RM23 juta… huih banyak tu … Betul Sheih tulis ….

Betullah apa tulis Sheih sebelum ini dalam artikel “Rakyat Kelantan Kehilangan RM50 Juta Angkara Almenantunya Nik Aziz Bernama Ariffahmi”, baca selanjutnya di sini. Ini kerana hari ini Tok Guru sendiri mengakui apa yang ditulis seperti di bawah ini:

    Nik Aziz Sahkan Kerajaan Negeri Beli Bazar Tok Guru Daripada Pemaju
    BACHOK, 15 Jan (Bernama) — Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengesahkan kerajaan negeri terpaksa membeli kompleks perniagaan Bazar Tok guru bernilai RM23 juta yang sedang dalam pembinaan daripada pemaju Sensa Timur, kerana masalah teknikal.

    Bagaimanapun, katanya harga bagi pembelian itu yang dibuat menerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) masih dalam peringkat rundingan dengan pihak pemaju.

    “Saya hanya boleh mengesahkan bahawa kerajaan negeri terpaksa membeli semula kompleks bazar yang sedang dalam pembinaan itu kerana masalah teknikal…untuk menjaga kepentingan peniaga,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Bubur Asyura di Kampung Sri Kemunting, Beah, dekat sini Jumaat.

Ini bererti ‘blog itu tidak celaka lagi’ seperti yang selalu disebut oleh Tok Guru. Sebab tulah Tok Guru kena berhati-hati dengan almenantunya itu, kerana sudah banyak pembohongannya! Tok Guru kata masalah teknikal. Kerajaan terpaksa beli … ho dah kena tipu. Siapa tipu siapa di sini. Pah tu RM23 juta dapat kat siapa pula. Harap-harap SPRM tidak siasat. Minta doalah rakyat dan kita semua melalui solat hajat supaya SPRM tidak siasat.

Ishh mudah betul berkata-kata sebab lidah tidak bertulang. Maaf la wehh kasar sikit.

11 Respons

  1. husam sepatutnya jadi ahli parlimen bukan duk di DUN. lepas ni hope husam bile tanding di parlimen Kota bharu atau pengkalan chepa

  2. Tup, tup. Lepas ni TG umum Husam sebagai bakal penggantinya. Sebab Husam sorang saja yang nasihat TG jangan ambil AF jadi COO/CEO. Tu le yang AF bengkek sangat dengan Husam. Terbukti Husam memberikan nasihat yang baik dan bukan pengampu. TG pun kata Husam memang telag teruji sebagai future MB.

  3. Mengaku je lah menantu punya angkara menyebabkan Kerajaan kena beli balik dari pemaju. Hok ambo musykil ialah duit rakyat RM50 juta tu dengan mudah digunakan untuk kesilapan teknikal. Kalu ambo, kesalahan ni ambo hembah atas Pengerusi & CEO lah. Molek benar dah dua-dua berehat dari Kerajaan & PMBK A.S.A.P.

  4. Jelas menunjukkan ketidakcekapan Pengerusi & CEO PMBK sehingga kerajaan yang diketuai oleh Pengerusi PMBK terpaksa membeli atas alasan teknikal.

    Jangan pula EXCO MEJA BULAT membuat penghujjahan ini adalah hasil onar Husam kerana mencampuri urusan PMBK dengan Persatuan Peniaga. Ianya jelas pertanggungjawaban kes ini dibahu Pengerusi & CEO.

    Pada saya RM23 juta adalah jumlah yang AMAT BESAR bagi negeri yang sumbernya terhad & terhalang. Oleh itu sudah amat sesuai masanya untuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz mengundurkan diri dari jawatan MB. Ternyata kegagalan & kepincangan pengurusan & pentadbiran wujud dewasa ini. Saya merayu TGNA berehat lah dari jawatan MB.

  5. Perabih tok apa, buke banyok pun RM23juta tu. Ko lagumano? Lepas ni naikkan pangkat AAf tu kpd MD ko? atau naik kan ke langit ko. Biar la rakyat susoh pun.

  6. Salam Wan Jo dan rakan-rakan seperjuangan termasuk Mat Khir, Amid, Jalil dan juga Pak Jak (Tumpat). Dalam penulisan Syeikh jelas sudah ada kebenaran tentang apa yang di tulis olehnya. Tok Guru sendiri buat kenyataan akhbar mengesahkan apa yang Pak Syeikh tulis.

    Abg Mat walau pun lama tak tubik bual tapi tahu juga hal-hal dalaman Parti dan Kerajaan. Abg Mat sendiri dok tapa di rumah kerana malas nak jawab ceritacerita hok berlaku. Lo ni abg Mat dok tengah cari tapak nak buat rumah. Hidup abg mat lebih 50 tahun doh, tapi rumah pun tak dok lagi. Ni baru nak cari tanah dan buat rumah sendiri.

    Abg Mat terkial-kial dAlam perjuangan bersama PAS dan pernah satu ketika dulu abg mat bertumbuk di Wakaf Baru kerana demo hina PAS depan abg mat. Namun bila tengok keadaan hari ni, rasa nak marah pun ada, rasa kesian pun ada ko Tok Guru sebab banyak keputusan Tok Guru tidak ikut kehendak parti dan rakyat, malah mengikut telunjuk lain. Satu kelebihan Tok Guru berani mengakui kesilapan. Inilah watak pejuang Islam, bila silap langkah, berani mengakuinya. Namun amat malang bagi menantu, buat salah pun terus dok pertahan hok dia buat. Lo Ni AAF nak gi mana bila terdedah soal Bazar Tok Guru ni.

    Dema kena jawab kalu tidak lo ni, di akhirat sesok kena jawab juga. Abg Mat nak pesan ko AAF, demo insaf lah bila buat kesilapan dan sebagai jalan terbaik, elok lah letak jawatan dengan segera. Jangan sampai koho borak….demo tak kena, yang kena nyo Tok Guru….KO DEMO TAK SAYANG KO TOK GURU ?

  7. lepas PRU 13 nanti UMNO-BN akan ambil alih tampok pemenrintahan negeri kelantan…ini aku pasti….kerajaan pas akan jatuh tertongeng… serban,kopiah lambang kewarakan pemimpin pas kelantan …terbang dibawa angin lalu jatuh dalam ‘cha’ yang hanyir dek kerana kesombongan seorang T.guru dan anok beranaknya ….Pas dan pemimpinnye telah terlalu lama berkuasa di kelantan ..telah banyak ona mereka buat…para pemimpin yang bertaraf ulama diam membisu…pekak dan buta dalam membuat teguran kepada pimpinanan negeri…hebat kah PAS Kelantan ? inilah yang membuatkan mereka mendabib dada…orang luar tidak dibenar lagi bertanding di Kelantan ATAS tiket PAS…tapi kalau ada pemimpin umno tempatan ingin bertanding atas tiket pas takdok masaalah ok saja. Generasi muda mcm aku ni pasti akan menukar kerajaan lepas ini… demi melahirkan generasi baru/pelapis dalam pas kelantan YANG LEBIH HEBAT LAGI …KEPADA pemimpin pas yang ada sekarang bersedialah untuk di pencenkan kecuali dua tiga kerat yang ada akan di kekelkan menjadi pembangkan pula…..selepas ini barulah satu generasi pas yang baru akan terbentuk dek kekalahan pru 13 nanti

  8. benggong demo mat Gedeber..

  9. payah sangat panggil ayah pin jadi MB

  10. Kalau Husam ada gak, Wan Jo pun sengih-sengih jugak la… tak cukup makan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: