Tok Guru melawat Gereja terbakar

i. Kenduri Kahwin
Hari ini jadual sedikit sibuk … kadang-kadang buat-buat sibuk. Selepas mesyuarat PAS Pusat, saya turut mengiringi Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Abdul Hadi Awang bersama Naib Presiden, Dato’ Mahfuz Omar menghadiri majlis perkahwinan dua anak Pesuruhjaya PAS Melaka di rumahnya di Bandar Tun Razak secara serentak.

ii. Lawatan Tok Guru ke Gereja terbakar
Tiba-tiba terima panggilan supaya menguruskan lawatan Mursyidul Am PAS melawat Gereja-gereja yang dibakar oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Tok Guru sedia melawat serentak dua Gereja tersebut. Satunya Gereja di Metro Tabernacle Church di Desa Melawati, Wangsa Maju dan satu lagi di Gereja St Xavier Church Road, Jalan Gasing, Petaling Jaya.

Foto diceduk dari MalaysiaInsider

“Jo, tolong uruskan lawatan Tok Guru ke Gereja terbakar tu, ……..

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan YDP PAS Gombak bersama Wakil Gereja di Desa Melawati menunggu ketibaan Tok Guru Nik Aziz

Di Desa Melawati, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli dan YDP PAS Gombak, sedia menunggu (sempat merakam gambar) manakala di Jalan Gasing, Dato’ Husam dan Ahli Parlimen Kuala Selangor menunggu bersama Father Simon.
Cuba uruslah juga dengan memanggil (sms) kepada media untuk buat liputan kerana saya dah ada komitmen lain dengan anak. Media ada yang pergi ke Gereja di PJ tetapi tak sempat buat apa-apa kerana upacara di Gereja sudah berjalan. Harap maklum.

Gambar akan menyusul, jika petugas hantar la!!! Almaklumlah dua-dua tempat Tok Guru pergi, saya sendiripun tak tahu nak pergi yang mana satu.

Advertisements

2 Respons

  1. Asallamualaikum………..dah lama jugak nie Berkecuali tak berkumandang.

    Banyak perkara terjadi….anak bunuh bapa, bapa mertua kawin menantu, ibu simbah asid pada anak dan seribu satu hal lagi. Ya Allah dengan berkat mu kau lindungilah kami semua. Amin.

    Tapi seperkara Berkecuali nak sebut kat sini yalah satu kes tentang penggunaan Khalimah Allah. Sapa yang tak tahu atau tak berapa nak sedar isu nie merupakan isu yang amat sensitif…..??????

    Rasanya semua tahu isu Bangsa, Adat, Keturunan, Makanan Halal apatah lagi isu Agama merupakan isu yang paling kalau boleh jangan semua orang sentuh. Alhamdulillah sebenarnya bangsa Melayu atau kaum beragama Islam masih lagi tinggi kesabarannya. Kalau tak tah la rasanya kita nie akan ada sejarah berulang mcm 13 Mei atau terjadi seperti peristiwa seperti di Ambon. Tapi terfikirkah kita Bangsa dan Agama selain Islam punya rasa hormat walau secebis pun tentang perkara sensitif ini. Kalau tidak masakan mereka berani bermain api? Maknanya mereka telah lupa sejarah, telah lupa rasa hormat, telah lupa akan segala wawasan kerajaan untuk menyatukan semua baik Bangsa atau Agama dinegara ini. Kenapa kita semua perlu melatah maksudnya, kenapa kita perlu ada rasa hormat pada Agama Kristian? Sedangkan mereka, adakah punya rasa hormat terhadap Agama kita? Amat mudah!!!!! berbilion nama yang boleh diguna pakai tetapi kenapa memilih perkataan Allah? Padahal semua tahu secara fizikalnya Allah hanya layak untuk agama apa? Jadi bila umat Islam melatah baru semua bangsa dan agama yang sewaktu dengannya (selain yang beragama Islam) mula goyang padahal saya nak tanya siapa yang mulakan bancuhan api? Kira anda semua bernasib baik, baik parti pemerintah atau parti pembangkang yang lain terutama Pas masih ada sifat pemurah, sifat mahu bermuysawarah, sifat mahu ambil berat, sifat mahu bersimpati dan sejuta sifat lagi kalau tak……………….lu orang fikirla sendiri.

    Saya sokong Sultan Selangor dengan tegasnya terus matikan ayat. ‘Jangan gunakan Khalimah Allah atas bukan urusan untuk kaum Islam sahaja’. Pendek kata jangan mainkan sentimen Agama………….ada faham?
    Keputusan mahkamah jangan la kita amik kira….itu bukan keputusan yang kita semua ingini…betul tak. So buang aja keputusan mahkamah tu ke longkang kalau kita semua nak menegakkan kebenaran. Dan jangan kita terlalu menyalahkan Bangsa dan mereka yang beragama Islam kerana apa yang terjadi sekarang ada asasnya….saya nak tanya ada ke gereja dibakar sebelum nie kalau masyarakat Kristian tak petik masyarakat Islam?……jawabla!!!!!! Pak Najib saya nak tanya mana ketegasan kita semua…..takkanlah dah lupa semangat kita pada tahun 1988-1989 dulu!!!! Pak Anuar mesti ingatkan!!!! bukan apa sesekali kena bagi ingat gak, kena cubit gak mereka yang lama diulit mimpi nie, terutama generasi baru bagi kaum dan agama lain kat negara nie.

    So Berkecuali nak ingatkan pada Bangsa dan Kaum yang bukan Islam jangan sekali melatah apabila melihat kami semua kaum Islam melatah sebab yang mulakan latah adalah anda sendiri. Ingat sejarah tak pernah luput dek Zaman cuma manusia saja yang mudah lupakan sejarah. Kalau nak aman buat cara nak hidup aman…jangan kecoh-kecoh aaaaaaaaaaa………….

    Allah Huakhbar Allah Maha Besar

    • salam sejahtra…………kalau korang nak tau……nma ALLAH dalam agama kristian sememangnya ada dalam alkitab kristian semenjak alkitab kristian wujud….aku nak tanya engkau???dah bpa lama dah agama kristian wujud???kenapa persoalan pasal nama ALLAH nie ,baru skarang timbul??lpas tu plak ..3 gereja terbakar selepas isu nie timbul…..ape kehe nie yob????kalau ngkau nak ungkit pasal agama2 lain kat negara nie…baik ngkau pikir masak2 bai….brapa byk lg agama slain dari islam kat negara nie ..lu pkir la!!!…kta org slain dari islam nie mmg nak hidup aman….tp org yg mcm ngkau nie lah yg tak suruh ktaorg ddk aman….ngkau suruh org jangan buat kecoh….tapi ngkau tu yg menimbulkan kekecohan…..blah la ngau!!!!!!!!!!!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: