SURAT TERBUKA UNTUK YAB TUAN GURU MENTERI BESAR KELANTAN.

Oleh Cilipadi007, cilipadi007@gmail.com (10 Januari 2010)

Firman Allah bermaksud “ Dijadikan kepada manusia perhiasan, cintakan nafsu syahwat daripada perempuan2 dan anak-anak….hingga akhir ayat “

Bersyukur ke Hadrat Allah swt kerana Rakyat Kelantan dikurniakan seorang Pemimpin yang beriman sebagai Mursyidul Am dan Menteri Besar untuk memimpin kami ke jalan yang diredhai dunia dan akhirat.Alhamdulillah berkat usaha dakwah TGNA selama ini kami yakin bahawa Islam itu selayaknya memerintah Dunia agar kita semua tidak alpa dalam kesesatan.

Sebagai manusia sudah tentunya kita tidak dapat lari dari kesalahan dan kesilapan.Justeru TGNA mengajar kami agar sentiasa bermuhasabah dengan apa yang kita lakukan setiap hari supaya rahmat Allah sentiasa melingkungi kehidupan kita seharian.

TGNA yang dirahmati Allah,

TGNA mengajar kita tentang beberapa kisah zaman Nabi terdahulu untuk renungan bersama agar kita dapat mengambil pengajaran yang baik sebagai bekal ke akhirat.Jauhilah apa yang telah diuji terhadap Syeikh Barshisha dan Syeikh Bal Am yang tewas dengan pujuk rayu syaitan laknatullah.Kerana kasih sayang berlebihan terhadap anak isteri menyebabkan syaitan punyai ruang untuk menyesatkan hamba Allah yang tidak tertanding amalannya seperti kedua-dua Syeikh di atas.

Saya mohon maaf dunia akhirat andainya tutur kata ini mengguris hati TGNA. Biar apapun anggapan TGNA terhadap saya,sebagai rakyat kecil saya rasa terpanggil untuk menyuarakan apa yang terbuku di hati rakyat Kelantan.Biarpun begitu saya prinsip wala’ kepada pemimpin tetap menjadi pegangan saya.Andai Sayyidina Ali menerima teguran seorang kanak-kanak,apa salahnya saya sebagai rakyat Kelantan menegur untuk kebaikan.”BERILAH PERINGATAN,SESUNGGUHNYA PERINGATAN ITU MEMBERI MENAFAAT KEPADA ORANG YANG BERIMAN”

TGNA yang dikasihi Allah,

Merenung sejenak saat-saat manis PAS Berjaya memerintah Negeri Kelantan pada tahun 1990,sungguh manis kejayaan yang dicapai pejuang agama setelah berjuang penuh onak duri.Bersama kemenangan kita semua menerima ujian pertama pada tahun 1993 iaitu berkenaan pampasan Empangan Pergau. Setelah beberapa kali rundingan,Kerajaan Pusat masih mendera PAS Kelantan,pelbagai alas an untuk melengah-lengahkan pembayaran,nilai yang semakin mengecil dll.

TGNA menyeru rakyat Kelantan untuk solat hajat beramai-ramai di Kem Kijang PCB.Kami membulatkan hati menyokong usaha itu dan ribuan rakyat Kelantan bermunajat memohon pertolongan Allah…Alhamdulillah Kerajaan Pusat segera membayar lebih dari yang diminta oleh TGNA.Bila rakyat dizalimi,Percayalah “PERTOLONGAN DARI ALLAH ITU DEKAT DAN BERGEMBIRALAH ORANG-ORANG YANG BERIMAN “.

Selang beberapa purnama,ujian Allah dating lagi kepada rakyat Kelantan.Isu Kelantan Water menindas rakyat pula mengambil giliran untuk memusnahkan Kerajaan Islam Kelantan.TGNA dan pimpinan membuat ‘road-show’ memberi penerangan untuk mendapatkan sokongan rakyat.Alhamdulillah rakyat Kelantan member sokongan sepenuh hati dengan rela rebah bangun bersama TGNA. Kerana kejujuran TGNA maka kerajaan Kelantan Berjaya menyelesaikan masalah Kelantan Water untuk keuntungan jangka panjang rakyat Kelantan.

Tahun 1996 Kerajaan Pas Kelantan bergolak kerana isu Parti S46.Jalan penyelesaian agak kritikal kerana Ku Li Berjaya mengheret institusi istana bersamanya.TGNA berdepan masalah besar bila hubungannya dengan istana nampak dingin.

Dalam satu ceramah TGNA berkata “ Ambo tak leh nak ok ( sabar ) dah bila orang dok meniti atas serban kita, ambo pun baka raja jugak…raja jembal”…Allahuakbar ! Allahuakbar! Allahuakbar ! Bertakbir rakyat Kelantan ke hadrat Allah tanda member sokongan padu kepada TGNA.Alhamdulillah hati pihak istana menjadi sejuk dan TGNA diterima seperti biasa oleh istana yang pernah berjaya bila berkonfrantasi dengan MB BN ( Tan Sri Mohamad Yaacob ).

TGNA yang disayangi Allah,

Kem Kijang, Padang Perdana dan Stadium Sultan Mohammad menjadi saksi sujudnya rakyat Kelantan bermunajat memohon pertolongan Allah atas kezaliman oleh musuh.Adakalanya diimamkan oleh Hj Abdullah Lubok Tapah,Haji Hashim Pasir Tumboh dan TGNA sendiri. Bersatunya rakyat Kelantan bila diseru oleh TGNA untuk bermunajat biar susahnya untuk bangun pukul 4.00 pagi,datang dari seluruh pelusuk negeri Kelantan tanpa sebarang ganjaran untuk mempertahankan TGNA.

Bila keputusan PRU11 diumumkan,kami berdebar kerana kita membentuk kerajaan dengan majoriti mudah,segala kemenangan besar sebelum ini telah lenyap sekelip mata.Heboh 1 Kelantan dengan cerita pihak lawan cuba merasuah wakil rakyat kita untuk berpaling tadah.

Dalam kekusutan yang pedih TGNA menyeru rakyat Kelantan bermunajat di Padang Perdana mohon Allah pelihara Kerajaan Islam Kelantan biarpun berbekal 1 kerusi setelah kekalahan Pilihanraya Kecil Pengkalan Pasir tahun 2005.Allah makbulkan doa kita semua dan Kerajaan Islam Kelantan kekal sehingga PRU12 tahun 2008.

Malam sebelum PRU 12 tahun 2008 sekali lagi TGNA menyeru rakyat bermunajat dan kali ini di stadium Sultan Muhamad yang menyaksikan puluhan ribu rakyat yang cintakan Islam hadir.Hujan renyai-renyai mengiringi tangisan TGNA yang penuh syahdu didengari oleh malaikat dilangit.Alhamdulillah pertolongan dari Allah memberi kita kemenangan yang terlalu besar dan jauh dari jangkaan pihak musuh.

TGNA yang diberkati Allah,

Kami terkedu bila mendengar berita TGNA diserang sakit jantung dan mendapat rawatan di Hospital Pakar Perdana.Rakyat Kelantan menjadi tak keruan mengenang kesakitan pemimpin tercinta.Berduyun-duyun rakyat berkumpul di Pakar Perdana untuk mendapat pengesahan penyakit TGNA.Tika itu saya memohon ke hadrat Allah agar jangan diambil nyawa TGNA,ambillah nyawaku sebagai ganti agar TGNA dapat hidup untuk meneruskan kerja-kerja dakwah.Kehidupanku tidak member faedah kepada manusia lain sedangkan TGNA hidup untuk menyinari masyarakat umum.Syukur TGNA dipanjangkan umur dan sihat seperti sekarang.

TGNA yang bijaksana,

Kebelakangan ini tersebar pelbagai cerita yang kurang elok tentang pentadbiran kerajaan Islam Kelantan.Kurniaan Allah memberi kemenangan besar PRU12 nyata satu ujian besar untuk melekakan pimpinan.Sesungguhnya telah berlaku beberapa perubahan yang nyata tidak direstui rakyat Kelantan

Kami yakin dan percaya bahawa TGNA akan membuat satu keputusan yang penuh bijaksana demi rakyat dan PAS yang disayangi.Pertembungan nilai kasih sayang antara keluarga dan rakyat adalah satu dilema yang berat mata memandang,berat lagi bahu memikul.Alhamdulillah berbekal kejujuran,keikhlasan dan semangat sayangkan jemaah yang jitu memberi kekuatan kepada TGNA membuat “executive decision “.Percayalah apa jua keputusan TGNA adalah demi rakyat dan parti yang memberi sokongan kepada beliau selama ini.

Dengan penuh tanggungjawab TGNA mengumumkan perletakan jawatan Abd Ariffahmi Abd Rahman sebagai CEO PMBK.Sungguh pilu dan sedih melihat keberatan TGNA membuat keputusan itu tetapi demi kebaikan rakyat dan PAS terpaksa TGNA lakukan.Nyata kepentingan rakyat mendahului keluarga tetap menjadi pegangan TGNA.Jiwa besar TGNA tiada pada mana-mana pemimpin lain di Negara ini.

TGNA yang mulia,

Kalau diamati masalah PMBK bukanlah baru dalam diari kehidupan TGNA.Sudah beberapa kali TGNA membuat keputusan dengan hiba dan berat hati sepanjang 19 tahun menerajui Kelantan.Mungkin kisah Sayyidina Umar menukar Khalid Alwalid sebagai panglima perang menjadi contoh kepada TGNA.Prinsip rakyat didahulukan telah lama diamalkan oleh TGNA secara terang @ sulit untuk menjadi ikutan masyarakat umum.Lihatlah contoh di bawah untuk menilai sejauh mana pengorbanan TGNA membuat “executive decision “ :

1 ) TGNA menukar sahabat baik sendiri YB Ust Abd Halim Abd Rahman dari DUN Kijang ke Parlimen Pengkalan Chepa setelah timbul spekulasi terhadap Ust Halim.Dengan penuh hiba TGNA umumkan di Padang Perdana pertukaran tersebut untuk menenangkan situasi PAS yang sedikit bergolak dengan tingkahlaku Ust Halim.Kemudian TGNA juga tidak melantik Ust Halim menganggotai Dewan Harian PAS

2 ) TGNA menukar besannya sendiri Abd Fatah Haron dari DUN ke Parlimen kemudian balik ke DUN untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu besannya sendiri.Sikap malu alah kepada besan terpaksa ditukar kepada perasaan hormat demi menjaga kepentingan rakyat

3 ) TGNA juga tidak melantik anak didiknya suatu masa dahulu iaitu YB Wan Ismail Wan Jusoh menganggotai Dewan Harian PAS juga kerana kritikan rakyat terhadap YB tersebut.

TGNA yang disayangi,

Dewasa ini kita dapati terlalu banyak isu berbangkit yang tidak diselesaikan oleh Kerajaan Islam Kelantan secara berhemat.Sesetengahnya dibiarkan berlarutan seolah-olah tiada kesungguhan oleh pimpinan untuk meredakan keadaan.Mentaliti rakyat Kelantan sudah berubah mengikut peredaran zaman.Tuntutan kearah pentadbiran yang telus dan terbuka seiring dengan slogan “PAS For ALL”,rakyat mahukan pemerintahan yang hampir sempurna bukan lagi sekadar retorik semata-mata.Perubahan mentaliti pembangkang kearah kerajaan yang berkonsepkan “Negara berkebajikan”.

Fakta sejarah mencatatkan bahawa perebutan mentadbir harta menyebabkan perbalahan besar di kalangan penganut Kristian pada era kegelapan.Kerana hartalah wujudnya mazhab Protestan,Katholik dll di England.Banyak pertumpahan darah berlaku di kalangan agamawan,lantas dipisahkan menjadi Negara Republik Ireland sebagai langkah penyelesaian.Pemisahan antara agama dan politik juga dilihat sebagai langkah terakhir untuk meredakan keadaan.

TGNA yang budiman,

Rakyat sedikit tersentuh bila Maahad Darul Anuar ( MADA ) menjadi sekolah agama swasta.Tindakan ini menjadi garis pemisah antara rakyat marhaen dengan golongan bangsawan.Faktor kewangan menjauhkan integrasi antara rakyat terbanyak.Sudah berlaku sedikit pemisahan dalam mencari ilmu sedangkan ianya tuntutan untuk semua tanpa batasan.

Yayasan Nikmatullah cuba berdikari seadanya namun tidak dapat lari dari mencari sumber kewangan sendiri.Tindakan Yayasan mencari dermawan untuk terus utuh dipuji namun tidak boleh lari dari realiti masyarakat.Mengikut sumber terdekat,setiap derma yang dikutip akan ditolak komisyen yang berlebihan kepada pemungut derma,satu jumlah yang besar dan tidak munasabah atas prinsip perjuangan.Harap TGNA siasat perkara ini untuk membetulkan konsep “infaq fi sabi lillah”.

TGNA yang dirahmati,

“Mereka yang lemah disisi kamu menjadi kuat disisiku,sesiapa yang kuat disisi kamu maka lemah disisiku”,ucapan tersohor Sayyidina Umar Ibn Khattab.Indahnya jika ungkapan tersebut dipraktikkan secara total di dalam pemerintahan TGNA.Realitinya,banyak isu melingkar,berbelit dan tidak terungkai sekian lama.Makin hari makin bertambah dengan isu-isu baru,perlukan komitmen yang tinggi serta ikhlas untuk menyelesaikannya.

Isu-isu besar dan kecil silih berganti.Boros,penting diri dan memihak kepada kapitalis ( pemodal ) adalah masalah yang wujud di kebanyakan PBT di Kelantan.Kebanyakkan tanah milik PBT dipecah lot,buat bangunan kemudian dijual tanpa mengira kepentingan jangka panjang.Bayangkan pada tahun 2025,tanah strategik di Bandar bukan lagi milik PBT kerana sudah dibeli oleh individu.Jangkamasa pendek menunjukkan setiap PBT mencatat keuntungan tapi hakikatnya hasil tersebut dari penjualan asset.

Kebanyakkan keputusan dibuat oleh Ahli-Ahli Majlis PBT kerana kepentingan peribadi tanpa mengira impak kepada rakyat.Program lawatan ke luar Negara juga seolah-olah menjadi acara tahunan dalam kalendar PBT.membelanjakan sesuka hati duit PBT sedangkan hasil dari lawatan tersebut masih tidak berkesan.Pemantauan terhadap kewangan PBT perlu dilakukan segera,jangan biarkan golongan ini menjadi kebal dari apa jua tindakan.

Nasib rakyat tidak terbela,cukai sentiasa naik setiap tahun dengan kewujudan pelbagai kutipan untuk memerah cukai dari rakyat.Bagaimana dengan nasib peniaga kecil dan warga Bandar?Siapakah yang diharap untuk membela golongan mustadafin?

TGNA yang dihormati,

“DEMI MASA! SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DALAM KERUGIAN”.Kenapa perlukan tempoh 3 bulan untuk meletakkan jawatan sebagai CEO PMBK? Alasan yang dangkal tidak akan diterima oleh masyarakat yang waras berfikir.Hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih.Sepatutnya disegerakan letak jawatan untuk mengelakkan lebih banyak kerugian harta rakyat.

Bukan remeh soal CEO PMBK? Isu yang menarik khalayak seluruh Negara ditangani dengan sebelah mata.Ingatlah! Bukan senang untuk PAS bertahan 19 tahun,penuh dengan derita dan airmata darah mengiringi perjuangan.

Kasih saying itu ujian Allah terutamanya terhadap keluarga kita sendiri.Sirah Nabi Nuh a.s jelas darjah kasih sayang Nabi Nuh a.s. tidak dapat menyelamatkan hukuman Allah terhadap anak isterinya.Jangan kita lupakan Syeikh Barshisha yang terpengaruh kerana pujuk rayu isteri mendapat kemurkaan besar dari Allah kerana mendoakan kesesatan Nabi Musa a.s.

TGNA yang disayangi,

Janganlah kerana kasih tidak bersempadan kepada keluarga menutup pintu kebenaran yang selama ini terbuka luas di landasan perjuangan.janganlah kita menghukum seseorang berdasarkan saranan dari keluarga terdekat.Politik itu 1000 helah tapi gunakanlah helah politik terhadap musuh bukan teman seperjuangan.

Saya ingin kembalikan nasihat TGNA selama ini kepada rakyat supaya bermuhasabah sepanjang masa terutamanya sebelum tidur.Ada baiknya kini TGNA sendiri bermuhasabah kenapa ‘keluarga terdekat’ semakin menjadi buah mulut rakyat terbanyak.Sya tidak rela penghujung karier TGNA menjadi liabiliti kepada PAS.Biarlah selamanya TGNA menjadi aset paling berharga pernah dimiliki PAS abad ini.

TGNA yang disanjungi,

Renungkan kenapa ‘hijab’ keluarga TGNA sedikit demi sedikit didedahkan Allah swt kepada masyarakat umum.Bukankah selama ini ianya adalah rahsia ‘keluarga Pulau Melaka’? Masakan pokok bergoyang tanpa angin,adakalanya sudah bertukar menjadi ribut. Awaslah bahana ribut kerana tak pernah bersimpati kepada mangsanya.Pokok,rumah,kereta,bangunan dan jangan sampai kita juga ditimpa RIBUT.

Sekian,semoga hidayat Allah milik kita selamanya Insyaallah.

Advertisements

14 Respons

  1. Assalaimulaikom,
    TGNA seorang yang bijaksana dan warak. Lakukan sesuatu untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku.PR13 nanti seandainya Kerajaan Islam pimpinan Pas tumbang, rakyat sudah sebab atau puncanya. Pengalaman orang lain patut jadi teladan. Amat pedih jika TGNA kecundang lantaran peribadi dan keluarga.

  2. Salam, ambo setuju sangat dengan cilipadi. TGNA patut berehat.

  3. Sudah tiba masanya TGNA berehat dari jawatan MB. Anak menantu lebih memerlukan kpd TGNA pada waktu ini. InsyaAllah PAS akan dibimbing Allah swt melalui para pejuang-pejuangnya.

  4. Saudara,
    Tuan sungguh berbudi bahasa. Kata kata tuan lembut gigi dari lidah tetapi tidak berselindung dari segi apa yang nak di sampaikan. Semoga TGNA ambil perhatian dengan apa yang tuan sampaikan. Kalau beliau sendiri menegur orang lain tentu perkataan celaka dah keluar beberepa kali.

  5. tahniah cilipadi.artikel ini perlu dibaca semua warga pas.sungguh tinggi nilainya.
    elok juga pemimpin parti buat analisa @ macam munaqashah ucapan presiden
    sama2lah kita amati artikel yg bermutu untuk kebaikan parti yang kita cintai

  6. Renungkan kenapa ‘hijab’ keluarga TGNA sedikit demi sedikit didedahkan Allah swt kepada masyarakat umum.

    Kita mengharapkan penyelesaian terbaik dapat dilakukan di Kelantan.

  7. Firman Allah maksudnya “APAKAH KAMU INGAT AKU JADIKAN KAMU SIA-SIA,DAN KAMU TIDAK AKAN KEMBALI KEPADAKU”

    Bukan mudah mentadbir sebuah kerajaan islam.Banyak dugaan dan perancangan jahat parti lawan bersilih ganti.

    Kemenangan hari ini hasil dari benih pengorbanan yang ditanam oleh pejuang terdahulu.Bukan enteng harga sebuah perjuangan.Apatah lagi bila berjuang dilandasan Pas yang serba kekurangan.

    Kini kita bermegah kerana Pas mengetuai 2 buah kerajaan iaitu Kelantan dan Kedah.Pas juga menjadi rakan kongsi kerajaan di Selangor dan P Pinang.

    Sebelum tahun 1990, Pas sinonim dengan 1001 susah,payah,derita,ditekan,dihina dll.Tiada istimewanya Pas kecuali LILLAHI TAALA.Kerja baik di dunia dengan balasan di akhirat…itulah Pas.

    Ya! Benar Pas ingin tubuh sebuah kerajaan islam.Soalnya bila? Arwah Nik Abdullah Arshad ( ayahanda nik amar ) pernah berkata kepada anak muridnya Hj Sulaiman Tapang “zaman kita ni hanya untuk tebas hutan ASSABIYAH dan tanam benih islam,buat laluan untuk pemimpin akan datang”

    Pak Nik lah seorang pejuang kental,seluruh jiwa diwakaf untuk perjuangan Pas.Usahkan solat,makan minum tak pernah sendirian,mesti berjemaah.Paknik Lah kenal erti bersendirian tatkala dijemput menjadi ‘tetamu’ ISA selama 2 tahun.

    Bahana kezaliman BN sangat dahsyat.Masyarakat terpaksa menjauhkan diri dari Pas kerana ancaman dan ugutan.Gerakan Pas bergerak melalui institusi agama seperti warga pondok.Berapa ramai Ulama pondok menjadi mangsa ISA kerana menyokong Pas secara terbuka.

    ALFATIHAH ! Semoga Allah merahmati arwah Hj Yaacob Berangan ( ayahanda TMB),Hj Omar Wakaf Bharu,Hj Hassan Lemal dan Paknik Lah ( ayahanda Nik Amar).ISA bukan pembunuh jiwa mereka.Semangat mereka tidak pernah luntur untuk melihat Islam ditegakkan melalui siasah.

    Turut bergerak mewarnai lukisan perjuangan Pas ialah arwah Hj Musa Yahya( ayahanda Husam),Pakcu Hasan Lemal ( Tok Wali Hasan),arwah Hj Lah ( Lubok Tapah),arwah Hj Atiqullah ( ayahanda Baihaki),arwah Hj abd Rahman ( ayahanda Latiff KP)

    Tiada individu yang berani menghalang operasi judi secara berlesen kerana kekangan undang-undang.Hanya istilah TEGUR serta tarbiah saja kemampuan tokoh agama terbilang.

    Kesemua Ulamak Pondok sepakat bahawa hanya dengan kuasa politik saja Islam dapat ditegakkan di Malaysia.Bayangkan dengan Pondok Pasir Tumbuh,Pondok sungai Durian,Pondok Lubok Tapah dll hanya mampu membenci JUDI,DISKO DAN MAKSIAT yang jelas haram disisi Islam.

    Kemenangan 1990 memberi kuasa kepada TGNA untuk menutup premis judi di Negeri Kelantan.Semua maksiat dapat dibanteras dengan kuasa politik yang dimilikki TGNA dan jamaah Exconya.

    Perginya Paknik Lah mengadap Ilahi tatkala sedang berceramah diratap seluruh warga Pas.Rindu kasih pada beliau sedikit terubat bila anak sulongnya menjadi pengganti.Nik Amar Berjaya mengganti kerusi Parlimen Pengkalan Chepa tapi sayangnya hanya 50% peribadi Paknik Lah diwarisi Nik Amar.

    Sedarkah kita bahawa Kerajaan Islam Kelantan yang ada ini kita warisi dari nyawa dan jihad pemimpin terdahulu.Pengorbanan mereka terlalu mulia hingga nyawa jadi taruhan.

    Betapa keringat ,airmata dan darah mengalir dari perjuangan Pas.Perjuangan zaman sebelum 1990 cukup perit.Pas serba kekurangan dari aspek kewangan mahupun longistik.Tapi semangat juang ‘FI SABI LILLAH’ tidak pernah luntur.

    Misteri kematian Hj Samad Gol penuh tragis dan teka teki.Sebagai wakil rakyat pas yang hebat tentunya mengundang gerun di hati musuh Islam.Syahidnya Hj Samad Gol bila tetakan kapak membaham leher beliau tanpa belas kasihan selepas berceramah di Pejabat Pas Kelantan.

    Ramai pemimpin muda tidak mengenali Hj Samad Gol.Hanya nama menjadi sebutan.Kehebatan Mohd Sabu berceramah mengingatkan kita kepada Hj Samad Gol.Lantang dan berani dengan suara yang gagah adalah keistimewaan Hj Samad Gol yang tiada gantinya.

    Tidak ternilai juga gerak kerja dan buah fikiran Prof Zulkifli Ahmad bekas Ahli Parlimen Bachok.beliau antara pemimpin yang bijaksana dalam Pas anugerah Allah. Gaya pidato Prof Zulkifli masih tiada tandingan.

    KeBISAan berpidato dengan gaya bahasa terindah hingga digelar ‘Sukarno Malaysia’.Ribuan Khalayak terpegun,sunyi sepi menghayati setiap tutur kata darinya tatkala berceramah.Ceramah beliau adalah medan ilmu untuk teguhkan pegangan dan menjadi modal kepada pendokong Pas beristiqamah.

    Prof Zulkifli tidak lokek menurunkan segala ilmu dari pengalamannya sebagai ahli akademik untuk susun atur gerakan Pas.Daya intelek yang ada telah diadaptasikan untuk perjuangan Pas.

    Takdir Allah mengatasi segalanya.Di saat khidmat beliau untuk Pas terlalu amat perlukan,Pro f Zulkifli telah pergi menyahut seruan allah.Beliau telah ‘syahid ‘ kemalangan jalan raya di Negeri Pahang .

    Jangan kita lupakan arwah Cikgu Musa Salleh Pasir Puteh.Biarpun beliau mati diluar dari Pas tapi percayalah tanpa Cikgu Musa keadaan mungkin berbeza .Beliau pembangkit ‘semangat’ dikala jiwa penyokong Pas menjadi lesu tidak bermaya.

    Era Cikgu Musa cukup menakutkan bila lahirnya Pemuda Tahan Lasak.Gerak gempur Pemuda Tahan Lasak sangat kejam,zalim.Bayangkan setiap ceramah Pas disabotaj.Rumah penyokong Pas dilontar batu hingga pecah cermin dan dinding.Pemuda Pas dipukul,dilanyak sesuka hati.

    Cikgu Musa bangkit berceramah di saat genting berdepan Pemuda Tahan Lasak.Tiada penceramah berani ke depan kerana takut mengambil risiko.Hanya Cikgu Musa dengan misai “ala pelakon Hindustan” tidak pernah gentar pada semua itu.

    Daerah Pasir Puteh terkenal dengan “GEDEBE” yang ramai.Faktor duit menyebabkan ramai gedebe dibeli BN untuk menghentam Pas.Banyak kali ceramah Cikgu Musa diganggu tapi beliau tidak pernah berputus asa.Kezaliman musuh ditutupi oleh keberanian beliau.

    Beliau sendirian berceramah diiringi teman setia.Mengikut cerita Hj Salleh Bukit Gedombak yang selalu menemani Cikgu Musa berceramah ”ceramah dulu tak ramai pendengar kerana rakyat takut untuk dengar ceramah Pas”.

    “Ramai yang kena penampar,ditendang dan dipukul oleh Pemuda Tahan Lasak.Ambo mesti bawa senjata sebagai pelindung diri bila diajak Cikgu Musa”.

    TGNA juga tidak terlepas dari serangan Pemuda Tahan Lasak.Tanyalah bekas Penghulu Badang, Pak Ariffin yang setia mengiringi TGNA berceramah.Bukan pelik ceramah TGNA dilontar batu, diugut pukul dan dihalang secara keras.

    Tentunya TGNA masih ingat peristiwa selepas ceramah di Semut Api,Badang.Kereta TGNA dihalang batang kelapa dalam perjalanan pulang selepas ceramah.Pak Ariffin terpaksa memotong batang kelapa tersebut dengan gergaji untuk membuka jalan bagi TGNA pulang ke rumah.

    Pas mencapai era gemilang selepas tahun 1990.Kemenangan besar membolehkan Kerajaan Kelantan menjadi milik Pas.Perjuangan Pas berubah dari pembangkang menjadi kerajaan.Anugerah Kerajaan Kelantan tentunya bersama ‘ghanimah’ yang menguji mentaliti para pejuang.

    Sikap tamak haloba pemimpin tempatan Pasir Puteh telah “mengorbankan” Cikgu Musa.Pangkat dan jawatan mula dikejar.Demi mencapai cita-cita busuk dan jawatan,golongan ini telah memfitnah untuk menjatuhkan Cikgu Musa.

    Sayang Seribu Kali Sayang! Terlalu mudah pucuk pimpinan parti mempercayai fitnah terhadap Cikgu Musa.Adilkah tindakan yang diambil terhadap beliau? Di mana nilai keringat pengorbana beliau saat Pas dalam kesusahan.

    Tindakan cikgu Musa menyertai Akim bukan UMNO sebagai tanda kecewa dengan pucuk pimpinan.Jiwanya tetap bersama Pas sehingga akhir hayat.Walaupun beliau membawa diri jauh dari Pas tapi jasa dan pengorbanan beliau adalah secebis dari coretan perjuangan Pas Kelantan.

    Jangan kita lupakan watak-watak hebat seperti Arwah Asri Muda dan juga Muhamad Nasir.Biarpun harumnya seketika cuma namun ianya tetap terukir dalam kamus Perjuangan Pas.Wangian yang dicoretkan mereka berdua tetap dihidu dalam kenangan mengisi liku-liku Pas Kelantan.

    Pas juga terhutang budi tidak terhingga kepada arwah Ust Buniyamin Yaacob,penceramah hebat era 90’an.Beliau bersama Hj Mohd Sabu membuat ‘road-show’ di setiap pelosok daerah di Kelantan agar Pas diterima biarpun serba kekurangan.

    Arwah Buniyamin ‘mengadap Allah’ tatkala keringatnya masih diperlukan Pas Kelantan.Sedihnya beliau tiada harta pusaka untuk kelangsungan hidup keluarganya.Apa yang ditinggalkan hanyalah sebuah perjuangan yang diharapkan dapat membantu kesusahan keluarganya.

    Sukar untuk Pas bangkit selepas ditendang dari BN.Buktinya pada pilihanraya umum 1978 betapa pas berada jauh dari hati rakyat. Derita selepas tahun 1978 terubat 12 tahun kemudian iaitu 1990.Jangan pula pimimpin muda lupakan luka lama yang perlu dipahat di sanubari sebagai iktibar sebuah perjuangan.

    Kini Pas memiliki segala-galanya.Hampir setiap kawasan mempunyai bangunan sendiri hasil dari ‘INFAQ’ ahli parti dan sumbangan dari ‘KHAZANAH’ daerah Hulu Kelantan.Pemimpin makin selesa dengan pelbagai imbuhan yang banyak melekakan dan sesetengahnya menjadi alpa “LUPA DARATAN”.

    Tahukah pemimpin muda kini betapa susahnya bergerak sebagai pembangkang.Mengikut Ust Rahimi Al-Madani Baung, Pas Kelantan pernah BERIJTIMAK dalam KEBUN GETAH di TEPI TALIAIR KG TOK PANJANG,BINJAI KOTA BHARU.Bayangkan peritnya dengan pacat dan nyamuk menjadi teman tika berijtimak.

    Kini semua derita sudah berlalu.Sungguh mudah kita lupakan dugaan aktivis terdahulu.Bayangkan IJTIMAK ULAMA MUDA berlangsung di Dewan KTC,sejuk dan nyaman.Tiada lagi unggas dan lumpur selut sebagai teman.Hampir separuh hadir berkereta,ada juga BERKERETA MEWAH.Tidak lagi menumpang van C20 milik peniaga pasar malam.

    Awal pemerintahan Pas 1990 rakyat cukup bersatu dan simpati dengan perjuangan.Kerana ikhlas dan kasih sayang mendalam kepada Islam, rakyat menderma tanpa berfikir panjang.Adakalanya bukan sekadar WANG RINGGIT tapi GELANG dan CINCIN EMAS turut didermakan.

    Kerana perjuangan rakyat sanggup berkorban harta benda.Rela terlepas nasi berlauk pagi kerana Pas lebih perlukan derma.Rakyat marhaen menjiwai perjuangan Pas sepenuh hati.

    Amanat bekas Presiden arwah Ust Fadzil Nor di penghujung usianya cukup mengharukan.Arwah selalu berpesan tentang beberapa perkara yang hampir menjadi kenyataan kini.Sungguh tajam daya fikir arwah waktu menerajui Pas.

    Pertamanya arwah mendoakan agar Allah panjangkan umur Dr Mahathir.Tujuannya supaya Dr Mahathir sempat melihat kemusnahan politik di Malaysia hasil kesilapan beliau selama 22 tahun menjadi PM.Kini Dr Mahathir cukup menderita melihat legasi yang ditinggalkan.

    Ucapan Dasar Presiden dengan tema FIKRAH MADHIAH sangat dalam maksudnya.Apa yang dibimbangi oleh arwah Ust fadhil kini hampir menjadi kenyataan.Lontaran idea juga amaran arwah terhadap mentaliti KEBENDAAN agar jamaah lebih berwaspada jika ditakdirkan membentuk Kerajaan.

    Lupakah Pemimpin Pas sekarang pada satu muktamar di PUTIK era arwah Ust Fadhil menjadi Presiden. Dengan tema WAHDATUL FIKRAH kita mendengar perbahasan yang penuh simbolik.Hakikatnya kita semua hampir lupakan INTIPATI yang telah disetujui bersama.

    Perginya mengadap Rabbuljalil arwah Ust Fadhil sebelum melihat Pas berjaya seperti PRU12.Sudah tersurat bukan rezeki arwah untuk melihat Pas menjadi tonggak siasah di Malaysia.Biarpun begitu arwah telah memPUSAKAkan Pas dengan landasan terbaik untuk meneruskan perjuangan.

    Kekosongan selepas ketiadaan arwah Ust Fadhil masih belum terisi hingga kini.Jiwa,semangat kental dan bijak membuat keputusan politik adalah aset arwah yang sukar dicari ganti.

    Pas menerima kepimpinan Ust Hadi Awang sebagai Presiden dengan penuh tawadduk.Garapan seni politik beliau juga tajam berbisa.Sayangnya zaman beliau terlalu banyak cabaran dan dugaan menggugat perpaduan ahli-ahli parti.

    Kini pelbagai isu melingkari jamaah Islam bernama Pas.Kita bertelagah berebut jawatan,pangkat dan ‘ghanimah’. Beginilah lumrah manusia,tinggi sabarnya bila ditimpa kesusahan.Namun bila diuji dengan kesenangan ramai yang kecundang……LUPA DIRI

    Tiba masanya Pas muhasabah atas mihnah dan tribulasi yang berlaku kini.Hidupkan kembali roh USRAH yang semakin dilupakan.Konsep TARBIYYAH juga mesti selari dengan tuntutan politik abad ke 21.

    Maksimumkan gerak kerja penerangan seperti CERAMAH untuk penjelasan isu-isu semasa.Bangkitkan kembali semangat rakyat yang hampir luput dari kamus perjuangan Pas.Rasailah denyut nadi rakyat marhaen yang menjadi ‘HARD CORE’ Pas selama ini.

    Pemimpin besar di semua peringkat hendaklah menjadi contoh kepada rakyat bawahan dari segenap aspek.Amalkan sikap SEDERHANA dalam semua sudut kehidupan agar kemanisan perjuangan itu dapat dirasai kembali.

    Pimpinan semua peringkat hendaklah menjauhkan diri dari ambang FITNAH yang merupakan api dalam sekam.Jangan tinggalkan ruang walau sebesar lubang jarum untuk pihak lawan yang sentiasa menerkam dengan agenda tersendiri.

    Hanyutkan kroni dan anak menantu dari arus pemerintahan.Buktikan bahawa Pas adalah parti Islam Tulen yang berjuang FI SABI LILLAH.

    Pulihkan kembali PERSEPSI yang tercalar selama ini sebelum terlambat untuk PRU13.Kembalilah pada asas Perlembagaan Pas yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

    Berjuanglah dengan ikhlas dan redha dengan ketentuan Allah.Semoga Kerajaan Islam Kelantan mendapat perakuan dari Rasulullah sebagai menurut sunnahNya dan hampir menyamai PIAGAM MADINAH.

    Sekian.cilipadi007.blogspot.

  8. Asalamualaikum

    Boleh kah
    bukan Islam
    menyanyi lagu
    kebangsaan
    7 negeri ini
    yang
    menyebut
    nama Allah ?, Kedah, Kelantan, Pahang, Terengganu, Johor, Perak dan Selangor.

  9. “ Blog Dengan Nama Islam Menghina Islam”

    Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokaatuhu,
    Ada sebuah blog yang benar-benar tidak pantas untuk dibaca (berisi pelecehan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wasallam).Bapak Ibu kaum muslimin wal muslimat yang di rahmati Alloh silahkan buka blog yang menghina ajaran Islam di : Berita Muslim Sahih
    atau:
    http://beritamuslim.wordpress.com
    Banyak artikel yang menghina ajaran Islam dan Nabi Muhammad SAW
    Oleh karena itu, mari kita melaporkannya agar blog itu di tutup dengan cara sebagai berikut : Pertama buka alamat
    http://en.wordpress.com/report-spam/
    Lalu isi data-data yang diperlukan:… Lihat Selengkapnya
    Your Email : email Anda
    http://beritamuslim.wordpress.com
    Why : isi dengan ” BLOG SPAMMING and that blog was insulting religion islam. “[/quote]
    semakin banyak yang melapor semakin cepat blognya ditutup. semoga kita terhindar dari hal2 yang bisa melemahkan iman kita dan semoga kita selalu ada dalam ridha dan lindungan-Nya… Amin
    Syukran. Jazakallah khoiran katsira. Allahu Akbar. dikirim ulang dari grup Kajian Keilmuan bagi Aktivis dakwah Wassalamu’alaikum warohmatullahi wabarokaatuhu  — era muslim

  10. Assalamualaikum……Jika tak keberatan tolong siarkan artkel ini iaitu blog yang menghina Islam……

    http://mran3238.wordpress.com/2010/01/14/blog-dengan-nama-islam-menghina-islam/#more-6538

    Saya ingin membuat tukaran link dengan Jiwokelate dan saya sudahpun meletakkan link Jiwokelate di blog saya dan lagi satu mohon izin untuk copy mana2 artikel dari blog Jiwokelate untuk diletakkan diblog saya…….http://mran3238.wordpress.com

    Salam Persahabatan……..wassalam

  11. perlukah pas buat egm untuk bincang kedudukan tgna macam cadangannya kepada dua tiga kerat pemimpin sebab tulisan aziz bari?

  12. assalamu’alaykum wr wb

    salam silaturahmi utk saudara2ku di malaysia. semoga selalu diberkahi Allah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: