Perkataan Allah dalam Kerajaan Umno

Dalam blog Penarikbeca, Pak Bakaq tanya “Di mana Allah dalam kerajaan Umno?” Saya nak jawab ni di sini, iaitu sewaktu Dewan Rakyat memulakan sidang dengan Setiausaha mengisytiharkan “Doa”. Di bawah teks penuh perkataan “Allah” dalam kerajaan Umno. Baca:

    DOA
    Segala puji bagi Allah dibuka Majlis Dewan Rakyat, dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pengasih, kepadaNya terpulang segala puji-pujian, kepada Rasul-RasulNya selawat salam kehormatan, kepada sekalian orang yang taatkan Allah.

    Ya Allah, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Pemerintah dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk negara Malaysia.

    Ya Allah, kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Rakyat, menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan,
    yang terutama bagi negara Malaysia, bagi rakyatnya sekalian.

    Ya Allah, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu hidayatMu dipohon menyuluh memandukan, pada ketika kami berunding menimbang bertukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaran Allah, mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan
    kesejahteraan, bagi negara Malaysia, serta penduduknya sekalian.

    Ya Allah, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Tuhan seru alam sekalian.
    (Teks Doa ini hendaklah dibaca dalam Dewan —DR. 2/80)

Tersenyum pembaca-pembaca doa membaca posting ini. Atau ini Bacaan terjemahan Allah = Tuhan di bawah ini.


DOA
Segala puji bagi Tuhan dibuka Majlis DewanRakyat, dengan menyebut nama Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang Maha Pengasih, kepadaNya terpulang segala puji-pujian, kepada Rasul-RasulNya selawat salam kehormatan, kepada sekalian orang yang taatkan Tuhan.

Ya Tuhan, yang bersifat maha hikmat, limpah keadilan, yang menanggungkan kewajipan ke atas Pemerintah dan Ahli Majlis Permesyuaratan, bagi mentadbir muslihat masyarakat pergaulan, mudah-mudahan sentosa aman, makmur limpah kebahagiaan, meliputi sekalian penduduk negara Malaysia. Ya Tuhan kami sekalian hambaMu yang diperkenan menjadi Ahli Dewan Rakyat,
menyempurnakan kewajipan yang diamanahkan, yang terutama bagi negara Malaysia, bagi rakyatnya sekalian.

Ya Tuhan, berkatMu ke atas kami berhimpun dipohon anugerahkan, taufikMu hidayatMu dipohon menyuluh memandukan, pada ketika kami berunding menimbang bertukar fikiran, pada segala perkara yang dibentangkan, dengan saksama serta berkeamanahan, menjunjung perintah dan kebesaran Tuhan mudah-mudahan berlebih-lebih keamanan, kemakmuran dan
kesejahteraan, bagi negara Malaysia, serta penduduknya sekalian.

Ya Tuhan, dipohonkan doa kami diperkenan, Amin, Ya Tuhan seru alam sekalian.

Satu Respons

  1. Semua majlis kerajaan memang bagus bacaan doa, cuma doa sambil ketawa,sambil buka aurat dan sambil mengurat isteri orang,, berdoa tanpa mengambil berat adab-adab berdoa..Rasulullah tidak pernah berdoa sedemikian.. semasa persidangan sedang bersidang mereka mulalah Allah dipinggirkan, menjauhkan adab-adab bersama Allah SWT adalah perkara biasa dalam persidangan dewan.. semasa dewan berbahas, Allah tidak lagi disebut tetapi tepukkan tangan mempersendakan pihak lawan sudah menjadi amalan.
    Didalam perlembangaan Allah adalah ditempat ketiga…

    Maha Suci Engkau Ya Allah.. Jauhikanlah diriku dari bersyirik padaMu dengan SYIRIK NIAT,SYIRIK PERBUATAN DAN SYIRIK PERKATAAN yang akan membawa diriku ke jurang NerakaMu yang pedih..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: