang. Mungkinkah dah di bincangkan oleh anak beranak dan suku sakat di meja makan? Sepatutnya TGNA berbincang dulu dengan pemimpin pemimpin tertinggiPas baru mengeluarkan kenyataan.

      Kalau inilah caranya, tak payahlah nak ambil hati dengan mengatakan bahawa bukan orang Melayu sahaja yang boleh jadi MB Kelantan. Boleh percayakah?

      Bagi kebanyakan orang Pas pula, sedikit sedikit di katakan agenda musuh, perbuatan dan kelakuan sendiri tidak di jaga. Kalau sekiranya sudah tersilap membuat perhitungan, mengaku sahaja kesilapan. Ini tidak, tolak kesilapan kesana sini macam bola. Anak pinak habis melalak melolong, tak nampak kesilapan diri. Fikir fikirkan lah

  6. Pasal calon luar…

    kenapa nak bising2, tak layakkah ore2 klate sdiri? lamo doh pas kelate bui ko ore luar jadi calon… tibo maso bui la pelue ko anok2 klate sdiri pulok. bakpo bendo ni jadi isu??

    padahal di KT hari tu, mat sabu br jadi di sebut nok dicalonkan, gege gegok set2 ganu…. bakpo kalu pas kelate buat jadi 1 salah besar pulok. Hok duk bergegenyo puok2 kelate la pulok.

    Loni ado pulok ore besar2 pas kelate di landa sindrom risau… semua duk pakat tunggu rombakan nik aziz nok buat. ha ha ha…

    Pasal CEO PMBK… 2×5, 5×2 …. samo jah perangai 2-2, arip ngan huse. adik abe.

  7. Tentang jasa TGNA tidak akan sekali kali di lupakan, tetapi haruskah kerana budi tergadai body ? Yang betul kita ucapkan terima kasih dan yang salah kita sanggah. Walau pun kita masih sayang pada TGNA, tetapi tidak wajar perkara yang tidak menguntungkan Pas kita biarkan. Kerana sayang kita kepada Pas melebehi sayang kita kepada TGNA dan sayang kita kepada Allah melebehi sayang kita kepada Pas.

  8. Kebelakangan ini banyak sangat TGNA mengeluarkan berbagai bagai pendapat, nampaknya pemimpin tertinggi lain dian sahaja kecuali seorang dua. Yang lain membisu. Itu suatu yang baik kerana tidak memanaskan lagi suasana, TETAPI………

    Semua pemimpin pemimpin tertinggi Pas, berbincanglah secara ikhlas. Ini sudah hampir menjelang tahun 2010, tak perlu lagi berkias kias dan angguk angguk sahaja jika ketua berkata sesuatu yang kurang sesuai. Tuan tuan telah di beri amanah oleh rakyat untuk mentadbirkan perjalanan party, bersuaralah. Tak mungkin satu kepala lebih hebat dari banyak kepala , lebih bayak saranan lebih bermenafaat. Tak perlu bising bising mengeluarkan pendapat di dada akhbar, tetapi keluarkan pendapat semasa berbincang.

    Jangan ikut budaya UMNO, bila ketua berucap tepok tepok tangan dan anggok anggok sahahaja sebab takut kena cantas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: