Huh! RM800 juta semenjak 1964 banding RM270 bilion zaman Pak Lah

Selamat Tahun Baru 2010, walaupun terlewat saya ucap juga sebab baru ‘keboh’ demam panas dua hari tak bangun. Lebih 50 panggilan masuk dan sms dalam hp tak terangkat dan tak terjawab. Harap maaf semua. Hari cuba gagah keluar rumah dan nulis sepatah dua.

Terbaca berita basi “PAS tanggung kesilapan BN “Mahkamah mengarahkan Kerajaan Negeri membayar ganti rugi kira-kira RM800 juta disebabkan kelemahan BN semasa memerintah Kelantan”.

    Media melaporkan Tok Guru salahkan BN
    Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyalahkan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negeri ini pada 1975 sebagai penyebab kerajaan negeri perlu membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan, Timbermine Sdn. Bhd.

    Beliau menyifatkan kes tersebut sebagai ‘sampah’ yang dilakukan oleh kerajaan BN ketika itu dan kerajaan Pas hari ini yang perlu membersihkannya.

    “Benda ini orang lain yang buat, sampah orang lain yang buang, kita kena sapu. Ini penyakit bagi jaga negeri kepada orang yang tidak pandai. Baca di sini

    Manakala Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa dilaporkan berkata, pada 1975, kerajaan BN telah menamatkan perjanjian dengan Timbermine sehingga menyebabkan tindakan undang-undang diambil oleh syarikat itu.

    Perjanjian di antara kerajaan negeri dengan Timbermine dibuat pada 1964 ketika pemerintahan Pas bagaimanapun pada 1975 ketika Pas menjadi parti komponen BN, kerajaan negeri ketika itu menamatkan perjanjian tersebut.

    Sebagai balasan, kerajaan negeri perlu membayar sebanyak RM3.5 juta dan hasil rundingan itu juga, kerajaan negeri bersetuju menubuhkan sebuah syarikat dengan memberi pemilikan saham sebanyak 30 peratus kepada syarikat terbabit untuk membangunkan tanah seluas 112,000 hektar di Hulu Kelantan.

Saya difahamkan satu taklimat telah diadakan Dato’ Husam kepada pimpinan PAS malam tadi Dewan Zulkifli, Pejabat PAS Kelantan. Ini satu lagi kerja yang dipikul oleh Dato’ Husam.

Ada kawan-kawan bertanya mana Dato’ TMBnya? Saya jawab “ada” mungkin dia dah serah kepada Dato’ Husam untuk ‘handel” masalah RM800 juta.

Jika ikut hukum atau tulis Sheih “Kelantan akan muflis”

Tulis sheih:

    Pemberian kawasan balak yang teramat luas pada tahun 1964 dibuat oleh Menteri Besar PAS iaitu Dato’ Ishak Lotfi. Manakala pembatalannya pula di buat oleh Menteri Besar PAS BN pada tahun 1974, ialah Dato’ Muhammad Nasir.

Ada lagi Sheih, Kerajaan Negeri Kelantan kalah bicara, tengok seketika nanti. Ini untuk nak jawab kepada pengata “Celaka blog itu”, masih rahsia!!.

Bandingkan pula dengan Cabaran Dr. Mahathir untuk dirinya dan Pak Lah disiasat, wajar disokong. Angka RM 270 billion yang disebut oleh Dr. Mahathir amat besar.

    Selama menjadi PM, jarang Dr. Mahathir boleh bersetuju dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja. Bila Dr. M berseuju, menunjukkan isu ini amat besar dan penting.

    Jika syarat Dr. M hanya satu: supaya beliau dan Abdullah kedua-dua disiasat bersama, tidak ada sebab rakyat Malaysia tidak boleh bersetuju. Bahkan syarat ini munasabah, patut dan wajar. Sekurang-kurang, Dr. M berteman.

Tulis Dato’ Husam.

8 Respons

  1. salam,
    wanjo demam ruponya .. harap cepat sembuh dan dpt terus menulis..

  2. Pasal apa tak lantik Ariffahmi untuk jawab isu ini. Diakan CEO!

  3. […] Huh! RM800 juta semenjak 1964 banding RM270 bilion zaman Pak Lah … […]

  4. Salam,

    Pelik jgk dgn pentadbiran Kelantan.Yg pertama keluar statement kes 800 juta Husam Musa…mana pergi TGNA,TMB,TPJ3 n Exco lain.Ada Exco yg dulunya praktis lawyer mulut terkunci jgk.

    Patut Husam tak payah jawab,biar gitu je.Blh rakyat Kelantan nilai IQ pemimpin.Kalau negri muflis padan muka semua.

    Kalau bab politik semua tunjuk terror,belum apa2 dah desak TGNA sebut sapa pengganti.Ada jenis dok bodek ‘dewa dlm pagar kuning’,ada jenis dok kumpul harta benda…mcm2 ada

    Kalau nak rosakkan Husam siap tubuh komplot lg,bila dah terdesak tahu plk nak minta Husam pikir…tok ayah pun sama jgk.Arini puji Husam tapi tak larang anak menantu dok serang Exco…apa ni ?

    Berlakonlah selagi mampu,

  5. bboloq molek tulih weh… kalu kecek gak supo odo riok kohok dale tekok.

  6. Semalam saya menerima SMS dari Pejabat Menteri Besar Kelantan menyatakan Dr Izani telah menghantar resume untuk perlantikan CEO di PMBK.
    Saya kurang pasti benar atau tidak SMS berkenaan tetapi kalau benarlah Dr Izani yang bakal mewarisi PMBK, ini di kira kurang wajar.

    Beberapa persoalan perlu di ambil kira sebelum perlantikan ini di buat. Pertama adakah ianya di putuskan oleh Parti atau meja bulat? Adakah Doktor perubatan mampu menjadi koperat ? Walaupun Tok Guru bersetuju perlantikan ini, adakah ianya di bawa kepada Mesyuarat Lembaga Pensihat PMBK ?

    Saya mengenali DR Izani semenjak lama dulu dan beliau seorang yang agresif. Tambahan pula kesihatannya terganggu sejak akhir-akhir ini. Oleh itu saya mohon supaya dipertimbangkan semula perlantikannya. Tambahan pula siapa nak jaga kliniknya di depan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra tuuuu….

    Carilah tokoh korporat untuk menerajui PMBK bukannya Doktor perubatan,,,

  7. Baru Erma jemput tonton drama mike dah demam. Teman doakan semoga cepat sembuh, banyakkan makan buah buahan. Kalau maseh panas mandi tengah malam dan selawat banyak banyak supaya sejuk.

  8. Herm ambo ado sor saim mtok tlg slesai kes balak jugok antara co dgn YIK…10k ekar…dgn kelulusan 1k ekar stahun utk 10 thn…. Kes ni duk jln doh dlm mahkamah… co ni klu blh nok slesai luar mahkamah…..xsir gegey n nyusoh ko Ke Neg…. Waejo……nok wak lgumano neh???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: