Juara Rakyat salahguna Wang Rakyat

Datuk Seri Mohd Najib Razak telah melancarkan program UMNO juara raKyat. Program ini adalah merupakan usaha UMNO yang terdesak untuk mengembalikan keyakinan dan sokongan rakyat pada UMNO. Seperti kata Datuk Seri Najib, UMNO sudah insaf atas segala kesilapan masa lalu selepas keputusan PRU 12 2008.

Yang menghairankan saya kenapa mesti UMNO juara rakyat. Bukankah UMNO bersama BN memerintah Malaysia. Tidakkah UMNO sedar yang ditolak oleh rakyat ialah Kerajaan BN. Nampaknya UMNO hanya hendak rakyat melihat UMNO saja yang juara rakyat dan bukannya BN. Atau UMNO memang sedar faktor penolakkan rakyat terhadap BN adalah kerana UMNO yang sudah di lihat terlalu jijik oleh rakyat. Mungkin ini lah jawapannya sehingga UMNO terpaksa bertungkus lumus untuk menampakkan yang UMNO lah juara rakyat.

Saya tak kisah kalau UMNO hendak mengajak rakyat bahawa mereka juara rakyat, itu hak mereka sebagai parti politik. Memang semua partik politik berusaha untuk mendapat sokongan dan dokongan rakyat. Persoalannya ialah kalau UMNO hendak mengaku yang mereka juara rakyat, adakah program dan projek yang mereka buat dalam kempen UMNO juara rakyat menggunakan wang, tenaga, kepakaran dan lainnya dari UMNO sendiri.

Datuk Seri Najib mengumumkan peruntukkan RM15.6 juta untuk membaiki bumbung Pangsapuri Sentosa, ada kah ini duit dari tabung UMNO atau duit Negara yang merupakan duit rakyat. Kenapakah projek ini di letakkan pemantauannya di bawah ICU Jabatan Perdana Menteri (JPM). Adakah gaji pegawai-pegawai ICU untuk projek ini dibayar oleh UMNO. Begitu juga dengan program dan projek-projek lain apakah mereka tidak membabitkan wang Negara dan jentera kerajaan.

UMNO kena jelaskan kepada rakyat bahawa semuanya projek dan program yang UMNO buat dalam siri kempen UMNO juara raayat adalah menggunakan wang, kepakaran dan jentera UMNO sendiri. Baru lah boleh UMNO medabik dada kata mereka juara rakyat. Kalau tidak mereka hanya jadi juara menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan politik UMNO yang kian pudar dan mulai pupus.

DATO’ HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS

Advertisements

Satu Respons

  1. Memang setuju UMNO salah guna wang rakyat, rakyat patut membantah perkara ini.

    Pas juga patut siasat, adakah RM 65 x 4 merupakan hadiah atau percubaan untuk merasuah.

    Penggambilan anak menantu adakah amalan kroni atau amalan biasa.

    Kepada kebanyakan pemimpin Pas, jangan lah hanya duduk di atas stage dan angguk angguk dan tepuk tangan bila mereka yang kedudukan nya tinggi dari kita berhujah. Gunakan akal fikiran dan berhujahlah bila ada yang tak kena.

    Kepada saudara Mahfuz, anda bukan lah di antara mereka yang saya maksudkan di atas. Syabas kerana bersuara atas perkara yang tak benar biarpun di pehak kawan atau lawan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: