Pemuda PAS Perak kutuk tindakan melempar bom api di Gereja Taiping

Pemuda PAS Perak mengutuk tindakan melempar bom api di Gereja All Saints dan Gereja Saint Louis dekat Taiping pada wal pagi tadi.

Pemuda PAS Perak minta siasatan segera di lakukan dan minta seluruh rakyat bertenang.

Lempar bom ganggu keharmonian di Perak
24 Muharram 1413
KENYATAAN MEDIA 10 JAN 2010

Berikutan dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab melemparkan bom api ke Gereja All Saints dan Gereja Saint Louis, dekat Taiping awal pagi ini, saya dengan ini mengeskan beberapa dalam beberapa kenyataan seperti berikut :-

1. Sesungguhnya saya mengecam tindakan yang tidak bertamaddun itu dan ianya bagi saya bercanggah dengan ajaran Islam dan undang-undang negara. Tidak ada mana-mana ajaran dalam Islam yang membenarkan penganutnya melakukan tindakan sedemikian kepada rumah Ibadah orang lain.

2. Tindakan pihak yang disifatkan oleh Ketua Polis Perak sebagai dilakukan oleh individu yang nakal dan tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan daripada isu yang sedang berlaku sekarang dan bukan dirancang oleh mana-mana organisasi itu adalah sesuatu yang saya rasakan boleh menggangu kehormaian hidup rakyat di Negeri Perak yang kita cintai ini.

3. Kerana itu satu siasatan yang terperinci dan menyeluruh mestilah dilakukan dengan segera oleh pihak polis bagi membawa individu yang bertanggung jawab kemuka pengadilan dan dihukum sesuai dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

4. Saya juga menyeru kepada ahli dan penyokong PAS dan pakatan Rakyat serta semua Rakyat Perak sentiasa berhati-hati dengan tindakan provokatif dan tindakan “mengguk diair keruh” dalam keadaan sekarang.

5. Sehubungan dengan itu elakan diri anda dari himpunan dan sebarang kegiatan yang boleh merenggang hubungan antara kaum . Sebaliknya perbanyakkanlah kegiatan yang boleh merapatkan hubungan antara kaum tidak mengira agama dan bangsa.

8. Saya menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada pihak polis untuk mejamin keamanan dan ketenteraman yang sedia ada di Perak terus di kekalkan. Sebarang anasir yang menganggu dan cuba mengagalkan hasrat itu adalah anasir yang mesti diambil tindakan dan dihukum dengan secepat mungkin.

KENYATAAN MEDIA/ 10 Jan 2010

YB. DRS. KHALIL IDHAM LIM
Setiausa Sekretariat
Pakatan Rakyat Perak/
Ketua Penerangan PAS Perak.

4 Respons

  1. Pas kutuk serangan bom pada gereja, saya setuju.
    Pas sokong penggunaan perkataan Allah oleh kristian, saya tak setuju. Saya ingin bertanya inikah pendirian Pas di alaf baru.

    Umno di zaman ibu saya lain, sekarang lain, itu sebab saya tak sokong UMNO. Pas juga dulu lain sekarang lain. Jika berterusan , masanya akan sampai untuk saya meninggalkan Pas.

    Isu kroni, isu rasuah telah menjenguk ka pintu Pas. Tetapi dalam Pas rasuah di istilahkan sebagai hadiah RM65,000 x $4 untuk pergi haji = Hadiah. Susah nak di percayai.

    Sekarang timbul pula isu penggunaan nama Allah, Pas gadaikan prisip demi undi. Ahli tak di beri penjelasan lanjut, marah marah seperti kami ni jahil.

    Semakin banyak saya berfikir semakin marah saya pada parti yang telah lama saya sokong. Ya Allah ( Allah Yang Maha Esa bukan God the father, the son and the holy ghost ) tenteramkanlah hati saya. Ya Aalim, Yg Maha Mengetahui, selesaikan lah perkara ini. Hanya Engkau yang Maha berkuasa. Aku yang terpaksa menjawab sendiri di akhirat tentang akidah ku, bukan pak pak Arab pseudo yang ada kat Malaysia ni yang akan menjawab bagi pehak ku. Enkau tunjuk kan lah jalan yang lurus bagi ku.

  2. Melayu , jika setakat amalan Islamnye sekadar keturunan , tak kemanapun , bila banyak perlakuan maksiat dan mungkar , akhirnya dihumban ke neraka jua…

  3. Seperkara lagi…..

    Walau apapun kita cuba rungkaikan dalil, nas, atau apa sahaja tentang penggunaan Khalimah Allah bagi saya amat mudah…….andai mahukan keamanan seperti yang kita semua wawarkan tak perlulah bangsa dan agama selain dari agama Islam cuba nak pertahankannya lagi dan kita selaku pendokong dan pembawa agama Islam tak perlulah nak huraikannya dengan panjang lebar. Just STOP IT. Itu saja mudahkan? so untuk apa nak dipanjangkan.

    Dengan jelas bangsa dan agama lain harus beringat jangan mahu timbulkan apa-apa sentimen lagi. Maaf cakap kekadang yang tak ada rasa hormat dan kurang ajar nie kita kena ajar dengan tidak ada rasa hormat dan kurang ajar juga nak tahu kenapa? Selama nie kita dah berpesan dan dah peringatkan pun supaya jangan mainkan apa-apa sentimen jadi saya nak tanya, Mereka dengar ke segala pesanan dan nasihat lembut kita selama nie. Yang nyata tidak pun…apatah lagi nak minta maaf. So tak payahlah orang kita dan kita semua nak cuba explain apa-apa lagi. Just simple and easy…..STOP IT. Put some respec to other people Race & Religion. Atau kalau berdegil bermakna anda sanggup terima segala padahnya??????????????

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: