Kerajaan tak perlu jual Pesawat MIG29N

oleh Dato’ Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS

Saya bersetuju dengan pandangan Tun Dr M bahawa kerajaan tak perlu jual MIG29 dan beli pesawat baru. Saya sebenar memang mempunyai maklumat dan pandangan yang sama dengan Tun, tetapi saya sebenarnya sengaja simpan dulu masaalah ini untuk dibangkitkan pada sidang Parlimen bulan march 2010 akan datang. Olih kerana Tun dah bangkit persoalan ini saya terpanggil untuk menyetujui pandangan Tun.

Saya mempersoalkan kenyataan Datuk Zahid Hamidi Menteri Pertahanan yang menyatakan kerajaan belum muktamadkan lagi sama ada nak meneruskan atau tidak khidmat MIG29.sedangkan pd 28 okt 2009 baru2 ini beliua menyatakan di dewan raayat bahawa perkidmatan pesawat tempur MIG29 akan di tamat tahun depan(2010).

Tiba-tiba bila Tun menegur dan mengkritik keputusan tesebut Datuk Zahid berkata belum muktamad lagi. Ini menunjukkan kerajaan tidak ada pendirian yang jelas membuat keputusan begitu gopoh atau kenyataan Datuk Zahid sekadar nak meredakan kemarahan Tun. Bila reda dia jual semula. Hakikat mereka sedang menyembunyikan keputusan kerajan yang sememang nak jual pesawat tersebut dan beli pesawat baru, macam mereka menyembunyikan kehilangan enjin pesawat F5E selama 3 tahun baru rakyat tau mungkin dalam tempoh tersebut mereka telah berjaya menyembunyikan maklumat atau dokumen-dokumen dan juga fakta tertentu yang mungkin melibatkan keterlibatan pihak atasan TUDM dan Kementah dan ahli-ahli politik.

Kembali pada MIG29, kenapa perlu beli baru apakah tak bolih kita ‘upgrade’kan semua injin MIG 29 seperti mana kerajaan India membuat perjanjian dengan Rusia untuk ‘upgrade’kan semua MIG milik India. Perjanjian tersebut telah membenarkan Hindustan Aeroautics Pte Ltd iaitu syarikat pertahanan/penerbangan milik kerajaan India untuk mendapatkan pemindahan teknologi dalam pembikinan enjin baru MIG milik tentera udara India.

Ini bermakna India bukan sahaja dapat melanjutkan kegunaan pesawat tempur MIG mereka malah syarikat tempatan mereka mendapat teknologi baru dan juga pengalaman yang sangat berharga untuk negare India. Begitu juga kerajaan Poland yang merupakan anggota NATO yang memusuhi Rusia dan mempunyai 32 pesawat MIG29 yang dijangka dapat menggunakannya sehingga 2012-2015. Poland juga sedang mengambil langkah yang sama. Seperti mana India untuk ‘upgrade’kan pesawat MIG29 milik mereka. Begitu juga dengan Jet pengebom UK English Electric Canberra yang diguna sejak dari tahun 1950 hingga perang Teluk yang pertama setelah melalui beberapa siri uprade dilaksanakan bersesuaian dengan umur dan rolenya.

Kenapa MIG29N milik Malaysia yang belum capai usia 20 tahun tiba-tiba nak diganti dengan pesawa lain yang baru. Betullah kata Tun penjualan dan pembelian pesawat milik kerajaan mampu memberi keuntungan besar kepada orang tengah untuk kepentingan orang politik yang berkuasa seperti mana pembelian kapal selam dan pesawat Sukoi.

Malaysia perlu diselamatkan. Tahun 2009 mencatat peristiwa-peristiwa korupsi, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang memalukan dan merugikan rakyat dan negara. Saya mencadangkan perlu diwujudkan satu jawatankuasa pertahanan negara dibawah parlimen untuk meneliti perkara yang bekaitan dengan industri pertahanan termasuk soal jual beli pesawat, kapal laut/selam dan peralatan persenjataan ketenteraan.

Ini akan menjadikan setiap keputusan dibuat secara telus dan beritegriti.

Advertisements

2 Respons

  1. Konflik di Negeri Cik Siti Wan Kembang Nampak belum ada akan reda.Makin hari keadaan bertambah kusut dengan pelbagai reaksi negatif yang mencemar imej Kerajaan Pas Kelantan.Klimaks masalah masih jauh kerana hala tuju pendamai masih samar.Kiranya situasi ini dibiar berterusan maka impaknya sangat bahaya untuk masa depan politik Islam.

    Tiba masanya TGNA mengambil cuti 3 bulan untuk meredhakan konflik yang melengkari pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan.Berikan ruang untuk TGNA merehatkan minda setelah 19 tahun berhempas pulas mentadbir rakyat.Bukan sedikit onar yang terpaksa TGNA lalui selama ini,isu datang silih berganti.

    Tempoh 3 bulan boleh juga digunakan oleh TGNA untuk menghasilkan buku ilmiah seperti yang dilakukan Dr Mahathir pada tahun 1997.Beri ruang TGNA bersama anak cucu dan keluarga yang selama ini amat terasa kesibukan ayahanda mereka.

    Pentadbiran negeri bolehlah diserahkan kepada barisan pelapis yang sedia.Inilah peluang untuk menguji ketahanan dan bijak pandai pelapis menguruskan negeri sepanjang 3 bulan tanpa TGNA.Sebolehnya TGNA tidak memberi “sentuhan ajaib” langsung terhadap pentadbiran.

    Sementara ketiadaan TGNA,jawatan MB boleh dipangku oleh Ahmad Yaacob manakala lantiklah Husam Musa menjalankan tugas-tugas TMB.Urusan kerajaan tetap diteruskan dengan agenda yang telah dipersetujui bersama selama ini.Ujian 90 hari ini menentukan sejauh mana bakat kepimpinan barisan pelapis yang bakal mewarisi tampuk pemerintahan.

    Saya bukan desak TGNA berhenti tapi sekadar bercuti sementara.Tentunya ada khalayak yang tidak bersetuju tapi ada bezanya antara cuti dengan berhenti.Saya adalah yang pertama tidak bersetuju andai TGNA berhenti.Belum masanya dan kudrat TGNA masih diperlukan rakyat.
    Sepanjang tempoh 3 bulan pasti jemaah exco dapat membuat keputusan tanpa ‘malu alah’ yang berlaku selama ini.Banyak keputusan kerajaan perlu ‘technical rebound’ yang akan dapat dilaksanakan tanpa kehadiran TGNA.

    Mesyuarat Exco,Perhubungan PAS dan Dewan Harian dapat mencari keputusan terbaik tanpa batasan emosi dan penghormatan berlebihan.Bagilah peluang kepada barisan pelapis untuk melontarkan idea dengan bebas tanpa terikat dengan sesiapapun.Setiap keputusan secara ‘syura’ mesti dilaksanakan segera tanpa memilih bulu atau campurtangan mereka yang tidak berhak.

    Konsep musyawarah pasti dilaksanakan,hidupkan kembali semangat ‘syura’ yang sudah terhakis selama ini.Kalau Sayyidina Umar dapat menggantikan Panglima Perang Khalid Ibn Walid dari mengetuai perang kerana bimbang kepada taksud berlebihan ,harapnya ketiadaan TGNA juga dapat kikis sikap taksub berlebihan terhadapnya selama ini.

    Politik abad ini perlukan fakta dan persepsi,bukan lagi retorik semata-mata.Kasihanilah TGNA yang terpaksa berkorban masa dan tenaga kerana rakyat terlalu menagih retorik berlebihan darinya.

    Tidak susah untuk TGNA bercuti. 3 bulan hanya 90 hari cukup untuk merehatkan enjin minda TGNA.Harapnya selepas tempoh bercuti TGNA lebih segar dan cerdas untuk meneruskan agenda Islam dan pembangunan negeri.

    Selamat Bercuti buat TGNA semoga Kerajaan Islam Kelantan kembali berada di landasan yang betul dan kembali jernih seperti sediakala.

    Sekian.cilipadi007.blogspot.com

  2. Bila Tun dah berkata demikian nampaknya tembelang pentadbiran Najib yang suka pada komisen semakin terserlah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: