Separuh hari bersama Ahli Parlimen PAS Tumpat

Separuh hari bersama menjenguk tinjauan Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar menziarahi ke rumah aktivis-aktivis parti yang terpaksa berehat kerana diserang angin ahmar.

Antaranya:
Dato’ Kamarudin menyerah kerusi roda kepada Wan Mahmud Wan Harun 52 tahun yang diserang angin ahmar 3 bulan lalu. Wan Mahmud sebelum ini bekerja menternak ikan siakap dalam sangkar. Beliau terlantar di rumahnya bersama isteri dan empat anaknya.

Menziarahi aktivis PAS di Peti Undi Delima, Wakaf Bharu, Wan Omar yang sakit diserang angin ahmar. Beliau juga adalah Ketua Cawangan PAS Kg Delima di rumahnya.

Sebelum itu, Dato Kamarudin Jaffar menyampaikan ucapan penjelasan isu-isu semasa bagi persediaan menghadapi Pilihanaraya Umum ke 13 akan datang kepada Ahli jawatankuasa dan ahli-ahli Dewan Muslimat PAS Tumpat yang turut hadir Ketua Penerangan. PAS Kelantan YB Ustaz Baihaki Atiqullah, Ketua Penerangan PAS Tumpat, Sdr Mohd Nawawi Haji Adam.

Selepas itu bertemu Ketua AMK PKR Sdr Shamsul Iskandar yang kebetulan di restoran latihan Golf, Pantai Sri Tujoh untuk bertemu Ketua AMK Kelantan, Sdr Mohd Khairul sambil menghirup udara segar Laut Cina selatan.

Program seterusnya tak dapat diikuti kerana terpaksa menguruskan anak-anak ke asrama sekolah.

Manakala pada sebelah petang, selepas asar diminta untuk melawat tapak tanah seorang Pesara yang ingin mewakafkan tanahnya untuk pembinaan surau dan Pusat Aktiviti masyarakat setempat. Foto tanah (sebelah kiri) yang diwakafkan akan disiarkan selepas ini.

Jawatankuasa Pemegang telah dibentuk diketuai Wan Johari sebagai Pengerusi, Timbalan Pengerusi – Ariffin Mat (Baju Kuning), Cikgu Ibrahim (dua dari kanan), Setiausaha – Che Jalir Hasan (Baju Hitam), Tuan tanah, Haji Nor (Bendahari) dan AJK – Haji Wahab

Advertisements

2 Respons

  1. sekalung tahniah buat dato kj.bertuah rakyat tumpat dapat Yb mcm dato kj.prihatin dgn denyut nadi rakyat marhaen.

    rakyat kena jaga molek2 pasal bagi undi pru12 majoriti luar jangka.

    cumanya jgn ada pilih kasih untuk penerima bantuan mcm umno buat…perangai jahiliah

    ‘DON’T TRUST ANYBODY ABSULATELY’ terutamanya pegawai2 disekeliling…takut hilang undi jah

  2. Salam tuan,

    molek jgk publish cerita yb biar rakyat tahu kerja buat dok tlg rakyat.biar nampak berbaloi pilih kj masa pru12 dulu…inilah masa kj balas budi baik pengundi

    ambo musykil pasal ada banyak lagi susah rakyat…tlg g ziarah hj ibrahim bekas tok bilal masjid p pekan,dia aktivis lama pas.bila kerat jari kes diabetes takdak sapa pun ambil tahu

    baiki la insfrastruktur rosak kes banjir…banyak jalan berlubang dlm daerah tumpat…

    banyak jgk rakyat susah kes persekolahan anak2,yuran,pakaian seragam dll kena ambil tahu …

    kena selesai blako sblm pru13,…

    KOMEN:
    Mungkin Dato’ KJ sudah ziarah sebab amba dak cover …

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: