Dana Kewangan bantu Rumah Jagaan Anak Kurang Upaya diperlukan

Pagi ini, Dua Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub melakukan lawatan ke Rumah Persatuan Sokongan Ibu Anak Kurang Upaya ‘AZWAR’ (PSIAKU AZWAR) di No. 14, Jalan Batu Muda 10, Taman Batu Muda, 68100 Batu Caves Selangor.

Dua Naib Presiden PAS disambut Yang Dipertua PSIAKU AZWAR, Puan Shaarah binti Othman (duduk bertudung putih)

Kebetulan pula TV3 mengadakan Program Aduan Rakyat yang sedang mewawancara Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Wilayah Persekuan, Puan Normah. Difahamkan TV3 akan menyiarkan mengenai kesah ini dalam rancangan Aduan Rakyat pada 13 Januari 2010 jam 9.00 malam.

Persatuan Sokongan Ibu Anak Kurang Upaya ‘AZWAR’ (PSIAKU AZWAR) adalah sebuah persatuan yang pertama dalam Malaysia memberi perkhidmatan kepada golongan anak kurang upaya kritikal terlantar (AKUKT) yang terdiri daripada anak-anak istimewa.

Yang Dipertuanya, Puan Shaarah binti Othman merayu orangramai membantu dengan memberi sumbangan berbentuk kewangan, tajaan peralatan kerana persatuan baru sahaja mendapat sebuah rumah untuk dijadikan “Rumah Jagaan dan Perlindungan khususnya anak AKUKT” seperti di alamat diatas.

“Sebarang bantuan dalam bentuk kewangan kepada persatuan boleh di sampaikan kepada kami atas nama PSIAKU AZWAR, MAYBANK akaun no. 5644 7240 1056 atau datang sendiri ke No. 14, Jalan Batu Muda 10, Taman Batu Muda, 68100 Batu Caves, Selangor”, kata Puan Shaara.

Kata Puan Shaarah, Buat masa ini Rumah perlindungan ini bertumpu di Kuala Lumpur kerana ia berhampiran dengan Wad Kanak-Kanak Pediatrik HKL.

Kedua-dua Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz dan Salahuddin turut menyampaikan derma peribadi kepada persatuan dan menyeru supaya GLC dan orangramai turut tampil membantu Persatuan ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: