Betul ke Tok Guru sayang kat Husam?

“Mana boleh dia (Husam) letak jawatan… kita semua sayang pada dia, dia punya kebijaksanaan,” kata beliau selepas mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini petang ini.

Menteri Besar Kelantan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menamatkan spekulasi kononnya Exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa akan meletakkan jawatannya ekoran rombakan dalam pentadbiran pejabat menteri besar.

Sebaliknya Nik Aziz memberitahu, Husam yang merupakan bekas setiausaha politiknya sebenarnya pemimpin kesayangan semua orang.

Ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa Husam akan meninggalkan Kabinet kerajaan negeri dan kerusi Dewan Undangan Negeri, Nik Aziz berkata, “siapa kata dia (Husam) nak letak jawatan? Karut semua itu.”

Dimaklumkan perkara itu dilaporkan oleh blog sejak beberapa hari lalu, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan menegaskan, “celaka blog itu. Tak ada kerja lain… tau nak laga-lagakan orang.”

“Suka buat dosa. Berdosa menulis perkara bukan-bukan tanpa bukti dan fakta jelas,” tambah beliau.

Husam juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan. Malah juga diamanahkan untuk mengetuai jawatankuasa berkaitan isu pertikaian royalti minyak untuk negeri itu.

Satu sms diterima menyatakan Dato’ Husam turut hadir mesyuarat dewan Harian hari ini, tapi tak dapat dipastikan menafikan desas-desus yang beliau tidak hadir mesyuarat.

Seementara itu, SAH Dua setiausaha kanan Menteri Besar Kelantan akan meninggalkan jawatan mereka atas keputusan sendiri awal tahun depan manakala Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula menyangkal ia berkaitan dengan tekanan politik.

Kata Tok Guru Nik Aziz, setiausaha politik Anual Bakhri Haron dan setiausaha akhbar Mohd Saiba Yaakub memutuskan tidak mahu kontrak mereka diperbaharui.

Keputusan mereka tiada kaitan dengan isu kontroversi yang menyelubungi negeri Kelantan sejak kebelakangan ini, kata Tok Guru selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan di sini petang ini.

“Mereka tidak diminta letak jawatan, mereka sendiri yang meminta mahu meletakkan jawatan,” katanya yang merupakan Pesuruhjaya PAS Kelantan.

Tok Guru menerima keputusan mereka tetapi tidak menamakan pengganti hari ini.

“Ia (pengganti) akan diputuskan kemudian,” kata beliau.

6 Respons

  1. Bukan sahaja dengan Husam Musa, ahli dan penyokong PAS pun Tok Guru sayang.

  2. Betulke TGNA kata 2 org tu sukarela letak jawatan? Sy musykil takut paksarela …

    Versi sblm ni kata TGNA beri arahan letak jawatan.Ni dah jadi lain cerita.Sapa nak letak jawatan di pejabat MB?

    Lps tu pula letak jawatan serentak,takke pelik bin ajaib?Susah nak tudung bangkai gajah dgn kain semutar.

    TGNA kata sayang kat husam ni apa kes? Kalau dah sungguh sayang bagi le jawatan MB habis cerita.Biar org muda plk jaga negeri senang sikit.

    Orang muda tak ramai anak menantu,senang buat keputusan.Keluarga tak boleh pengaruhi keputusan kerajaan.

    Jgn dok sebut sayang tapi biar je anak menantu buat fitnah kpd org kita sayang.Rasanya sayang TGNA kpd husam sayang kelas 2…sayang TGNA pd keluarga sayang kelas 1

    • haaah cilipadi007 ambo sokong woh demo 300% .komen demo pedah serupo cilipadi(ladoburo) segotigoti.
      Kita jange dok atah pagar, kita sokong hok mana benar. baru buleh pahala.Kalu tok gurupun tak betul kita jange soko.Kita ambil hok betul2 joh.
      Kita pakat saye ko HUSE kelah no 1 .wi pulok dia pimpin negeri kelate,tengok cara HUSE pulok.
      Cara TGNA dah expire doh..lagipun dok pentingko keluargo Kota Jembal je,,,pah rakyat ni lagu mano?
      Ambo saye PAS.

  3. apa ko nak bandingkan sayang keluarga dgn sayang pd orang lain… apa mental sama dgn orang umno nih…

    Asik-asik kabar nak letak jawatan je nih… dah kali ke 3 tersebar… kalu betul..tgna terima aje lah perletakkan tu. Tp jgn lupa jugak anak menatu tu..kena letak skali lah… 2-2 buat serabut perut ore kelate..

    Letak jawatan dengan tamat kontrak lain cerita. Setpol 1-2 hari, su nspaper bule 2… up to mb la nok paka lagi ko dok??? doh dio sero demo tu tokleh wat paka lagi… suka hati dio lah… bendo ni remeh temeh dan mb sendiri la tahu apo prob demo2 tu…

    saye menyaye ni gak… huhuhu..sentimental dan romantis betul… berjiwa halus sgt..mudah merajuk… ahakss…

    aku ore biaso kelate ni..tgk jadi serabut… baik perambat 2-2 ore nihh… arip dgn huse… huse pun dok betul stereng doh.. kebijaksanaan??? tgna harus tahu.. beribu anok klate di luar kepimpinan kelate hok IQ tinggi2 lagik… buke IQ sajo.. EQ dan SQ pun tinggi. Tadok la nok sero hati dan merajuk gitu gini… ha ha ha

  4. aku tingalkan umno pasai aku meluat dgn kekayaan yg d kaut puak2 umno bahagian .sombong.ego suka menunjuk2 ahli2 biasa mcm aku brsentuh bahu pun depa buat dekk sja,lants aku plih pas untuk myambug kerjaya politik aku wlaupun sbagai ahli biasa.kini aku puas dpt myumbang sdikit tenaga dan buah fikiran shingga pas dpt mrampas kedah drp umno.wlaupun kwasan aku sendiri kalah tp aku brpuas hati,tp kini brbgai tohmahhan dan isu d hadapi oleh pas tp aku ttp pejam kan mata dan brkata ohhh tidak.yg pasti aku xkan brpatah balik pada umno lagi .pimpinan umno sendiri mmbuat aku brpatah arang untuk kembali kepangkuan umno.biarlah ribut mlanda taufan mmbadai aku ttp brsama PAKATAN RAKYAT.bagi aku ckup sudah selama 3kali aku mmangkah umno dlm pilihanraya mengajar aku erti politik sebenarnya.dalam umno pun brmcm2 taufan melnda ttp d kunci rapat agar berita itu x dkluarkan;aku tau sangat perihal politik umno ni;sekian.

  5. KISAH 2001 MALAM

    Alkisah dari sebuah Negeri Gerbang Bulat yang terletak di Timur Semenanjung Atas Angin.Adapun Negeri yang selalu dilanda banjir ini diperintah oleh Menteri Agong bergelar Wali Abdal dibantu Dato Menteri Tanah Adat & Lombong Garam,Dato Menteri Baitulmal & Kebesaran, Menteri Nikah Kahwin & Hutan Rimba,Menteri Syahbandar,Menteri Penghulu Bendahari Mata Sepet dan wazir-wazir.

    Adapun kehidupan rakyatnya tidaklah mewah tapi cukup makan.Ada pedagang,petani dan macam-macam.Biarpun serba kurang tapi semangat rakyatnya tinggi untuk melihat menteri Agong sentiasa perintah dari Kota DarulBulat.

    Mengikut empunya cerita Menteri Agong Wali Abdal telah berada disinggahsana hamipr 2 dekad lamanya. Makanya kelicikan Menteri Agong memimpin Parti Agama Suci dipandang penuh irihati oleh Parti Cacamerba yang hanya gigit hampas tebu mengidam nak memerintah seperti adanya.

    Musykilnya adat resam negeri menetapkan bahawa setiap 5 tahun sekali diadakan ujian untuk pilih pemimpin. Makanya berlumba-lumba pendokong kedua-dua parti beradu tenaga mengajak rakyat untuk memilih gerombolan mereka.Rakyat diajak mendengar kempen selama setengah purnama lamanya sebelum diseru untuk memilih.

    Maka itu ramailah rakyat keluar memilih tak kira hamba tuan, tua muda, miskin kaya, cacat cela ambil bahagian.Adapun setiap rakyat akan diberi sekeping kertas untuk diconteng dengan arang.Arakian pihak yang mendapat kertas conteng paling banyak akan dikira pemenang dan suku sakatnya dimasyhur sebagai penguasa.

    Sebermula hikayat kerana Menteri Agong Wali Abdal memerintah terlalu lama.Menteri-menteri yang berada disekeliling Wali Abdal mula membina suku sakat untuk tunjuk kuat jika ketuanya bersara seadanya.Maka timbullah berbagai cerita dari puak suku kaum berlainan dengan pengaruh fulus dan pangkat .

    Akibat sikap tak sedar diri Menteri dan wazir,negeri Darul Bulat tidak aman lagi.Rakyat jelata mula berseloka cerita pemerintah yang heret negeri jadi huru hara.Negeri yang dulunya haru hijau hampir menjadi haru biru.Bukan kerana kerja jahat Parti Cacamerba tapi kerana sikap juak-juak Wali Abdal yang tamak haloba tiada disanggah akan adanya.

    Alkisah menjadi hangat bila Menteri Syahbandar bermusuh dengan Menteri Baitulmal kerana silap main catur. Menteri Syahbandar berkomplot dengan Orang Kaya Mandeliar,bekas pemimpin Parti Cacamerba yang beralih angin.Adapun orang kaya Mandeliar dari kasta rendah keturunan Kain Pelikat di Benua Kling dan mafhum putar alam.,Kerja buat Orang Kaya Mandeliar berdagang hasil mahsul hutan rimba.

    Menurut empunya cerita, Asal usul Menteri Syahbandar keturunan dari cucu cicit Raja Bersiong pemerintah lagenda Langkasuka. Menteri Syahbandar suka tabiat aneh mencari laba sepanjang masa, tak seperti feel Raja Bersiong yang suka makan darah akan dia.

    Hartanya kapal di laut gedung di darat ,hatta diketahui rakyat jelata dengan feelnya suka pada mahligai besar-besar,bini ramai-ramai dan motokar macam-macam.Akan tetapi tiada ‘si anu’ yang berani mengadu tabiat jelik Menteri Syahbandar ke rumah pasong.Akan sebabnya rumah pasong dan rumah kamah itu tempat Menteri Syahbandar bercucuk tanam padi huma pada kurun sebelumnya.

    Haloba Menteri Syahbandar makin menjadi bila muafakat dengan Orang Kaya Mandeliar yang asalnya anak wayang gedek.Adapun bagi menguatkan lagi amal buruknya,dipanggil bersama seorang pria yang suka kumpul harta bergelar Dol Serbatahu adanya.

    Sesungguhnya Dol Serbatahu adalah pemuda yang munafik,bijak jual minyak unta amalnya.Asal usul keturunan Dol Serbatahu adalah dari salasilah Paduka Mamak Ceti dari negeri asalnya roti canai di Benua Hitam Legam.Datuk nenek Dol Serbatahu telah belayar ikut kapal jual minyak unta hingga singgahlah di Kampong Kerini, Daerah Barat dalam Negeri Darul Bulat.

    Sebermula akan tuahnya Dol Serbatahu bila berkahwin dengan Putri Sangka Bulan,puteri kepada Menteri Agong Wali Abdal. Kerja buat Dol Serbatahu berubah setelah dimashur sebagai menantu Wali Abdal,tidak lagi menjual minyak unta seperti adanya.

    Adapun kerana kasihnya Menteri Agong kepada menantu,Dol Serbatahu telah diperintah menjaga khazanah negeri bernama Pusat Perut Muda adanya.

    Bersambung pada episod akan datang…cilipadi007.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: