Umno Gelabah bila dibicara di Mahkamah Rakyat

Saya terkejut dengan kenyataan YAB Perdana Menteri yang berkaitan isu pengeboman dan pembakaran gereja yang bertajuk ‘JANGAN MENUDING JARI PADA UMNO’ seperti yang disiarkan oleh kebanyakan akhbar hari ini.

Saya menyifatkan kenyataan tersebut menggambarkan betapa Perdana Menteri menyedari bahawa UMNO / BN sedang dibicarakan oleh Mahkamah rakyat dan meletakkan parti dan pimpinan UMNO di kandang orang salah. Perbicaraan di mahkamah rakyat mengambarkan UMNO sudah tidak mendapat kepercayaan rakyat lagi.

Kepada Perdana Menteri ingin saya nyatakan bahawa rakyat menuding jari pada UMNO dan pemimpinnya adalah berasaskan perangai pemimpin UMNO yang rasis. Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak mungkin mudah lupa pepatah Melayu yg berbunyi ‘siapa yang menanam dia lah yang menuai hasilnya. Kini UMNO sedang menerima akibatnya.

Datu Seri Najib perlu imbas kembali pada peristiwa 22 tahun lalu yang melibatkan beliau sendiri sehingga mencetuskan ketegangan kaum dan membawa kepada penyalahgunaan ISA (ops lalang) keatas pemimpin pembangkang dan NGO yang di mangsakan oleh politik jahat UMNO, peristiwa mencium keris oleh bekas Ketua Pemuda UMNO(Datuk Seri Hishammudin Hussien) dengan sentimen perkauman, peristiwa serangan induvidu pemuda UMNO ke atas YB Karpal Singh di Parlimen, peristiwa pijak kepala lembu dan yang terbaru provokasi isu penggunaan kalimah Allah untuk majalah Herald di mana kenyataan Perdana Menteri dan Datuk Hishammudin seolah-oleh menggalakkan tindakkan tersebut.

Saya merujuk kepada kenyataan dari peristiwa-peristiwa ini dan mempertikaikan keikhlasan UMNO dalam menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah.

UMNO ingat dia boleh gunakan isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian untuk tujuan politik murahan. Tapi jelas senjata makan tuan, rakyat tidak lagi mempercayaai UMNO. Inilah petanda UMNO / BN telah kehabisan dan kehilangan hak untuk memerintah negara.

Saya mengajak rakyat berbilang kaum dan agama untuk sama-sama PAS khususnya dan Pakatan Rakyat amnya berjuang untuk memuziumkan UMNO / BN dalam PRU ke-13 nanti. Kepada parti-parti kompenan BN saya mengajak mereka menyingkir UMNO dari BN atau mereka meninggalkan BN untuk bersama PR membawa wajah baru politik Malaysia.

DATO’ HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: