Ku Li sertai ceramah royalti minyak pada 28 Jan 2010

Ahli Parlimen Gua Musang YBM Tengku Razaleigh Hamzah mengesahkan akan menyertai siri tuntutan royalti minyak bermula 28 Januari ini.

Beliau dijadualkan berbuat demikian dalam program ceramah perdana anjuran Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) di Dewan Utama, Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini.

Pengerusi Gegar, Dr Abdul Halim Yusof dipetik berkata pihaknya sudah mendapatkan persetujuan rasmi daripada bekas Pengerusi Petronas tersebut.

“YBM akan ditemani di atas pentas oleh Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaysa (UM) Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah yang akan bertindak sebagai Pengerusi Majlis,” kata Dr Halim.

Menurutnya lagi ceramah perdana tersebut dianjurkan tanpa campurtangan mana-mana parti politik.

Sementara itu, Perdana Menteri dalam jawapannya kepada Ahli Parlimen Kubang Kerian pada sidang Dewan Rakyat mengumumkan pemberian wang ihsan mulai tahun ini bagi pengeluaran petroleum di luar perairan negeri ini.

Dalam jawapannya itu, Datuk Seri Najib berkata, pada masa ini hanya terdapat sebuah medan petroleum yang mengeluarkan hasil di Kelantan iaitu medan Bumi Selatan dalam Blok PM301.

Bagaimanapun, Kerajaan Negeri dilaporkan menolak kaedah pembayaran secara wang ihsan dan mahu terus menuntut royalti minyak berjumlah hampir RM2 bilion sejak operasi cari gali bermula 2005.

Oleh itu orangramai dijemput untuk mendengar sendiri penjelasan dari Bekas Pengerusi Petronas mengenai royalti petroleum mengikut Akta pembangunan Petroleum 1974.

Advertisements

2 Respons

  1. ambo tak nak nak jatuh mana2 pihak ..sebab apo yg nak kato akan di catit oleh malikat..jadi dgn ringkas ambo nak kato..baru2 nie tepapang di tv ..satu ketika dulu mu kato negeri east kos tak ado hak untot dapet royalti minyak..skrg kou kato berhak menenuntut…kou api2kan nyo..berio2 nak ..nak tompang sekaki kot..musim kemaru nie kot..di sini den raso mu dah nyanyok..tunggu maso panggilan illahi…dulu den jago …mat pachak..kat menara bumi…..lobby.. mu turun 2-3 tigo pagi..muko merah padam..(((faham2 ajo lah-kalo muko merah berkilat tuo hah)))….kisah den..den pun macei tu dulu …maso mudo2 ado jugak tala macam tu…tapi senapang den togak ..nak nak ajo… tahan lamo lak tu….tak suko lah den nak nenyok aski2 ajo…den pun bab)))….pintu cermin terbukak luas..mu maseh tanyo pintu mano..mano…maso nak keluor…jadi den raso u skrg nie mu bertakwo pado allah ajo ..lah..jangan nak jadi hero..nongak bonang basah ..ajoo wallahuallam…manbai

  2. dapat ape..adek aku penyokong kuat ..bila merana sampei sekarang..patah kaki masa pasang bendera de sentul pasar..tak dapak apo2 ..kalau lain2 parti tu dah pasti disimpati..—jgn kou padam tulisan ni..aku sumpah kou ..dgn nama Allah..drp menutup kebenaran..–Amin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: