Wan Nik Setpol TokGuru MB

Tahniah!!! Seperti yang diramal awal, Bekas Ahli Parlimen Bachok, Wan Nik Wan Yussoff, 49, (gambar) memulakan tugas sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Isnin, menamatkan teka teki siapa yang mengambil alih jawatan itu.

Ketika ditemui di pejabat Menteri Besar, Wan Nik yang juga Setiausaha Pilihan raya PAS Pusat berkata beliau memulakan tugas dengan membantu mengendalikan Menteri Besar mengadakan sidang akhbar.

Jawatan baru disandang Wan Nik berkuatkuasa 1 Jan lepas.

Wan Nik, yang juga bekas Setiausaha Kerja Badan Perhubungan PAS Kelantan, menggantikan Annual Bakhri Haron meletak jawatan lebih awal pada 31 Dis lepas, meskipun kontraknya tamat pada Februari depan atas sebab-sebab peribadi kerana ingin menumpukkan perhatian kepada anaknya yang sedang sakit.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Saiba Yaakub, 40, yang turut meletakkan jawatan itu mengesahkan beliau akan mengosongkan pejabatnya untuk kembali bertugas sebagai pensyarah di Akademi Islam Universiti Malaya (UM) Nilam Puri, Februari depan.

Mohd Saiba berkata jawatan sebagai pensyarah lebih sesuai baginya berbanding jawatan sekarang yang disandangnya sejak 2007 lepas. — BERNAMA

Ingat Wan Nik, Jagalah molek Tok Guru tu. Tok Guru, Bila nak buang oghe notis bereti serta merta, bila nak buang anak menantu kena notis tiga bulan. Double standard eh bukan double standard, Baso dia dah TokGuru.

Bukan Anual Bakri sore jah kena berhenti serta merta (24 jam), kawe pun kena juga (bukan bawah TokGuru direct tapi kira bawah kerajaan negeri jugaklah), ambo kena tahun 1994 lagi. Memang Tok Guru ‘baso tak adil mana, bab ni. Maaf la weh, amba kata gitu. Muga ambo ada pengalaman juga. Amba tak perugi duit kerajaan Kelantan RM50 juta pun. Aaah cerita lain kalilah, member-member Bloger ajak makan pulak.

12 Respons

  1. Alos kemah tu mmakoh……demo smash buah sapo tu wanjo….ambo keno notis ko talipon yah ko ore demo…hahahahahaha

  2. Dengar dooh kemarin cuma tak cerap. Cikgu tahniah dan Selamat maju jaya saya harap bila jumpa dalam pilihanraya keci dimana2 cikgu serupa biasa ja seperti Permatang pauh,Bukit Gantang,Kuala Terengguan,Manik Urai dan lain lagi.Pegi pejabat MB hajat hendak ucap tahniah disana ,dia orang kata sudah keluar gi ko pejabat lama.

  3. kuat saing ambo sindir ko Tok guru lo ni ..guano eh? Tapi yg pastinya majoriti oghe Kelate lo ni masih sayangkan Tok Guru termasuk ambo….kekuatan PAS di Kelate kerana Tok Guru….berundurnya Tok Guru bermakna PAS Kelate akan kendur…..

  4. bab notis2 ni kawe no komeng.. apapun kpd bekas tok wokil kawe.. selamat menjalankan tugas baru..

  5. Salam,

    takdok beza sapa pun jadi setpol tok guru.Serupo jah kalu turun hak atas langit pun.

    Umor 70-80 tahun ni payoh nak ikut ore lain.baik jaga anak menantu.sakit demam anak menantu jaga kita.rakyat mari melawat 10 minit pah klik la.

    Ambo pun kalu tua malas doh…naik main dgn anak cucu jah

  6. […] Tapi saya agak kesal bila beliau menulis dalam entri bertajuk Wan Nik Setpol TokGuru MB; […]

  7. […] Tapi saya agak kesal bila beliau menulis dalam entri bertajuk Wan Nik Setpol TokGuru MB. […]

  8. […] Tapi saya agak kesal bila beliau menulis dalam entri bertajuk Wan Nik Setpol TokGuru MB; […]

  9. ” Ingat Wan Nik, Jagalah molek Tok Guru tu. Tok Guru, Bila nak buang oghe notis bereti serta merta, bila nak buang anak menantu kena notis tiga bulan. Double standard eh bukan double standard, Baso dia dah TokGuru.

    Bukan Anual Bakri sore jah kena berhenti serta merta (24 jam), kawe pun kena juga (bukan bawah TokGuru direct tapi kira bawah kerajaan negeri jugaklah), ambo kena tahun 1994 lagi. Memang Tok Guru ‘baso tak adil mana, bab ni. Maaf la weh, amba kata gitu. Muga ambo ada pengalaman juga. Amba tak perugi duit kerajaan Kelantan RM50 juta pun. Aaah cerita lain kalilah, member-member Bloger ajak makan pulak.”

    Abe jo ingat blog ni supo kecek samo kito ko ? kecek samo kito buleh la lagu ni, ni tulih lagu ni secara terbuko, buke cara ore PAS. Abe jo ni SB jugok ? Kejo Pejabat Agung, staf pejabat agung sepatutnya ada etika, tak setuju dgn gapo2 ini parti tak ajar. Biar ada adab jemaah sikit, jange derah dooh, nati jadi mace dr.rosli alani tu…

    Kalu berani, siarkan komen ana ni….

    p/s : Kita saling mengenali antara satu sama lain…jangan sampai tulisan ini diheret ke Lembaga Displin parti

    Komen: Jangan cabar saya sudah la …

  10. Sorilah, Sesiapa yang nak bantai, nak kutuk Wan Jo, Harap Buat blog sendiri …

  11. Kena bereti kerjapun mengunkit mecok, kalu lagu tu gak baik tok soh awal2 main dgn parti. Nak berkhidmat dan berjuang kerana Allah ke kerana tokoh ke kerana imbuhan yg bolih?

    Senang2 gi kerja cari rezeki kot lain la lagi baik, bolih rezeki halal pahtu tak dok la pula mula dok main cucuk jarum halus nak melemahkan perjuangan Islam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: