Buang Kaki Bangku

Kegagalan mengawal kejadian pembakaran dan pencemaran ke atas Gereja adalah sesuatu yang sangat memalukan Negara. Keadaan ini terus memberikan imej yang buruk kepada Negara kerana di lihat tidak punya keupayaan menjamin keselamatan dan ketenteraman awam untuk rakyat.

Kegagalan ini perlu dipertanggungjawab ke atas KDN dan PDRM khususnya Datuk Seri Hishammuddin Hussien selaku Menteri KDN dan Tan Sri Musa Hassan selaku KPN yang jelas gagal untuk mencapai KPI dan NKRA kedua dua institusi tersebut.

Oleh itu amat wajar Datuk Hishammuddin dan Tan Sri Musa melepaskan jawatan atau diberhentikan dari jawatan masing-masing atas kegagalan mencapai KPI masing-masing. Apa guna bercakap dan bermesyuarat berkenaan KPI bila KPI paling penting untuk KDN dan PDRM ialah menjaga keselamatan rakyat dan harta benda rakyat tidak dapat di jamin. Ini dapat di lihat dengan kejadian terbaru disebuah Gereja di Kota Tinggi yang boleh mengakibatkan berlaku pertembungan antara kaum dan agama di kalangan rakyat Malaysia.

Kabinet Datuk Seri Mohd Najib Razak hanya bercakap besar tentang pencapaian KPI, walaupun sudah dua kali kabinet membincangkan persoalan KPI, tiba-tiba kewajipan asas kerajaan amnya dan KDN serta PDRM khasnya untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman awam serta menjaga harta benda rakyat tidak dapat dilakukan. Kabinet Datuk Seri Najib tak ubah seperti pertubuhan NATO “NO ACTION TALK ONLY”.

Datuk Seri Hishammuddin dan Tan Sri Musa kena berhenti atau diberhentikan daripada jawatan masing-masing. Datuk Seri Najib kena tunjuk pada rakyat “Kaki Bangku” seperti Datuk Seri Hishammuddin dan Tan Sri Musa tidak ada tempat dalam kabinet dan kerajaan. Buang saja mereka, baru Datuk Seri Najib boleh bercakap “Walk the talk”.

DATO’ HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: