Majlis Assyura Persada dan Kelate.net berjaya

Semalam, Segelintir Anak-anak Kelantan yang berada di sekitar Lembah Klang telah berkumpul di rumah Bustaman (Abe Mae), di kuaters kakitangan kerajaan, Jalan Cochrane. Mereka berkumpul dan bergabung tenaga mengacau bubur assyura yang telah menjadi satu tradisi bagi masyarakat Kelantan sejak sekian lama.

Abe Bustamam (kiri) mengetuai Majlis Mengacau Bubur Assyura

Kehadiran lebih daripada 30 orang peserta dari Persaudaraan Anak Darulnaim (Persada) dan kelate.net berjaya memasak 3 kawah bubur assyura secara gotong royong. Selain diagihkan untuk para peserta, assyura yang disediakan di agihkan kepada jiran tetangga dan juga masjid yang berhampiran.

Abe Mae sebagai tuan rumah telah memainkan peranan yang amat berkesan, terutamanya dari segi penyediaan bahan-bahan mentah assyura hinggalah penyediaan makanan tengah hari yang menyelerakan untuk para hadirin.

Majlis bertambah seri apabila menerima kunjungan dari Ahli Parlimen Tumpat, YB Dato’ Kamarudin Jaffar (gambar bawah) yang sempat meluangkan masa walaupun dalam keadaan sibuk dengan program beliau sendiri.

Petugas-petugas bergambar bersama Ahli Parlimen Tumpat Dato' Kamarudin Jaffar

Majlis yang bermula dari awal pagi lagi, tamat kira-kira pada pukul 5.00 petang dengan masing-masing berpuas hati walaupun dalam keadaan penat. – crustacea

Advertisements

2 Respons

  1. terima kasih pada semua hadirin dan hadirat sekelian yg meluangkan masa dan tenaga untuk menjayakan majlis ini.. moga2 pengorbanan semua diberi ganjaran yg besar oleh Allah swt

  2. bila lagi nak buat sura ni tok?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: