Laporan Nombor ekor dan cuaca saja betul? Betul ke ni ..

Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) berasa terhina dengan kenyataan Exco kanan kerajaan Pas Kelantan, yang mengatakan hanya dua fakta yang betul pada akhbar iaitu nombor ekor dan laporan cuaca.

Presidennya, Norila Md Daud, berkata NUJ kecewa dengan kenyataan itu kerana akhbar sudah lama menjadi penyumbang kepada pembangunan negara terutama menyampaikan maklumat untuk rakyat tanpa mengira bangsa serta fahaman politik.

Katanya, walaupun kenyataan itu bersikap peribadi atau gurauan ketika berceramah, NUJ tetap memandang serius mengenainya kerana Exco berkenaan sanggup meletakkan akhbar di negara ini setaraf nombor ekor, selain menghina kerjaya persuratkhabaran.

    “Kenyataan Exco itu paling hina pernah dilemparkan kepada akhbar di negara ini dan sebagai penjawat awam, beliau tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan seperti itu,” katanya mengulas kenyataan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika ceramah di Kota Bharu, baru-baru ini.

    “Walaupun kenyataan itu tidak berpihak kepada parti tertentu dan hanya luahan peribadi atau sekadar jenaka, tetapi ia sudah menjejaskan reputasi dan profesionalisme wartawan serta akhbar negara ini sehingga boleh menyebabkan (wartawan dan akhbar) dipandang hina,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan dibuat Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika menyampaikan ceramah isu semasa di Kota Bharu, baru-baru ini, yang turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

    Dalam ceramah berkenaan, Mohd Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah dan Pendidikan berkata, akhbar di negara ini hanya boleh dibaca tetapi tidak boleh dipercayai kerana hanya dua saja yang tepat iaitu nombor ekor dan kaji cuaca.

SEBAB TULAH KENA HATI-HATI BUAT KENYATAAN ATAU CERAMAH. JANGAN SEDAP MULUT. SEBAB BANYAK JUGA BERITA YANG BETUL MENGENAI PAS DAN KERAJAAN PAKATAN RAKYAT DALAM MEDIA PERDANA.

Sementara itu, Presiden Persatuan Wartawan Melayu Malaysia (PWM), Datuk Yazid Othman, berkata kenyataan itu melampaui batas dunia persuratkhabaran, sekali gus menggambarkan tahap intelektualisme Exco terbabit.

Katanya, apa yang diingini pihak berkenaan ialah berita yang menyeronokkan mereka saja, seperti dilakukan akhbar pembangkang yang hanya memuatkan berita yang positif mengenai mereka.

“Orang berkenaan bercakap menggunakan kopiah, bukannya akal dan ini menunjukkan mereka tidak menggunakan intelektualisme dalam berceramah,” katanya.

Beliau berkata, akhbar berfungsi melaporkan segala perkembangan yang berlaku di negara ini serta antarabangsa dan tidak pernah dijadikan platform untuk keseronokan pihak tertentu. – Berita Harian 10 Januari 2010

Advertisements

7 Respons

  1. mungkin yg buat komen gitu suka cek no ekor kot

  2. Nik Amar nih sejak di bangku sekolah lagi minat berceramah tapi tak minat tapis bahan sebelum ceremah.

  3. Naper pula tidak betul. Saya ni memang sejak di bangku sekolah baca akbar perdana sebab guru-guru galakkan untuk tambah ilmu. Semua dari muka pertama hingga tamat di baca.Itu dahulu tetapi sejak akhbar utama di kuasa oleh saham orang2 memerintah. Akhbar perdana ini menjadi wadah proganda sahaja. Ada orang bilang akhbar perdana macam surat khabar zaman Jepun. Orang-orang kuat di NUJ tu tak usahlah nak menegak benang basah. Sedarlah anda adalah alat semata-mata. hakikat betul dan temat sekali

  4. saya tak tahu nak sokong ke tak. pada satu masa dulu saya menyertai satu pertandingan.semua akhbar perdana di jemput. esok bila kita akhbar tersebut, terasa sedih dan terasa nak hina wartawan tersebut. apalah punya kerja wartawan, gambar pun boleh tertukar, perserta thailang, dikatannya peserta johor. hampir 100% gambar tertukar… Tok Masuk sekolah kot terus jadi wartawan

  5. wan jo memang bagus, sekurang2nya akui juga peranan akhbar arus perdana. kalau nak baca krisis dalaman pas dalam harakah mana keluar kan.

  6. Gambar payung biru tanpa lambang tempohari bukan ahli NUJ yang buat kerjakah?

  7. salam..bukan nik amar yang cakap seperti itu..dia hanya memetik kata2 org laen..begini bunyinye..

    ‘sebabtulah orang2 nakal kata, yang boleh dipercayai surat kabar nii, dua shj iaitu nombo ekor dgn kajian cuaca’…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: