Dewan Harian jadi ‘rubber stamp’?

Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka mengumumkan rombakan Pejabat Mentri Besar Kelantan hari ini membabitkan dua pegawai kanannya.

Notis menggugurkan setiausaha akhbar dan setiausaha politik beliau sudah dikeluarkan hari ini. Ia dijangka akan diketahui secara rasmi apabila Dewan Harian Perhubungan PAS, yang akan dipengerusikan oleh Tok Guru Nik Aziz, mengadakan mesyuaratnya hari ini.

Pengganti Anual Bakri dijangka diisi oleh Zamakhshari Muhamad manakala Saiba sebagai Su Akhbar diganti Ustaz Fadli. Ini ramalan saja, jangan percaya.

Perancang utama ini semua selain daripada Nik Abduh dan keluarganya adalah Dr dan Ustaz bukannya Dewan Harian PAS Kelantan. Dewan Harian hanya bertindak ‘rubber stamp’ sahaja jika ramalan ini berlaku.

Untuk rekod, anggota Dewan Harian PAS Kelantan terdiri daripada selain Tok Guru adalah Dato’ Ahmad Yaakob, Dato Husam, Dato Nik Amar (TPJ), YB Zaki (SU), YB Anuar Tan (Bendahari), YB Mat Iraqi (Ketua Dewan UlamaK), YB Latif (Ketua Dewan Pemuda), YB Zailah (Ketua Dewan Muslimat), YB Baihaki (Ketua Penerangan), YB Fatah Haron (Pengarah JPN).

Nasib negeri ambo!

Advertisements

21 Respons

  1. negeri demo, negeri kawae jugok! penarikbeca kata husam tak akan hadir mesy dewan harian. kalu dah standard rubber stamp, attend wak ggapo. ngabihkan bogheh jaaah.

    nik abduh ni nak jjadi gapo kawae tak tahulaa. kalu betul kerja buat dia, ada kena mengena dengan takiyudin plus abe jak. tak habih2 nak mentengkedarah? kalu ada takiyudin, gerenti ada ug. ug lagi… maghoh sungguh dengan saranan tgna disiplinkan hassan ali, tghh, nasha, umno, nasha support hassan ali. 3 kkagho sebab tgna cadang muktamar khas luarbiasa.

    puak2 ug cari peluang – bakar chik kata doh, ada oghe lain boleh gati tgna ssebagai mb, halim boleh ambik tempat pj. kebencian nik abduh kepada penasihat2 ayahanda meghupokan peluang besar bagi pihak ug. ni lah apabila ‘keberuntungan’ dijadikan modal politik hok ug gila sangat…

    negeri demo negeri kawae jugok! takpo, kito sabar, insy’ Allah, ada hikmahnya. husam, sekali lagi syabas dan tahniah. demi negri kito yang kito sayang. kawae tabik spring kedemo!

    negeri kito…

  2. kito lawae TIGA penjuru – pas-ug, umno/bn, bebas. ccayola sejarah akan tercipta di negeghi kito. kerajaan bebas maa. bersama pakatan rakyat, mewakil seluruh rakyat malaysia. jjadi ni…

  3. tgna sbg mb, wakil pas asal, pas anti ug, pas pro pakatan rakyat. mapuh pas-ug, mampus umno/bn!

  4. ambo tokse terlibat dlm kalut ribut ni…mitok tulong

  5. Guano ni Wan Jo, tempayang budu dah pecah ni. Kawe baca doh blog Dato’ Husam kita, Malaysiakini pun petik dari blog Dato’ Husam. (Hok sayuti Omar tulis tok soh wak kira sebab lamo doh dia dok perli Dato’ Husam) Cuma Dato’ lambat wak tubik masaalah ni.

    Sepatutnya Tok Guru nak tukar setiausaha dia , samada setiausaha politik ke, setiausaha akhbar ko, dia kena bicang dengan Dato’ Husam dulu, sebab dato’ Husam adalah exco kanan dan bertanggung jawab dalam hal ehwal kebajikan.

    Ni pun kena kira kebajikan Anual bakri dan Ustaz Saiba ni. Lepas ni dia nak gi kijo mano pulok. Kita dok suruh Arif Fahmi berenti, lah-lah Tok Guru tukar 2 Setiausaha dia pulok dok.

    Eh dia ada kuasa ko pecat 2 orang ni???. Kuasa Tok Guru, ko kuasa sapo pecat 2 SU dia ni.??. Kawe tak jelas dalam hal-hal sebegini.

  6. MELANTIK DAN MEMECAT SETIAUSAHA KEPADA MENTERI BESAR, MEMANG TUGAS DIA, TAK PAYAH MANA-MANA PIHAK MENGESAH SEBAB TOK GURU YANG HENDAK PAKAI STAFF DIA. BUKAN HUSAM WALAUPUN HUSAM YANG BAWA MASUK ANUAL BAKRI KE PEJABAT SETPOL MB KELANTAN.

    KEPADA BUDU TEMPAYANG, KITA DUA SAMA SAJA SAMA-SAMA BUDU DAN MASING-MASING ADA TEMPAYANG. HE………….HE

  7. Korban Konspirator!!

    Spekulasi penamatan perkhidmatan 2 pegawai kanan Pejabat MB seperti dilaporkan Malaysia Insider mengundang 1001 persoalan.Nampak ‘kucah’ di sekitar TGNA semakin rumit.Tindakan drastik TGNA menangani isu terkini menunjukkan kemelut dalam kerajaan dan parti semakin memuncak.

    Apakah keputusan menoktah perkhidmatan pegawai tersebut kerana kenaikan pangkat atau pertukaran biasa? Mungkin juga kerana agenda seseorang yang mengidam kerusi tersebut selama ini.

    Kita sedia maklum bahawa ramai pemimpin parti berkemampuan untuk mengisi jawatan tersebut.Bukan seorang dua malah ratusan yang layak dipilih.Macam isu pengganti CEO PMBK, ribuan yang boleh dipilih.Soalnya adilkah tindakan TGNA terhadap penyandang jawatan? Apakah kerana salahlaku @ salahlapor?

    Memang diakui kuasa mutlak TGNA melantik @ memecat sesiapapun.Kalau asyik guna kuasa veto dimana letaknya prinsip berjamaah? Di mana mandat Dewan Harian Parti.Apakah carta organisasi parti sekadar hiasan ? Praktikalnya jawatan tersebut lantikan politik tentunya perlukan pertimbangan politik untuk menanganinya.

    Persoalan pegawai tersebut ‘proksi’ si anu tidak berbangkit.Realitinya penamatan kontrak seseorang secara drastik mengundang seribu persoalan.Rupanya tempoh perkhidmatan yang lama dan efektif tidak menjamin ‘survival’ di sisi TGNA. Hubungan yang rapat tanpa pertalian darah bukan pengecualian dari ketegasan luarbiasa TGNA.

    Rakyat semakin hairan dengan tindak tanduk TGNA.Indeks KeTEGASan TGNA melonjak 120 % bila berhadapan dengan kes biasa.Namun bila terpalit dengan isu keluarga TGNA bersikap layu dan mula menyalahkan ‘third party’.

    Bila berdepan kemelut ‘menantu’ di PMBK,tindakan TGNA mula goyah dan tidak konsisten.Akhirnya jadilah ‘rambut putus2 dalam tepung basi’.Bukan lagi teori ‘tarik rambut dalam tepung’.

    Tindakan drastik menggantikan kedua2 pegawai sekaligus mengundang tandatanya??? Ianya tentu mengundang fitnah yang tidak berkesudahan.Bijakkah TGNA jika ‘perisai’ fitnah selama ini ditolak ketepi?

    Sungguh pelik tindakan TGNA.Arahan ini perlu diteliti dengan cermat jika ianya lahir dari pemikiran TGNA.Agak sukat diterima TGNA bersendirian membuat keputusan yang agak besar tanpa dipengaruhi sesiapa.’Masakan pokok bergoyang kalau tiada angin’.

    Penghujung karier TGNA nampak semakin tidak konsisten dalam membuat keputusan parti dan kerajaan.Banyak persetujuan mesyuarat di pejabat berubah 360’ keesokan harinya.’Stand’ TGNA makin dipertikai terutama bila keputusan bersama diketepikan tanpa sebab.

    Semacam ada tangan2 ghaib pengaruhi TGNA kebelakangan ini.Tindakan ini makin selari dengan ‘PENASIHAT SESAT’ seperti olahan blog calon Ketua Pemuda yang tewas.Jangan pula ia bermula dari ’MEJA BULAT’ seperti blog isteri bekas CEO sebuah GLC.Amat malang kalau khilaf TGNA dapat dihidu rakyat terbanyak yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa.

    Kebijaksanaan TGNA disanjung selama ini oleh seluruh rakyat Malaysia.Kami tidak rela ‘bisa’ TGNA semakin hilang kerana dua tiga kerat manusia terdesak.Bahana dendam tanpa disedari seperti api dalam sekam.

    Kemana perginya saf kepimpinan parti? Pemuda? Muslimat ? Dewan Ulama? Apa tindakan BBC dalam isu ini? Patutnya BBC perlu ke depan membela pintu kota yang memagari 19 tahun pemerintahan TGNA dan PAS Kelantan.Jangan dibiarkan benteng kekuatan TGNA dirempuh oleh agenda parti lawan yang menyusup dari dalam.

    Semoga amalan TGNA beristikharah dahulu sebelum membuat keputusan sentiasa diamalkan .Kami yakin tindakan yang dimulai dengan Bismillah sentiasa diberkatiNya dan dijauhkan dari angkara manusia pendendam.

    Hingga saat ini saya masih percaya bahawa spekulasi penamatan ini hanya teori spekulator yang tidak akan berlaku.Jutaan maaf dari TGNA andai bicara saya ini melukakan insan yang disanjungi selama ini.

    Sekian.cilipadi007.blogspot.com

  8. ambo rasa tok guru macam dah hilang ” magic ” dalam memerintah.Kalau perkara membabitkan keluarga dia macam tak tahu nak buat keputusan, mana salah mana betul…………….

  9. sepatut hok awal2 tok guru pecat menantu dia hok tolol tu……..

  10. Tunggu dan lihat je la,wat nggapo sok sek ggini,tak comel..

  11. he he he…

    husam keluarkan artikel tu sbb dia ada deria raso…
    dio raso-raso lain mace jah… dia standby jah.

    hok buat kalut ribut ni sapo??? orang husam jugok…si keckdefela. kalu (main buoh kalu) dio ikut nasihat sebagaimana nasihat orang besar PAS dan juga blogger pro-husam pada anok tino nik aziz ( apa2 masalah salurkan lah melalui saluran parti) bendo ni dok jadi gege gini. tapi dia memilih untuk jadi hero. hero sri lanka – dok dapat heroin, baru lah hero mengamuk.

  12. hahahahahahahah gomo kelate gomo… mapuhlah PAS kali ni kalu dok kekoh sama sediri.TGNA cara TGNA. HUSE cara HUSE….mapoh mapoh.

    Kawe nyokong PAS hok bodo ni hok nyayonya..Boh boh pakat dok pakoh samo sediri,pah gano nak maju negeri kelate. Hok alik keluarga Tok Guru pulak pakat nak berebut jawate..keh ni pitih punya pasal la..

    PAS terus hidup bersama gelombang baru dengan saf pemimpin baru.Itulah harape puak2 bawah ni.Set Kota Jembal kita outkan dari gelanggang politik.We pulak ore baru merentah baru tahu lagumana kelate.Ke molek tu we ko Dato HUSE Pulak weh,lamo doh set Kota Jembal tuuuuuu.. Kawe sangat benci ko Nik Amalina (heroin)Nik Abduh (Hulubale)Ariffahmi(pendekar tak dok kerih)

  13. sayangilah negeri kelantan kita.marilah kita sama2 doakan agar kota yg dibina tidak runtuh dek anai2.
    apa2pun dasar ISLAM mesti ditegakkan.Muga2 TGNA mendpt petunjuk dan hidayah dlm perjuangannya.amin

  14. wei, jadi lagu ni pulak doh!

    Sah setiausaha akhbar, politik Nik Aziz berhenti

    KOTA BARU, Dis 29 — Dua setiausaha kanan Menteri Besar Kelantan sah akan meninggalkan perkhidmatan atas keputusan sendiri awal tahun depan.

    Setiausaha politik dan setiausaha akhbar Nik Aziz memutuskan tidak mahu kontrak mereka diperbaharui.
    Keputusan mereka tiada kaitan dengan isu politik negeri itu, kata Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian PAS Kelantan sebentar tadi.

    http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/47922-sah-setiausaha-akhbar-politik-nik-aziz-berhenti

  15. salam.. tiba masanya…bencana yang dialun dulu menimpa diri sendiri. Dulu Tog Guru adalah segalanya…. kini Tok Guru adalah balanya…

    Semuanya apabila tak sesuai dengan nafsu sendiri!

  16. Sah Rupa-rupanya dua-dua Setiausaha MB berhenti. Bukan di pecat. Jauh berita. Geng-geng Wan Jo ni.

    Wan Jo empunya blog ni pun kuat benar kutuk PAS, khususnya Tok Guru Hj. Hadi. Tetapi makan gaji dengan PAS. PAS bayar gaji sebagai Setiausaha Penyelarasan Parlimen. Kalau kawe kawe berenti doh.
    Ko Wan Jo tak dok batu Pe**r?

  17. punoh PAS kerana oghe PAS sdiri…………….dok baloh kekoh sama sdiri doh….pakat dok bbadi perudoh sama sdiri..ISLAM doh letak punggong…payah kalu dah nafsu mengatasi segalanya…lagu ni ko hok ISLAM nok…..kata perjuangkan ISLAM…..

  18. meme gilo lah kalu tgk ko gelagak pok2 nh mapuh la…kerajaan islam ggapo gnih punoh nga duit…tu tok pege malaysia lg xtera dop putrajaya lg hacur lebur doh…taksub nga pangkat…pakai otok gak mikir…janji nga rakyat mace2 nk jago amanah la mace2 tp. bilo rakyat wi amanah napok pitih pakat tinggal perjuangan kekoh sama sdiri…tgk la celako plg dahsyat skali Allah akan wi kalu sek2 pioh ni kalu xtobat2 lg..kt wi peluang ko sek2 ni betol dalam masa terdekat nh..kalu dok gak kita buka parti baru bowok huse masuk, ku li masuk,.ambik kerajaan kelate…puok2 kito pakat sokong…kito nk pemimpin profesional tp beriman tokse doh ore beriman tp xprofesional lambat laun iman pon cabut…ore muda ngundi nh ada dalam 1 juta lbh mari kita pakat buat kerajaaan baru…kerajaanprofesional beriman,cerdik,n amanah…bkn lg kerajaaan kecek belawop n tok tahu wat kijo…zaman lo ni kito xleh terima doh kerajaan gni ustak belawokkkk….

  19. […] mensasarkan ‘blogger celaka’ tu kepada Penarikbeca. Ada yang memasukkan jugak blog Jiwo Kelate dan Perakkite dalam senarai […]

  20. yo la tu..nik abduh blako. pecat taki nik abduh. lantik zaki nik abduh. lantik pengarah, penasihat jpn nik abduh. tutup darul anuar, nik abduh. lantik pemagku rajo pun nik abduh! mugo mun ni tuhe buleh baco blako hok ore..

    Komen;
    ai berasa ati… haha…

  21. takdok doh hok mulo duk sokong tokguru. sokong egm tokguru.. loh gi lah. kutuk bbenar tokguru hok demo pujo2 mulo. de tok belago angin nga demo.. lo gi lah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: